Jumaat, 27 Mac 2015

KILLAR ANGLERS jigging trip Kuala Abai finale feat Lempayun

Penghuni Kapal Karam
Tekong menyatakan bahawa kapal karam ini dihuni oleh pelbagai spesis ikan. Di antaranya adalah spesis Pelagik yang terkenal seperti  Giant Travelly, Ebek, Tenggiri dan lain-lain serta ikan demersal seperti Kerapu, Ikan Merah, Tambong/Jenahak dan lain-lain. Menurutnya, musim Ebek sedang mengamuk di lokasi ini dan trip sebelum ini mencatatkan beberapa kejayaan hebat oleh kumpulan jigger. Dakwaan ini sememangnya membakar semangat ahli kumpulan Killar Anglers. Tidak kisah apa spesis pun janji strike!
Teduhnya lautan brooo..macam cermin oooo
Aksi Ebek
Strike pertama oleh Bonte hanya seekor anak Kerapu yang memberi petunjuk memang ada struktur di dasar. Walupun kecil, namun ia tetap menjadi perangsang untuk menggiatkan tarian jig di bawah permukaan air. Sambil itu, bot akan dipacu oleh tekong kembali mengatas arus jika ia hanyut terlalu jauh dari struktur kapal karam. Sesekali terdengar keluhan dari rakan lain yang menyatakan jig tersangkut di struktur. Ini sudah bagus!pasti ada penghuni kapal karam yang sedang mengendap jig. Sabar dan teruskan mengunjun.

Ebek(Diamond Travelly) atau di kampung lebih dikenali sebagai Balung-Balung adalah pejuang mantap. Larian padu dibantu oleh anatomi fizikal yang nipis dengan mudah berenang membelah arus dan tabiatnya yang suka menelentangkan badan ketika bertahan cukup menyeksakan zahir dan batin pemancing.
Aku yang mempertaruhkan nasib dengan jig flasher seberat 40 gram tersentak apabila jig yang sedang dikarau berhenti secara tiba-tiba kira-kira 10 kaki dari dasar laut. Aku segera mengangkat joran setinggi yang boleh dan ketika itu lah satu sentapan padu melarikan jig surecatch flasher 40 gram. Kekili Ryojin c2000 dan Rod Storm micro jigging Pe 04-Pe 1 hanya mampu bertahan. 
Tekong juga tidak ketinggalan strike ketika ikan sedang frenzy mengejar anak-anak ikan di permukaan air.
pecutan pemangsa misteri ini yang hanya mengambil masa beberapa detik menyebabkan spool kekili ku kehabisan tali. Alamak!! Tekong segera menghidupkan enjin dan membantuku mengejar pemangsa misteri ini. Setelah berjaya mencuri kembali kira-kira 20 meter braided, sekali lagi ia memecut laju dan kali ini arah lariannya menuju tepat ke dalam struktur kapal karam.Akibatnya..putus. Aku bungkam seketika.hehehehe..perghhhhh..yang penting dapat merasa nikmat strike…sandi bro!
Spesis ini selalunya menyerang anak-anak ikan secara berkumpulan. Sambaran berlaku secara tidak sengaja ketika mahu berpindah spot, jig dikarau laju dan tiba-tiba sentapan padu terjadi. Bikin panas rakan-rakan juga aksi ni.hehehe
Mengeletar seketika seluruh anggota badan terkena penangan larian padu yang disyaki Ebek mega. Dunia belum berakhir, aksi jigging kembali diteruskan. Teknik yang sama diaplikasi untuk menjerat pemangsa yang berlegar di dasar laut. Tiba-tiba, berlaku satu lagi sambaran padu menyebabkan joran ku membongkok maksimum. Strategi bertahan dan sesekali mencuri tali perlahan-lahan berjaya mengheret Ebek melepasi pertengahan air. Kali ini, tenaga yang dijana oleh pemangsa tidak lah sekuat sebelum ini. Sebelum itu, ia tetap berjuang sehabis hati untuk melepaskan diri dari tancapan assist hook dan lenturan joranku. Akhirnya, sah seekor Ebek dicangkuk kemas oleh tekong. Terasa lelah seketika selepas bertarung dengan Ebek dewasa ini.
 
Sambaran padu berlaku ketika jig menghampiri permukaan air yang mengakibatkan aksi kelam kabut seketika. Mimik muka sedemikian membayangkan kepuasan merasai strike yang belum dirasai oleh beberapa ahli team yang lain..Sekali lagi, memang bikin panas ni..hehehe
Giliran Pelagik
Berhanyut di sekitar kapal karam agak meghiburkan apabila sesekali kumpulan tongkol timbul di permukaan air. Keadaan laut yang teduh dan tenang menyebabkan selera Tongkol tidak tebuka utntuk sebarang jig. Aksi sebenar bermula apabila angin laut mula bertiup. Kumpulan tongkol semakin galak dan hanyutan bot ke dalam kawanan ini memberi harapan untuk berlakunya strike. Namun, hanya seekor Tongkol berjaya didaratkan. 
Besar lagi tapak tangan aku..hehe..yang penting lesen untuk senjata baru
Tanpa disangka-sangka, di dalam kumpulan Tongkol itu, terdapat beberapa ekor Jemuduk menyelit dan akhirnya terjebak dengan jig rakan-rakan jigger. Kudrat yang melarikan jig mereka walaupun amat hebat namun tidak bertahan lama. Seekor demi seekor berjaya didaratkan ke dalam perut bot. Keadaan angin yang semakin kuat menyukarkan aksi jigging kerana hanyutan bot semakin laju. Jig seringan 40 gram hingga 80 gram tetap jauh hanyut dari badan bot. Apa boleh buat, layan saja lah bro. Dalam pada itu, berlaku beberapa ‘miss call’ yang menyuntik sedikit semangat kepada para jigger yang berusaha keras.
Sessi bergambar sebelum pulang team Killar Anglers. Misi untuk santai, seronok dan enjoy memancing tercapai. Objektif untuk jigging 100% juga berjaya dipenuhi walaupun ada ura-ura percubaan mengeluarkan appolo oleh Mian.Hehehe
Dikhianati peralatan sendiri
Alun bungalapang semakin bagak menyebabkan bot beroleng kuat tanpa belas kasihan. Setelah beberapa kali hanyutan bot tanpa sebarang strike, situasi ini menyebabkan Tekong megambil keputusan untuk berpindah ke lokasi yang lebih hampir dengan daratan. Kali ini takat batu yang berkedalaman hanya 10 hingga 15 meter menjadi sasaran jatuhan jig selama hampir sejam. Hanya sekali jig bonte dilarikan ganas dan ketika dia berusaha menangani larian pemangsa(disyaki GT), braidednya terbelit di bail arm guide. Akibatnya sentapan padu pemangsa berjaya memutuskan breaidednya. Satu keluhan dalam kedengaran dari Bonte. Satu pengalaman berharga untuk Bonte agar tidak berulang di masa hadapan.
Hehehehe..hadiah jackpot disampaikan oleh kapitan team  Killar Anglers, Dr Juslee untuk tangkapan terberat dan aksi paling ganas. Ini kali giliranku, akan datang pun giliranku juga. Sterusnya giliranku lagi..ntah bila la giliran Mian ni nanti..hehehehe. Positif bro..anggap sebagai cabaran untuk terus berusaha!

3:10 pm, tekong mula bergerak membawa kami pulang ke jeti. Walaupun trip ini agak kurang strike kepada beberapa orang jigger, namun pengalaman berharga tetap ditimba untuk dijadikan panduan dalam trip akan datang. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diupgrade. Seni persembahan juga perlu ditambahbaik jika ingin berjaya dalam trip yang akan datang. Bah..mari apil lagi..hehehe. Terimakasih banyak kepada team Killar Anglers atas undangan menyertai trip ini. Salam ikhlas dari Lempayun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan