Rabu, 11 Mac 2015

HIKAYAT KUMPAU STEVEN SEGALL aka NANO

10/03/15(selasa): Trip casting santai petang berlangsung dalam keadaan cuaca terik dan berangin. Nano aka Steven Segall pada mulanya ragu-ragu(bolak balik) untuk menyertai trip ini. Akhirnya, beliau menyatakan persetujuan mengikuti trip ini di saat-saat akhir. Ini kali laaa!!
suasana casting dalam 'sungai ada orang'. Anatomi sungai ini amat cantik dari segi kedalaman dan kesenyapan serta sistem hutan nipah berbakau yang subur melindungi sungai ini dari kacamata umum
Kalau menurut kepercayaan orang tua-tua dahulukala, tindakannya pasti akan mengundang satu flying-kick padu kerana menurut kepercayaan orang-orang tua yang terlebih banyak makan garam buluh, pasti akan kumpau berlipat.hehehehe..lebih baik pulang..hehehe..
Selungkang yang merembat padu gewang free(baru jumpa) ketika menghampiri bibir bot mengakibatkan pergerakan tiba-tiba dan bot beroleng kuat
Namun, kepercayaan lama sudah ditinggalkan sepenuhnya kerana Allah sahaja yang berhak memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. So, trip on..tapi ada individu yang akan menerima padah.hehehe..ke mana tuju ni bro?ok..on 'sungai ada orang'!
Allah beri rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya dari semua arah tanpa disangka-sangka. Rod yang agak daif dan kasar, kekili teknologi lama dan braided yang sudah kering..tapi strike Kerapu bagak!..hehehehe 
Sessi casting kali ini amat sunyi dengan strike. Air sungai surut amat deras walaupun kualiti air sangat sesuai untuk casting. Gewang dan udang plastik kami hanya mampu berenang di permukaan air. Alahai..macam pelampung saja dibikin arus. Namun, casting tetap casting. Yang pastinya, aku kumpau dan paling sadis, Steven Segall tewas di gelanggang casting walaupun 'untouchable' ketika berdepan dengan musuh dalam filem-filemnya.hehehehe..jan jara!

2 ulasan: