Khamis, 26 Februari 2015

KUDA-KUDA WING CHUN VS BUNGALAPANG feat Micro Light Jigging

26/02/15(khamis): Tanpa sebarang plan, tetiba timbul idea untuk menduga potensi light jigging waktu petang. Kami pasti bahawa keadaan angin dan ombak tidak akan menyebelahi kami. Apapun, turun tetap turun apalagi set jigging baru belum ada lesen setelah ditapau dari kedai bulan lepas..hehehe
Kuda-kuda Wing Chun terpaksa digunakan ketika alun bungalapang mengganas. Jigging secara berdiri memerlukan kekuatan kuda-kuda  yang akan menstabilkan kedudukan badan untuk mengelakkan terhumban ke dalam air.
Kami tiba di muara sungai kira-kira pukul 2:17 pm dan keadaan air pasang memberi kelebihan untuk kami menyusur keluar muara tanpa sangkut. Ombak juga kurang memecah di aluh dalam ketika itu. Seperti dijangka, permukaan laut ibarat jalan balak yang tidak pernah dibaik pulih…pergghhh..gravel abis bro!
Strike pertama. Ini lesen untuk rod sahaja ya..reel belum lagi tu broo!
Angin juga bertiup kencang dan menambah perisa lazat alun yang bagak..hehe..tidak lama untuk kami berdua basah lencun disapa percikan air. Namun begitu, on tetap on!..set jigging sudah lama meronta untuk ditemukan dengan jodohnya. Semangat mesti mau kental bro!

emmm…Kerapu saja bro. Mana la perginya spesis-spesis lain ni?
Kami tiba di spot pertama kira-kira pukul 2:35 pm. Keadaan alun bagak dan bungalapang menyukarkan labuhan bot. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya bot berjaya ditambat di tunggul sisa bagang runtuh. Tanpa berlengah..apa lagi broo!! Jig On!!Angin pun on!

Kerapu lagi!Boleh laa daripada tiada langsung sambaran
Kami tidak perlu menunggu lama apabila sambaran demi sambaran Kerapu menceriakan petang disulami lambungan ombak yang begitu selamba menghempaskan bot ke permukaan air. Jigging dalam keadaan ini memang sangat tidak selesa apabila usaha mengimbangi badan dilakukan serentak. Kalau ada massage lepas ni kan best!

Ini sahaja laa hasil petang light jigging kami. Bersyukur la dengan apa yang ada. Bestnya apabila beberapa ekor Kerapu ini berstatus 'table size'..hehehe..confirm steam ni bro!
Angin tetap tidak reda walaupun jarum jam menunjukkan angka 4:30 pm. Jigging tetap diteruskan dan fish on berterusan sambil mata melilau memerhatikan keadaan cuaca semasa Kami akhirnya menutup tirai aksi light jigging kira-kira pukul 5:30 pm. Sebelum itu aku dan Juan dihampakan dengan beberapa sambaran kasar yang berakhir dengan kekecewaan apabila pemangsa gagal ditewaskan dan berjaya menapau jig killer. Nampaknya, kena tunggu musim teduh betul-betul laaa ni..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan