29/03/2015(ahad): Rancangan untuk aksi light jigging di
sekitar bagang Bengawan terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir disebabkan oleh tiupan angin utara yang sedang
menghabiskan saki baki tenaganya. Menurut laporan rakan pemancing yang turun
beraksi hari sabtu, menyatakan keadaan permukaan laut agak kasar dengan
alun-alun bagak menghentam sisi bot. Keadaan ini merbahaya bagi perahu-perahu kecil. Beruntungnya kami ada plan B.
Acara senaman pagi dengan mengayuh bot ke sungai besar. Keadaan air surut tidak mengizinkan penggunaan enjin sangkut |
Plan B dirancang secara spontan dan itupun
bergantung kepada kekosongan bot sewa yang dimiliki oleh rakan di Kuala Penyu.
Jika bot telah disewa oleh pemancing lain, alun bagak laut Bengawan terpaksa ditempuhi juga. Apa boleh
buat bro, gian memancing sudah memuncak ketika ini. Ahad tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Tenang mengemudi bot ke lokasi pilihan di hilir sungai |
Sebelum jam 6:00 am, aku dah terpacak dihalaman
rumah rakan seperjuangan di Taman Desa Membakut. Aku tiba agak lambat sedikit setelah singgah di shell Bandau untuk
membeli minyak bot. Untungnya, kami tidak perlu bergegas memandangkan keadaan air surut
maksimum ketika itu pasti akan menyaksikan aksi menolak bot ke sungai besar.
Ungah penyambut tetamu. Ketika bot baru mula bersauh, Ungah ini menyerbu keluar dengan marah apabila sarang persembunyiannya diceroboh oleh Nangnak milikku |
Perjalanan ke destinasi dalam suasana pagi yang sejuk dan
indah ini dicemarkan oleh keadaan persekitaran yang agak berjerebu berpunca
dari aktiviti pembakaran terbuka yang sedang rancak dilakukan sekarang. Musim kemarau
tahun ini seperti juga tahun-tahun sebelumnya mencatatkan kejadian berasap dan
berjerebu disebabkan pembakaran terbuka oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mentaliti ini tidak akan berubah selagi individu tersebut tidak ditanamkan dengan kesedaran untuk menjaga alam sekitar.
Kerapu yang terjebak dengan gelekkan menghairahkan Nangnak milik Juan di lokasi yang sama. Setakat Kerapu sahaja dianggap lesen kupi-kupi bro. |
Kami sudah agak lama tidak menjenguk lubuk-lubuk
yang pernah dikunjungi suatu ketika dahulu di Kuala Penyu. Sungai Tanggulian
dan sungai Bundu pernah diartikelkan dalam majalah Kembara Kail suatu ketika
dahulu. Walaupun agak lama tidak dijengah, kedudukan lubuk sentiasa berada
dalam GPS semulajadi ini. Aluh untuk memasuki sungai Tanggulian juga terpahat
kukuh dalam memori.
Seekor lagi Ungah terpedaya dengan Nangnak milikku, juga di lokasi yang sama. Permulaan sessi casting yang sangat hebat! |
Kami tiba di Kampung Kitang kira-kira jam 6:35
am. Pemilik bot telahpun awal lagi menyediakan bot yang lengkap dengan enjin
Yamaha 15 hp. Kadar bot sewa di sini hanya rm 50 untuk seharian memancing. Anda
hanya perlu membawa minyak sendiri untuk menggerakan enjin Yamaha 15 hp dan bot
sepanjang 17 kaki. Ais dan umpan juga bawa sendiri ya.
Ungah penghuni bangkar muara sungai Tanggulian. Samseng cilik ini langsung tidak merasa ragu dan merembat ganas gelekkan Nangnak yang berenang keluar dari bangkar |
Sebagai peringatan, gunakan lah minyak khas untuk enjin sangkut seperti Yamalube dan sebagainya untuk campuran petrol anda. Jangan sesekalipun
menggunakan minyak enjin motorsikal. Tak lama hangkang lah enjin bot tu
bro..siapa yang rugi?pemancing juga laa yang rugi. Kalau tidak percaya,
tengoklah apa yang telah terjadi dengan enjin-enjin bot sewa di Bintuka..sengsara
bro!enjin yang rosak juga boleh merosakkan trip memancing anda. Sama-sama kita menjaga. Kita senang hati, tuan punya pun senang hati.
Trolling secara perlahan dengan menghimpit tebingan sungai menghasilkan strike padu hanya setelah 10 minit gewang ditunda. |
Seperti dijangkakan, keadaan air surut menyebabkan kami
terpaksa menolak bot ke dalam aluh anak sungai menuju ke sungai besar. Nasib
baik terdapat air dalam aluh itu sekaki tinggi, oleh itu bot boleh ditolak
dengan mudah menuju ke sungai besar. Apabila kaki direndam, terasa air jernih dan hangat serta tidak lama
lagi akan menyongsong pasang. Elemen ini sudah cukup untuk menyenangkan hati
kami berdua.
Aku telah memilih untuk menjengah spot lama di bahagian
hilir sebagai pembukaan sessi casting kami. Bot dipecut laju membelah permukaan
sungai yang tenang dalam cuaca yang menyegarkan. Aktiviti pekerja sangkar ikan
nampak sudah bermula di kanan dan kiri sungai. Ikan Kerapu dan Selungsung
adalah spesis ternakan di sangkar-sangkar ini. Ternakan ikan sangkar adalah salah satu punca pendapatan penduduk Kuala Penyu.
hehehe..tu objek yang sebelah kiri tu la punca dugal/gastrik. Bahan pengawet yang digunakan adalah bahan kimia yang boleh menjejaskan dinding usus. |
Aku segera menghentikan enjin bot kira-kira 50 meter sebelum
tiba ke spot lama ini. Maksudnya, Juan juga perlu berkayuh menghampiri
spot.Tujuan kami berbuat demikian adalah untuk tidak mengejutkan penghuni lubuk
yang memang mempunyai deria yang sangat sensitif. Pergerakan 'ninja' ini memang
sudah lama kami praktikkan dan terbukti sangat berkesan dalam kaedah casting.
Tidak sabar mau makan nih!bulur giler. |
Kami seboleh-bolehnya merasa yakin bahawa penghuni lubuk tidak menyedari kehadiran kami. Satu-satunya bunyi yang akan kedengaran adalah bunyi jatuhan Nangnak memecah permukan air. Nangnak akan dibiarkan tenggelam sehingga menghampiri dasar sungai dan mula dikarau perlahan. Pergerakkan Nangnak ke permukaan air perlu sesekali dihentikan dan dihenjut meniru pergerakan udang sebenar. Ketika itu, apa sahaja spesis yang menghuni dasar lubuk pasti akan tergoda. Jika tidak pun, pasti marah dan bertindak ganas membelasah Nangnak..strike!fish on bro!
Juan melepaskan sauh bot ke dasar seperlahan
yang boleh. Hentakan sauh secara kasar ke dasar sungai boleh menyebabkan
penghuni lubuk bercempera lari. Oleh itu, sifat sabar dan teliti melepaskan
sauh amat penting dan kayuhan bot juga perlu senyap tanpa kocakan air. Juan
sangat mahir dalam kedua-dua hal ini dan jawatan ‘anchorman’ setakat ini belum
ada pengganti dalam teamlempayun…bersambung lah pula..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan