08/03/15(AHAD): Setelah dirancang beberapa hari
yang lepas, trip full-jigging akhirnya dilaksanakan juga. Jam menunjukkan angka
6:30 am, apabila Juan tiba di halaman rumah (baru bangun). Tanpa berlengah, semua peralatan
dipunggah ke dalam pick upnya. Seorang lagi jigger telah pun awal menunggu di jeti
bot Kg Seri Serbang.
|
Cantik sungguh cuaca. Laut pun teduh dan muara lagi cantik. Ni kali laaa!! |
Tiba di jeti, semua peralatan jigging, tong ais,
tackle box segera dipunggah ke dalam bot. Kira-kira pukul 6:50am, bot yang
dipacu oleh enjin Yamaha 15hp menghampiri muara sungai. Kelihatan ombak agak
mesra dan aluh muara sungai yang agak cetek dapat dikesan dengan mudah. Bot segera dipacu ke spot pilihan. Laut agak teduh, nyaman dan cuaca juga amat cerah. Kami amat teruja apabila bot menghampiri lokasi pertama. Suasana ceria tergugat apabila mendapati arus di dasar laut amat deras. Jig seberat 28 dan 30 gm melayang dengan mudah dihanyut arus deras. alahai..kumpau laa ni kali.Tapi, belum cuba belum tau bro..
|
Strike GT arus deras..satu-satunya GT yang merembat jig dalam trip ni. |
Aku mempertaruhkan jig seberat 28 gm walaupun tahu ia akan hanyut juga jauh dari sasaran. Memang jelas kelihatan braided melintang masuk ke dalam struktur. Apabila merasakan jig menyentuh dasar, aku segera mengarau jig dengan laju dan tanpa diduga, jig esca ku ditekan padu. Aku bertahan tanpa memberikan sedikit tali. Akibatnya, joran custom Xzoga Takadum pe 1.5 membongkok cantik. Perlahan-lahan, aku menguasai perlawanan dan meneruskan karauan. GT tetap tidak mahu mengalah dan sesekali melakukan junaman-junaman padu. Seketika kemudian, GT berjaya didaratkan dalam keadaan arus dasar laut yang deras
|
Ungah pertama yang memberikan jalan keluar dari status kumpau |
Aksi jigging semakin rancak, namun strike yang dinanti tidak kunjung tiba. Akhirnya, kami mula berpindah dari satu lubuk ke satu lubuk. Nampak gaya, satu Teluk Kimanis sedang di landa arus dasar yang deras. Keadaan ini menyukarkan jig menemui sasaran. Selesai beberapa buah lokasi di Bengawan dan Membakut, kami mencuba nasib di bagang-bagang sekitar laut Mandahan. Setelah beberapa kali pindah tanpa sebarang strike, kami mula kembali ke bagang Bengawan.
|
Sessi wajib iaitu makan bekal di bawah teduhan rimbunan bakau |
Ketika itu, angin laut mula bertiup kencang menyebabkan bunga-bunga ombak mula muncul. Alun pun semakin besar bro!. Kami masih menaruh harapan agar Jig kami menemui sebarang jenis spesis pemangsa. Hampir setengah jam jigging tanpa sebarang sapaan, kami berpakat untuk menamatkan acara jigging. Kira-kira jam 12:50 kami sudah berada dalam sistem muara dan berteduh menikmati juadah di bawah rimbunan pokok bakau
|
Ini tidak boleh jadi!!Ungah kedua yang menyebabkan aku segera meminjam Zerek Juan. |
Juan yang membawa sekali udang Starlit dan Zerek mencuba aksi casting di sungai Nyamuk ketika air mulai turun. Tanpa disangka, Jorannya ditekan padu dan seketika kemudian, seekor Ungah berjaya didaratkannya. Aku dan AM hanya membiarkan Juan beraksi seorang. Sekali lagi Juan strike seekor anak Kerapu. Dia meneruskan lontaran dan tidak semena-mena, seekor lagi Ungah menjadi mangsa gelekkan Starlit Killernya.
|
Aku akhirnya strike juga Ungah yang bersaiz cantik! Mantap bro! |
Aku tidak tahan melihat aksi strike Juan segera
menyiapkan set pe 04- Pe 1 Storm microlight jigging untuk casting. Udang Zerek
Juan menjadi mangsa kali ini. Setelah melontar ke spot bangkar dibawah
permukaan air, tiba-tiba rod ku ditekan hebat. Aku bertahan dan sesekali
berjaya mencuri tali. Tidak lama kemudian, seekor Ungah bersaiz cantik menjadi
koleksi ku. Hari yang semaik panas terik dan kurangnya sambutan, menyebabkan
kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip ini
|
Berlainan warna namun warna merah lebih mendominasi dari putih. |
Trip light jigging ini agak kumpau di lautan dan
secara peribadi kami mengakui kekumpauan ini disebabkan gangguan arus yang amat
deras di dasar. Namun, bukanlah disebabkan arus semata-mata. Tetapi Allah yang
menentukan segalanya dan tanpa disangka Allah mengurniakan kami 3 ekor Ungah
dan seekor Kerapu di Sungai Nyamuk. Syukurlah..ada juga ikan dibawa pulang dan
yang paling penting adalah sebagai penyelamat kumpau. Sekian dan ikhlas dari
Lempayun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan