Isnin, 23 Mac 2015

Tinjauan singkat Sungai Membakut

20/03/2015(Jumaat): setelah sekian lama merancang, akhirnya kami berjaya juga mengadakan trip singkat casting di sungai jiran iaitu sungai Membakut. Trip ini hanya bermatlamatkan tinjauan terhadap lubuk-lubuk berpotensi setelah sekian lama ditinggalkan. Mengenal pasti spot adalah perlu agar perancangan casting di masa hadapan akan lebih efektif.
singgah dulu sekejap di lubuk simpang, sungai Bengawan. Tidak sangka pula samseng cilik ini begitu ganas merampas Nangnak Juan, rabut kemudian beralih kepada Nangnak milikku.
Kami bergerak ketika air berada di paras surut minimum. Awal pagi lagi, kami terpaksa berkerja keras menolak bot dari garaj dan muara sungai. Mandi peluh juga bro..hehehe. Perjalanan dengan bot sepanjang 15 kaki dan enjin 8 hp, kami terpaksa menghabiskan kira-kira 30 minit perjalanan ditambah lagi bot sangkut di muara sungai Membakut. Memang sukar untuk mengenal pasti aluh muara sungai Membakut ketika air surut..
Catch and release untuk masa hadapan adalah tanggungjawab kita bersama. Kita bantu mereka membiak dengan ramai sampai penuh sungai..baru la taruk makan taruk makan..hehehe
Akibatnya, tekong bot kehilangan arah dan bot sangkut di beting pasir. Nasib baik ombak tidak terlalu ganas ketika peristiwa itu berlaku. Jika tidak, sejarah pasti tercipta apabila bot kami terbalik di muara sungai. Untuk rekod, muara sungai Membakut telah banyak memakan korban nyawa sebelum ini. Perasaan kembali merasa lega apabila bot bergerak memasuki sistem muara sungai Membakut.
Tunggu mu Ungah kami datang.hehehehe
Ketika bergerak memasuki sungai, keadaan air masih surut dan sekejap lagi akan mula pasang. Tanpa berlengah, kami memulakan casting di lubuk pertama dengan berpelurukan Nangnak. Namun tiada sebarang strike berlaku. Kami segera berpindah ke spot kedua iaitu bangkar yang agak padat di tepi sungai. Kami tidak menunggu lama, Nangnak Juan disambar padu ketika menghampiri bot. Perghh..ganas mengejar hingga ke bibir bot.
Aksi menggerak otot di awal pagi dengan berkayuh di muara sungai Membakut. Air paras lutut saja bro
Kami mula bergerak ke hulu dan menemui beberapa spot yang menarik. Malangnya, air menyongsong pasang dengan amat deras dan menyukarkan Nangnak kami menyelam dalam. Keadaan ini tidak mengizinkan kami untuk casting berhanyut. Sauh batu bata terpaksa dilabuhkan berhampiran lubuk. Nangnak di hantar jauh ke atas arus dan membiarkannya hanyut ke dalam bangkar. Anehnya tiada sebarang strike. Mana laa pergi semua Ungah ni?
antara spot menarik yang wajar diberi perhatian. Jangan dilimpas bro, mana tau ada Ungah bagak bersembunyi di sebalik bangkar.
Kami cuba menghulu sungai untuk meninjau spot berpotensi namun niat tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan tong minyak yang semakin ringan..isi rm 5 saja bro..kedekut betul! Dalam perjalanan menghilir sungai, kami sempat singgah di beberapa buah lubuk yang telah diduga di awal pagi tetapi keadaan air menyongsong pasang yang deras ini merencatkan sedikit aktiviti casting. Akhirnya, bagus pulang ni sebelum angin laut bertiup lebih kuat
lagi spot yang menghairahkan..nanti lain masa tatap diserang
Jam menunjukkan angka 10:07 am dan angin laut mula bertiup. Nampak gaya, trip survey ini terpaksa ditamatkan lebih awal. Keadaan laut yang berombak sememangnya menyebabkan muara sungai Membakut sukar dilepasi. Merbahaya ni bro. Tak pasal-pasal bot terbalik ni.
Ungah pertama yang mengejar Nangnak hingga ke bibir bot.
Perjalanan agak perlahan apabila bot terpaksa meredah arus pasang dan angin kuat utara dari laut. Kami akhirnya berjaya memasuki sistem muara sungai Bengawan kira-kira pukul 10: 40 am dan kami masih punya sedikit masa untuk sambungan casting di sungai Nyamuk. 
Ungah kedua di lubuk yang sama juga menyerbu keluar dari sarang untuk merembat Nangnak…perghhh!!sandi bro strike ganas giler!
Enjin bot segera dimatikan sejurus haluan bot memasuki sistem sungai Nyamuk. Pendayung digunakan untuk bot bergerak dengan senyap menghampiri lubuk. Tidak lama kemudian, aku mendapat strike kuat dan Ungah berjaya memutuskan perambut setelah membelitnya di jerumun yang dipenuhi tiram dan teritip. Aduiii…tak pasal-pasal Nangnak killerku  ditapaunya!
Sang Kerapu Sungai Nyamuk menutup sessi ini.
Aksi diteruskan dan tidak lama kemudian, Juan lagi yang mendapat strike seekor Kerapu sungai. Sungguh bernasib baik aksinya hari ini. Selepas itu, peralatan dikemaskan dan kami memecut pulang ke jeti. Tak tahan bro..panas!..hehehe






Tiada ulasan:

Catat Ulasan