Sabtu pagi(14/03/2015), Cuti sekolah dimulakan dengan trip jigging dan bottom bersama Juan. Agak-agak 75% jigging dan 25% pula bottom. So, kami bertolak awal untuk mendapatkan umpan bilis/pusu. bottom untuk insuran nyawa bro..hehehe..boleh nahas tu oleh orang rumah.
Kerapu pertama dan terakhirnya dalam trip itu..hehehe |
Seawal 5:45 am, kami sudah berada di jeti dan siap memunggah segala peralatan yang dibawa ke dalam bot. Air agak surut ketika itu, terpaksa berusaha keras untuk menolak bot ke gigi air. Awal pagi berpeluh memang bagus untuk warm up. Tidak laa kekok nanti ketika berjigging.hehehe
Saiz Kerapu yang agak besar sebelum pulang. Best juga kudratnya di awal perlawanan. Lepas tu, ngikut sampai ke atas.hehehehe |
Suhu air agak sejuk ketika kami beraksi di beberapa lokasi. Suhu air memang mempengaruhi keaktifan ikan. Penat berjigging, kami membottom.bosan membottom, jigging lagi.ada juga laa kerisi saiz ibu jari..hehehe..goreng pun sedap..
Aksi berpeluh ketiak sehingga tengah hari hanya menyaksikan Kerapu sahaja yang berminat dengan jig. Nasib baik laaa ada anak Kerisi..bole laa sebagai buah tangan.hehehe So, angin pun makin kuat dan permukaan laut juga semakin kucah..apa lagi bro..pulang laaa..
Ungah yang berminat dengan Nangnak loan kedua dari Juan..hehehe. Sambaran pertama juga berjaya menapau Nangnak loan pertama..hehehe..apa bole buat..kira halal laa ya. |
Kami tidak segera pulang kerana keadaan air sungai yang agak cantik ketika itu menggoda kami untuk aksi casting..nasib baik ada Nangnak dibawa bersama. Apapun, lunch dulu bro..hehehe..baru ada tenaga.
Bole laaaa..dari membeli di pasar ikan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan