Rabu, 11 Mac 2015

UNGAH SEGAR PETI AIS

11/03/2015(RABU): Sungai Mandahan yang terletak di tengah-tengah laluan antara rumah ke tempat kerja sememangnya sentiasa menyediakan stok ikan segar untuk hidangan seisi rumah.  Oleh kerana betapa mudahnya mendapat Ungah di sini, aku menggelar lubuk ini sebagai PETI AIS. Aku cuma perlu menjenguk seketika ke bawah ketika memandu melintas jambatan Sungai Mandahan untuk mengetahui kualiti air semasa. Jika ngam…trip on bro!
Ungah pertama bersaiz sedarhana merembat 'Nang Nak' berhampiran tebingan berbatu. Berdesup braidedku membelah permukaan air akibat dilarikan oleh Ungah. Perghhhh…mantap bro!
Set ultralight casting iaitu Joran Okuma Nemesis 4 lb-10 lb, Round BC Calcutta Conquest 51E dan braided suffix 15 lb yang sentiasa ada dalam keretaku memang amat kerap diuji kekuatannya oleh kudrat pelbagai saiz penghuni Sungai Mandahan. Set seringan ini amat menyeronokkan apabila bertembung dengan pemangsa bagak.
Kesabaran menghantar Nangnak ketika air surut deras akhirnya membuahkan hasil dengan sambaran padu Ungah 'kecil' ini. Hehehehe…terbayang seketika bayangan juadah Ungah masak tiga rasa di atas meja malam ni.
Petang tadi selepas sessi dialog prestas selesai, aku singgah di 'Peti Ais' secara solo sementara rakan yang lain menyusul kemudian. Air turun agak laju ketika aku tiba dan agak jernih kehijauan namun suhu sedikit sejuk. Tak mengapa, belum cuba belum tau. Hanya setengah jam casting, Nangnak ku disapa sesuatu yang agak kasar, namun sambaran tidak kemas menyebabkan Nangnak ku hanya terpulas.
Steady ko bro! kesabaran dan kerajinan adalah kunci utama untuk mendapatkan strike-strike padu di PETI AIS. Kira ok laa dapat miss call Ungah tadi ya.hehehe 
Casting tetap diteruskan dan akhirnya seekor Ungah tumpas dihujung joran sebagai pembakar semangat untuk casting dengan lebih giat. Sambaran padu hanya muncul selepas jam 6:17 pm. Ungah hampir berjaya melepaskan diri apabila berjaya menyelit ke celah batu. Namun, berbekalkan sedikit pengalaman aku  berjaya memaksa Ungah keluar dan diheret ke darat. Hehehehe..Sung tah mulih bro.Ungah ‘table siz ini memang amat lazat ketika ia masih segar.salam ikhlas dari Lempayun

1 ulasan: