04/03/2015(RABU): Rancangan untuk landbase casting di sungai Membakut diubah saat akhir ketika air sungai Mandahan juga menawarkan keadaan terbaik untuk bermain Zerek. Aku tiba di sungai Mandahan kira-kira pukul 3.20 pm ketika Juan sudah pun casting lebih awal dan berulangkali pindah lubuk tanpa sebarang strike.
Ungah pertama meminati Zerek ini juga menyebabkan Juan 'terbakar'. Pastikan set casting anda seringan 4lb-10lb ye bro agar perlawana lebih adil dan enjoy. |
Tanpa berlengah, aku segera menyiapkan peralatan light casting dan segera menghantar Zerek ke segenap penjuru dalam keadaan cuaca terik. Sinar terik matahari petang ini benar-benar mencabar fizikal dan mental kami. Demi strike yang didambakan, semua itu tidak dihiraukan.
Rontaan Ungah berjaya dihentikan dengan kasut saiz 42 dan mengesahkan Pemangsa ini telah berjaya ditewaskan. |
Sangkaan awalku meleset apabila berlaku strike selepas hanya 2 kali menghantar Zerek ke sudut sungai. Perlawanan berakhir dalam masa yang agak singkat kerana Ungah yang menyambar bersaiz agak kecil. Itupun, ia hampir berjaya meloloskan diri setelah menyelit ke dalam batu berceranggah di dasar sungai. Kalau memang dah rezeki bro..
Ungah sihat dan cantik ini bersaiz lebih besar dari kasut yang dipakai. Patut pun kudratnya melarikan Starlit amat menggila dan benar-benar mendera set castig ringan serta pemancingnya. |
Juan yang lebih awal casting hanya mampu memerhatikan Ungah ku didaratkan dengan selamat. Hehehe…kelihatan di ekor mataku mulutnya sedang kumat kamit sama ada membaca jampi serapah atau pun memarahi nasib dirinya yang masih kemarau strike.hehehe..hati mesti mau bersih..baru ada strike!
Tanpa disangka, udang Starlit yang dipertaruhkannya disambar padu di tengah sungai. Seolah-olah Jeremy Wade dalam River Monster, jeritan 'fish on' kedengaran. Kali ini, bukan kecil anak yang membaham Starlitnya. Pemangsa lari menggila ke segenap penjuru dan rod 4lb-10lb hanya mampu bertahan dengan bongkok yang maksimum. Sesekali Juan berjaya mencuri tali dan menghela pemangsa menghampiri tebing.
Seekor lagi Ungah mengisi list peminat Udang Starlit miliknya. |
Ungah masih melawan di saat akhir dan berjaya memecutkan lagi tali keluar. Tindakan Ungah ini berjaya menyebabkannya panik dan memaksanya bergegas turun ke gigi air. Tindakan ini berjaya mendesak Ungah timbul ke permukaan air. Ianya nampak keletihan dan segera diheret ke tebing berbatu. Tanpa berlengah, insang Ungah segera dicekik dan dihela jauh ke tebing. Fish landed!
Ni Selungsung table sizeku ni bro.hehehe..Selungsung kedua tahun ini. |
Aku agak terkesima dengan saiz Ungah yang berjaya didaratkan oleh Juan. Ini mendorong aku lebih giat menghantar Zerek ke spot pilihan. Tanpa rasa bosan, penat, jerih dan luntur semangat, akhirnya Zerek ku ditekan hebat diikuti dengan larian ganas mendatar yang menghilir sungai. Aku hanya mampu bertahan dan sentiasa meninggikan kedudukan joran agar lebih mudah mengawal larian pemangsa.
Seekor Ungah lagi berjaya didaratkan ketika air sungai bunga pasang. Murah betul rezeki hari ni.hehehe. |
Aku dengan yakin berjaya mengheret pemangsa ke tebing dan mengangkat kepalanya menuju ke celah batu. Juan segera melompat ke bawah dan berjaya mencekik insang Selungsung ini. Selungsung ini meronta dan berjaya menusuk tapak tangannya dengan siripnya mengakibatkan kecederaan ringan. Ni wajib beli Lip Grip ni bro!
Ungah milikku lagi menyambar Zerek ketika sedang rancak bercerita. Penat betul laaa strike berulang kali ni.hehehehe.. |
Hasil awal kami berdua sebelum Juan berangkat pulang. Selepas itu, seekor lagi Ungah berjaya kudaratkan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan