Isnin, 2 Mac 2015

KELAS MICRO LIGHT JIGGING bersama ZULKHAIRI

18/02/15(sabtu): Setelah sekian lama ber 'teori' dan bersimulasi, akhirnya tiba juga masanya untuk merealisasikan apa yang telah dipelajari sekian lama ini. Kejayaan pelatih terdahulu mendapatkan sijil GT telah mendorong seorang lagi jigger baru untuk mendapatkan sijil yang sama sebagai tanda tamat latihan. 
Semangat beliau untuk jigging hari ini ditunjukkan dengan segera menyiapkan senjata tempurnya ketika bot masih lagi berada dalam sistem sungai…muara belum nampak lagi bro..sabar...hehehe
Sebelum angka jam mencecah jam 6 pagi, Jul telah berada di hadapan rumah. Kami segera memunggah peralatan memancing ke dalam keretanya dan bergegas menuju ke jeti di Kg Seri Serbang. Air sungai agak surut ketika itu menyebabkan bot tersadai agak jauh dari gigi air. Mujurlah kami berdua mampu menggerakkan bot ke dalam sungai.
First come first serve. Jig pertama diturunkan pagi itu terus disambar ganas di pertengahan air.
Kudrat GT bersaiz begini memang amat mengujakan apabila dilayan dengan set micro jigging.Perghhh..mantap bro!
Laut agak teduh sejurus bot melepasi muara sungai namun alun tetap bagak seperti biasa. Mujurlah angin timur bertiup agak kuat dan berjaya meredakan permukaan laut ke tahap teduh seadanya. Kira-kira pukul 6:45 am, jig pertama diturunkan di sebuah lokasi runtuhan bagang. Tanpa mengarau banyak, jig terus ditekan hebat di pertengahan air. Kawalan sempurna dan penuh keyakinan akhirnya menyaksikan GT berjaya didaratkan ke perut bot.

Tanpa mengarau banyak, jig terus ditekan hebat di pertengahan air. Kawalan sempurna dan penuh keyakinan akhirnya menyaksikan GT berjaya didaratkan ke perut bot. Kejayaan mendaratkan GT ini menyuntik semangat  kepada si kawan yang berada di ceruk bot. Beliau bersungguh-sungguh memperbaiki ritma karauan jig dan meningkatkan volume jatuhan jig. Semakin rajin, semakin tinggi peluang untuk strike.Hehehehe
Akhirnya Sijil tamat latihan diperolehi juga walau hanya  seekor Kerapu. Strike tetap strike bro walaupun aksi melayan strike agak kaku pada mulanya.hehehe..
Berkat kerajinan Jul menurunkan jig dan mendapatkan ritma yang sesuai, aksirnya beliau strike juga. Tanpa disangka jig beliau ditekan berhampiran dengan dasar. Joran Tsuri Jigu Pe 1.5 miliknya melentur menahan asakan. Dengan selamba, beliau terus mengarau masuk dan tidak lama kemudian, seekor Kerapu muncul di permukaan laut. Tahniah bro!
Dalam sessi ini, kami telah berpindah beberapa kali. Alun semakin bagak dan rapat menyebabkan bot bergerak agak perlahan dan berhati-hati. Kami  mendapati sambutan dar pemangsa agak kurang ketika ini kerana sumber makanannya banyak berada di tepian laut. Sekarang kan musim bubuk! tentulah mereka ke tepi untuk menghambat sumber makanan ini..hehehe
Micro Light Jigging memang best bro!
Pukul 10:30 am, angin laut mula bertiup menyebabkan permukaan laut agak kucah sedikit. Kami mula berpindah ke lokasi terakhir berhampiran dengan laluan pulang. Kiranya, lokasi terakhir ini adalah tempat bersantai sambil mencari strike. Pukul 11:30 am, kami secara rasminya menamatkan sessi micro light jigging ini. Tunggu lah musim betul-betul teduh nanti ye bro. Pasti akan banyak lagi aksi-aksi menarik diperolehi. Apapun bro, keep it up!tingkatkan kemahiran dan upgrade peralatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan