Rabu, 31 Mac 2010

Mabuk 3:Tips

Mabuk laut yang dalam bahasa perubatan juga disebut sebagai motion sickness merupakan gangguan yang sering dialami mereka yang menggunakan khidmat kapal laut, kapal terbang dan kereta.Gejala ini timbul akibat goyangan yang dialami dalam perjalanan.Goyangan ini akan merangsang pusat keseimbangan di telinga tengah sehingga menyebabkan gejala gejala mabuk laut atau darat.Meskipun demikian, tahap mabuk setiap individu adalah berbeza. Ada yang sangat mudah mengalami mabuk , ada pula yang tidak. Hal ini mungkin disebabkan oleh berbagai faktor terutama kekuatan mental dan fizikal. Gejala yang timbul ketika mabuk adalah bermacam-macam tetapi umumnya gejala utama adalah mual dan muntah. Gejala lain dapat dilihat seperti sakit kepala, kepala terasa ringan, berpeluh dingin dan lain-lain.

Bagi mereka yang sering mengalami mabuk, berikut adalah tips yang boleh diambilpakai untuk mengurangkan perasaan mabuk yang anda sedang alami :

1. Ketika berada dalam bot atau kapal, lontar pandangan anda seluas mungkin atau dengan kata lain, pandangan anda dapat mengikuti pergerakan kenderaan.Apabila menaiki kapal laut, naiklah ke atas deck dan pandang garisan horizon.

2. Jangan membaca, mengikat matakail,membuat perambut dalam perjalanan dan jangan duduk menghadap ke belakang terutama bagi anda yang sering mabuk.

3. Jangan melihat atau bercakap dengan kaki lain yang sedang mabuk.

4. Hindari makanan pedas dan cuba merangsang sistem pencernaan sebelum dan selama trip berlangsung.Membuang air besar amat dituntut ketika mabuk.Tujuannya, untuk mengurangkan beban keselesaan yang berpunca dari perut anda.

5. PENTING:Minumlah ubat pencegah mabuk beberapa jam sebelum bertolak.Sebelum itu, isi perut anda dengan makanan yang digalakkan.

6 dan seterusnya, Mengalu-alukan sumbangan tips mengelak mabuk dari anda untuk dikongsi bersama.

Isnin, 29 Mac 2010

Double hook up yang power

Tiada siapa yang ambil video ketika berlakunya triple hook up walaupun ia berlaku berkali-kali.hehehe. Sebenarnya kehadiran Berusak yang banyak ini memberi peluang kepada kita untuk membuat kebaikkan kepada jiran-jiran. So, nasihat ku, kalau tidak pandai makan pun ikan ni, tangkap dan bawa baliklah untuk diberikan kepada jiran-jiran.apa sangatlah beratnya. Semoga dengan berbuat begitu, akan bertambah eratlah tali silaturrahim dan semakin berkat usaha kita.

kelam kabut mamat dua orang ni ketika berusak tengah frenzy.

Am's first strike

sambaran Mr Bruce mencetus karan kepada angler dan orang yang berada disekitarnya.Teknik ganas dan pantas perlu untuk menewaskannya agar tidak banyak masa terbuang.Kaedah yang pada mulanya hanya untuk berseronok bertukar kepada tangkap dan kumpul.Mesti mau cepat bro,kalau tidak ketinggalan oleh Lempayun.hehehe

Ahad, 28 Mac 2010

Pesta Mr Bruce aka Berusak teamlempayun 2010

Pagi yang hening, aku, Juan dan AM memulakan perjalanan ke Bagang dalam misi pancing untuk apa saja. Trip teamlempayun ini memang telah dirancang mengikut takwim yang diselaraskan dengan takwim sekolah.Seawal 5.55 am, kami terkandas di muara kerana air yang agak surut.Selepas beberapa minit bergelut, kami berjaya juga melepasi muara dan menuju ke bagang terdekat.
Life Jacket perlu dipakai untuk keselamatan

Keadaan agak basah setelah hujan yang lebat dimalam. AM juga menyatakan bahawa Kimanis dan Mandahan mengalami hujan dalam perjalanannya ke Bongawan.Syukurlah kerana era pencemaran udara berakhir juga.
Indahnya ciptaan Ilahi

Di bagang pertama, kami terpaksa mencari umpan dengan menggunakan appolo disebabkan pengusaha bagang bercuti sakan kerana bulan besar dan majlis perkahwinan. Hasilnya, kami menaikkan banyak anak rumahan dan temanung untuk dijadikan umpan. Pesta anak rumahan berterusan sehinggalah aku mula mengerat rumahan untuk dijadikan umpan, namun appolo tidak sempat tiba ke dasar apabila disambar oleh kumpulan rumahan. Setelah aku bertukar menggunakan batu ladung bersaiz besar, barulah umpan sampai ke dasar dan serta merta mendapat sambaran-sambaran kasar.
Kerisi yang galak memakan umpan hirisan anak rumahan banyak didaratkan

selain dari Kerisi, anak ikan putih, pisang-pisang taris, kaput dan kerapu banyak dinaikkan.Anak ikan titir juga tidak ketinggalan berpesta merompak matakail dan batu ladung kami.
Anak ikan putih bulat yang menyukai hirisan anak rumahan

Perlawanan sebenar bermula selepas pukul 9:00 am apabila kehadiran Mr Bruce aka Berusak disedari setelah menyambar umpan jaul ku. Set Mr Bruce disediakan dan anak ikan titir dipotong 2 untuk dijadikan umpan. Selepas itu, pesta Berusak bermula dengan bunyi jeritan kekili yang bersilih ganti disamping mulut yang tidak berhenti melontarkan keseronokkan.
Strike pertama untuk AM dari Mr Bruce. Kena berdiri tu bro, baru syok layan.hehehe

Perlawanan yang mengujakan berlangsung beberapa minit dan berakhir dengan kekalahan di pihak Mr Bruce

Juan tidak ketinggalan untuk strike Berusak dengan menggunakan rod kecil dan pendek.Memang diakui tenaga Mr Bruce memang kental dan brutal dengan pecutan-pecutan turbo dan kedegilan gostannya.

Namun aku lebih awal strike daripada dua mamat nih..hehehehe..strike mereka hanya bermula setelah aku menewaskan Berusak yang ke lima.hehehehe...lambat bertindak betul laa kamu ini!

Mr Bruce yang memenuhkan lantai bot membuktikan kata-kata rezeki terpijak. Memang besar-besar Bro dengan anggaran berat 1.5 kg hingga 2.5 kg. Berusak dalam partition ini adalah mangsa rod lemax royal president ku dan kekili tomman.
AM tengah mengira jumlah berusak yang ditewaskannya

Berusak yang berada dihadapan bot akibat keganasan Juan. Memang sungguh jadah kekuatannya.

Berposing dengan Mr Bruce di garajku. Memang trip ni memberikan kepuasan yang maksimum dari segi jumlah tangkapan dan hiburan.

Perlawanan dengan Mr Bruce mengundang kecederaan yang mengakibatkan darahnya bertaburan di dalam bot.So, acara membersihkan bot dari darah dan lendir Berusak adalah wajib agar kebersihan bot dapat memberikan keselesaan untuk trip di masa hadapan.
Jangan buat-buat tak tau bro! hehehehe. Korang boleh balik awal, tapi Berusak tu tinggalkan..hehehehe

Keputusan: Lempayun mendapat 20 ekor Mr Bruce, Juan mendapat 17 ekor dan AM mendapat 14 ekor. Jumlah keseluruhan adalah 51 ekor. Tidak dikira dengan jumlah yang lepas. Semakin lewat, kehadiran Mr Bruce amat banyak sehingga kami tidak perlu melontarkan umpan. Seperti mengail karuk, tegangan reel yang diketatkan menyebabkan strike Mr Bruce sangat brutal hingga joran menyelam ke dalam air. Teknik dengan membiarkan joran menyerap tekanannya ini memudahkan Berusak ditewaskan dengan cepat.Aku menyaksikan puluhan Berusak berkeliaran disekliling bot, namun kami terpaksa meninggalkan lokasi kira-kira pukul 11:30 am apabila angin mula bertiup kencang dan bungalapang semakin kuat. Kami tiba di muara Bongawan kira-kira pukul 11:50 am dan berteduh untuk makan tengahari.
Mr Bruce yang disedekahkan kepada jiran-jiran dan rakan-rakan. Aku hanya menyimpan 3 ekor untuk dibakar dan digoreng.

Mr Bruce dikatakan tidak bernilai di pasaran dimana baru-baru ini, ia dijual dengan harga rm 3 seekor di Tamu Bongawan. Kami yang tahu menilai rasanya,bersetuju bahawa Mr Bruce memang sungguh lazat jika dibakar dan di goreng dan dilumuri dengan kuah sos. Memang puas hati kata Juan dan AM. Apa yang paling mengujakan, tarikan ganas Mr Bruce dapat mengurangi sedikit tangan yang mengeletar kerana rindukan karan!hehehehe

Sabtu, 27 Mac 2010

Mabuk 2:Apa peranan rakan?

Kita jarang memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah hijau dalam bot ketika memancing. Alasan, kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah atau takut joran diterbangkan oleh ikan tanpa disedari.
Sebaik-baiknya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi bantuan kepada mangsa tragedy ini.Sekurang-kurangnya urut tengkuk dan belakang mangsa supaya muntah keluar lebih lancar, sempurna dan mengiurkan agar lebih cepat lega.
Rakan yang muntah pastinya tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, bantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Jika ada minyak angin seperti minyak Poo, lagi bagus. Mangsa muntah perlu diberi minum air suam dengan banyak bagi mengelak daripada mengalami mulut kering. Pujuklah dia supaya menelan sedikit makanan.Jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habis keluar bersama muntah dengan harapan mangsa akan lebih cepat segar.
Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlu lakukan.
Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkan kesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawal kerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Oleh itu, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu.
Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang bot agar mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan mangsa tidak menyedut asap enjin kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan paru-paru mangsa.
Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allah mereka yang mabuk itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.Nantikan lagi ceita pasal mabuk dari Lempayun dalam post akan datang.

Rabu, 24 Mac 2010

Mabuk 1

MABUK atau MAUK bukan perkara baru kepada setiap pemancing laut. Setiap tahun, kepada pemancing yang baru berjinak dengan dunia hanyir ni, pasti akan merasai situasi ini. Ada yang awal lagi tumbang dan minat ke laut terus berkubur dek pukulan mabuk yang brutal. Kepada pengail yang agak kental semangat dan gigih tetap meneruskan acara kailan walau terpaksa bersengkayut di tiang bot.Pemancing yang baru meneroka laut dalam, ubat semestinya menjadi teman sepanjang berada di laut. Namun semangat yang kental dan berfikiran positif adalah sesuatu yang lebih baik daripada pengambilan ubat kimia bagi mengatasi mabuk. Ditakuti, kesan pengantungan terhadap ubat kimia akan berterusan dalam trip dimasa hadapan.Selain itu, petua-petua seperti tidak melihat air laut atau menundukkan kepala agak lama atau baring dalam keadaan bot dibuai gelombang perlu dielakkan kerana ini menyebabkan pengail akan lebih cepat mabuk.Antara petua yang biasa diamalkan oleh pengail veteran, banyakkan minum air suam (bukan jenis air berkarbonat). Bekalkan sedikit makanan masam yang sederhana dan sentiasa membasahi mulut. Menghela udara laut yang bersih adalah satu ikhtiar paling baik untuk mengelak daripada mabuk. Tetapi selalunya tindakan ini gagal kerana suhu badan anda (pemancing baru) tidak dapat bertahan dengan keadaan laut dan bot yang sentiasa bergoyang dilambung ombak walaupun ombak tidak sebesar mana.Sebagai pengail baru, anda perlu menerima hakikat ini dan menjadikan mabuk pertama ini bukan untuk melemahkan semangat anda menjadi seorang pemancing laut yang tabah. Anda mesti melalui kegetiran ini dengan penuh semangat dan kuatkan azam untuk menjadikan laut sebagai padang permainan dan gelombang sebagai kawan.Mabuk laut bukanlah suatu yang dipinta kerana ia akan datang tanpa amaran dan tidak mengikut waktu. Jangan jadikan ia sebagai gurauan kerana ia akan melemahkan semangat juang rakan anda yang tengah mabuk. Jangan bimbang dan cuba keluarkan muntah hingga habis dengan menjolok jari ke hujung tekak. Anda perlu berehat sambil banyak minum air atau makan sedikit makanan lembut dan masam. Akan ada lagi artikel tentang mabuk menyusul. Nantikan dari Lempayun.

Isnin, 22 Mac 2010

Kembali ke laut dalam: 1st trip 2010

Kerapu Bara

19,20 dan 21 bersamaan hari jumaat,sabtu dan ahad mac 2010, merupakan tarikh keramat lempayun apabila kembali dari persaraan yang begitu lama sejak 2005 dalam arena pancingan laut dalam. Kerisauan semakin berkurang apabila tackle box diselongkar dengan penemuan saki baki perambut, matakail, cili dan pelbagai lagi yang kebanyakannya sudah nampak usang dengan habuk yang tebal tetapi masih boleh digunakan. Untuk menambahkan keyakinan, reel terbaru disambar di Geofish dan joran di KBS. Braided line Stren 50 lb sepanjang 300 m dipenuhkan dalam spool kekili. Matakail kegemaran seperti Owner dan Gamakatsu ditambah kepada mana-mana saiz yang telah kurang. Beruntungnya, perambut tenggiriku dan perambut lain masih boleh diguna pakai. Apa lagi yang kurang?fizikal?hehehe….cuba dulu baru tauu..hehehe

Kerisi Bali


Menyorot kisah silam, aku adalah antara kaki yang agak tegar di laut dalam.Bukan nak angkat bakul tetapi KOB boleh dirujuk.Aku tahan mabuk (pernah juga muntah..hehehe..ada sebabnya laaa), tahan berjaga malam, tahan lapar, tahan mental dan pelbagai lagi. Itu cerita lama bro..hehehe..ini yang dikhuatirkan.

Sebahagian hasil tangkapan


Hari yang dinantikan tiba juga. Kami bertolak dari jeti KK menggunakan khidmat kapal Seastar 1 yang dikemudikan oleh skipper Marcos dibantu oleh dua orang awak-awak muda yang rajin. Kami terdiri dari penganjur trip iaitu Dahalan aka KOB, Tamparan, Ampulur, Snake, Sahur, Raimee, Amin, AG Pelilah, Sulaiman, Sudin Ajaib, Abg Zakaria dan Lempayun.Trip kami dijalankan dengan amaran angin bertiup kencang dari utara yang akan berakhir pada hari ahad pagi. Ramalan memang tepat dengan tiupan angin yang agak kencang mengiringi perjalanan kami ke takat 32. Ombak semakin tinggi apabila kapal melepasi separuh perjalanan menyebabkan kami hanya mengisi masa dengan aktiviti tidur dan berehat.

Ampulur dengan kerisi yang digeraminya sehingga bladder nya terkeluar..heheheh


Kami tiba di lubuk pertama kira-kira pukul 6.28 pm. Tiada sebarang sambutan yang diterima dari penghuni lubuk. Ombak yang semakin besar dan rapat menyebabkan rakan satu persatu menyerahkan diri ke dalam kabin.Aku juga tidak ketinggalan, lebih baik berehat daripada menunggu tanpa sebarang pagutan ikan. Sebelum itu, pesta muntah-muntahan berlaku dengan amat meriah..hehehehe.
Raimee senyum setelah berjaya mendaratkan kerapu bagak. Dibelakangnya Sudin Ajaib yang masih belum percaya bahawa dia tidak mabuk.hehehe..asyik-asyik..iya kan..kenapa aku tidak mabuk haaa??


Hari Kedua juga dinodai dengan ombak dan alun yang besar, namun aku tetap mengagahkan diri untuk bertempur. Saki baki kudratku yang semakin berkurang tidak menjejaskan keinginanku, semangatku semakin kuat untuk melawan..akhirnya..walaaa…hehehehe..aku berjaya mengatasi kelemasan emosiku. Syukurlah aku tidak mabuk. Aku merasa seolah-olah berjaya kembali ke tahap prestasiku beberapa tahun yang lepas. Hari sabtu, aku dan beberapa orang rakan menghabiskan masa memancing dan meraih hasil yang pelbagai.

Senjata tempur terbaruku, Daiwa Saltist siri terbaru buatan Korea (bukan Thailand). Ringan, drag yang berkuasa, dua kelajuan yang diharap dan cinonit. Pendek kata, memang betul-betul hor liau!! puas hati wooo!!

Entah fenomena apa yang melanda apabila tiada sebarang sambutan dari sebarang ikan pada waktu malam. Mengikut Jack, pemilik Seastar, perkara ini sudahpun berlaku sejak dua bulan yang lepas dan dia tiada penerangan yang spesifik terhadap apa yang sedang berlaku. So, waktu malam dihabiskan dengan aktiviti tidur untuk mengumpul tenaga yang akan digunakan keesokkan harinya
orang putih sakap..its worth it!

Hati berbunga dan bahagia apabila melihat permukaan laut yang teduh. Syukurlah kerana dianugerahkan suasana teduh sebegini walau hanya untuk beberapa jam sahaja. Labuhan kapal di takat terakhir kira-kira pukul 12 00 pm, merupakan saat yang meriah dengan pelbagai spesis ikan berjaya ku naikkan. Seperti juga dahulu, kepantasan menjadi keutamaanku untuk memaksimumkan tangkapan dan masa keemasan ikan yang sedang galak. So, ada banyak rahsia tersebut yang akan dikongsikan bersama rakan-rakan yang berminat dalam post yang akan datang.nantikan.sekian, ikhlas dari Lempayun

Rabu, 17 Mac 2010

Steady kau Din!

Rabu 17,2010. Aku bersama sudin ajaib ke bagang untuk memancing sebagai satu riadah cuti sekolah. Juan tidak dapat menyertai trip ini kerana masalah peribadi.Oleh itu,tinggalah kami berdua.

Hampir 6 pagi, kami mula bertolak dari pangkalan. Muara agak berombak, berjaya melepasi muara, kami berhadapan dengan alun yang bagak-bagak.hehehe..cam bukit daaa. Persinggahan di bagang pertama, umpan anak2 ikan berjaya diperolehi.Kami berpindah ke bagang kedua dan mula memancing tanpa umpan. Hasilnya, berpuluh ekor anak gerunggung dan temanung serta anak rumahan menjadi mangsa appolo saiz 12 kami.Sudin yang menamatkan aksinya dengan jigging berjaya memperolehi seekor anak tenggiri.Kira-kira pukul 8 pagi, kami mula kembali ke muara sungai disebabkan kerosakkan sauh,ketiadaan umpan bilis dan alun yang semakin besar. Keadaan yang berasap tebal menyebabkam kami sukar mengesan muara sungai. Nasib baik sebuah perahu bagang yang baru pulang menjadi pedoman kami untuk mengesan muara sungai.Jika tidak, sia-sia kami diterbalikkan ombak.Apapun, kepada Sudin ajaib, jangan jara dan akan datang kita pergi lagi. Datanglah dengan persiapan yang lengkap dan menyakinkan.

Selasa, 16 Mac 2010

spesis baru peminat gewang killer XXX

16,03.2010.teamlempayun berkesempatan menduga lubuk-lubuk di sungai Membakut bermula dari pukul 8.00 am dan berakhir pada pukul 12.30 pm.Trip reece ini adalah untuk mengenal pasti lubuk-lubuk berpotensi untuk diserang pada masa hadapan. Tiada sambaran Ungah mahupun Selungsung dicatatkan. Mungkin keadaan air yang terlalu masin dan keruh laut menyebabkan ikan agak pasif.Tak, mengapa.Jangan jara..kata si Tay.

Boleh laaaa...tiada selungsung pun, selungtir pun jadi laaa..hehehe

Titir juga berminat dengan gewang ini. Cuma pilihan kali ini adalah warna rainbow. Sentapannya di bawah daun nipah memang mengujakan.

Siapa lagi pemilik bedukang ini kalau bukan si Tay.hehehehe..Memang sinonim sangat gewang kau ni dengan bedukang. Apapun, karan broooo!!

close-up gewang dengan aksesori single hook yang begitu kukuh tancapannya. Sayangnya, mangsa adalah sang bedukang.Memang berat juga ia melarikan joran.Kalau lah Selungsung, sah lesen pertama aku ni...sekali tu selungkang!hehehe

Buntal ini agaknya geram dengan gewang ni. Ia membedal gewang bukan sebagai makanannya,tetapi mungkin sebagai musuh, saingan, rakan ataupun betina.Memang miang betul buntal ni.hehehe.

sememangnya gewang ini memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya. Selain harganya yang murah, ketahanan badannya dan binaan lidah yang tebal amat menyakinkan jika mendapat sambaran padu. Selain dari itu, ia juga didatangkan dengan matakail mustad.Saya sarankan kepada rakan caster untuk memiliki gewang ini sebagai koleksi lures box anda.

Jumaat, 12 Mac 2010

Perkongsian ilmu siri 4: Treble atau Single hook ( finale )

Halangan:
1.Kebiasaan yang masih terlalu menebal dan tinggi terhadap penggunaan treble hook. Kebiasaan yang sudah bermula sejak awal bergiat dalam kaedah mengilat ini menyebabkan penggunaan single hook belum dipercayai sepenuhnya. Contohnya, sesekali semasa menggunakan single hook, apabila sambaran tidak lekat, dalam hati akan berkata..cilakak!!kan bagus kalau aku pakai treble hook tadi. Tapi, dulu dalam era bottom fishing, penggunaan single hook untuk mencangkuk udang dan kembura hidup juga menghasilkan keputusan bagus. Banyak Ungah dan Selungsung menjadi korban. Ironinya, gewang juga nampak hidup apabila dikarau. Ada komen?

2. Ikan-ikan kecil kurang mengena jika menggunakan single hook. Tetapi ini adalah satu kebaikkan untuk CNR.
3. Single hook hanya berkesan sepenuhnya digunakan secara vertical. Contohnya single hook amat dipercayai untuk jigging kerana tancapannya yang kemas dan kukuh. Berbanding mengilat, kedudukkan single hook adalah horizontal dimana kadar lekat hook pada mulut ikan lebih rendah berbanding vertical kecuali jika ikan menyerang dari tepi atau belakang.

Kesimpulannya, perkongsian ilmu saya tadi adalah berdasarkan ujian dan penelitian di lapangan. Dapatan tadi bersandarkan keputusan terkini beberapa trip mengewang saya di muara Bongawan. Jadi, jika anda belum bersedia untuk meninggalkan treble hook, sila teruskan sahaja. Tiada halangan dan segalanya terpulang kepada diri anda. Kini, sebahagian gewang saya beraksesorikan single hook khas untuk menguji rimba banat di bawah air. Manakala treble hook saya gunakan di kawasan terbuka. Jika ada sebarang pandangan dan pendapat membina, sila kongsi.terimakasih. Sekian dari Lempayun.

Perkongsian ilmu siri 3: treble atau single hook ( keputusan dan dapatan )

Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa siri ujian gewang menggunakan matakail tunggal. Untuk gewang bersaiz 7 cm, saya menggunakan matakail Owner bersaiz 1/0 manakala untuk gewang bersaiz 9 cm, matakail Owner bersaiz 3/0 digunakan. Gewang dari jenama XXX diuji sepenuhnya.

Keputusannya seperti berikut;
Dapat:
-3 ekor MJ bersaiz melebihi sekilogram,
-3 ekor MJ di bawah 700gm hingga 1000 gm
-1 ekor Kerapu sungai.
Terlepas:
-2 sambaran padu semasa karauan.
-3 sambaran sedarhana semasa karauan.
-2 sambaran kecil.
-1 sambaran Kerapu tak dapat control hingga berjaya menyelit ke bangkar.
-1 sambaran selungsung (dalam anggaran 5 hingga 6 kg)yang rabut berhampiran dengan bot.

Dapatan:
Kejayaan penggunaan single hook lebih kurang sama dengan penggunaan Treble hook. Jika hook up kemas, ikan sukar lepas berbanding treble hook yang berpotensi untuk terkangkang jika berlaku pintalan atau kilasan pada split ring. Tetapi kadar hook up treble hook lebih tinggi untuk semua saiz ikan. Cuma kelebihan single hook adalah faktor kalis sangkutnya semasa bermain reba berbanding treble hook yang mempunyai peratus sangkut yang lebih tinggi. Di lubuk-lubuk muara Bongawan sahaja, entah berapa puluh gewang sudah menjadi tukun!

Sebenarnya, saya bersetuju mengatakan bahawa pengggunaan matakail tunggal untuk casting amat efektif untuk pemangsa bersaiz bagak. Tancapannya yang kemas di sudut mulut ikan menyukarkan ikan bersaiz besar melakukan pintalan terhadap split ring. Selain dari itu, aksi renangan gewang juga menghampiri 100 % tahap kesempurnaan anatominya kerana single hook jauh lebih ringan. Disamping itu, ia juga 95 % kalis sangkut memandangkan kedudukkan matakail yang menghadap ke atas. Jadi, saya tidak ragu-ragu untuk bermain reba banat/pajal di dasar air. Sebab itu, saya kerap mendapat sambaran kerana gewang saya masuk ke jerumun Ungah. Cuma anda perlu ketatkan drag secukupnya untuk mengelakkan pemangsa bagak melarikan gewang ke wilayah berbahaya.Ikuti post seterusnya sedikit masa lagi.

Khamis, 11 Mac 2010

Panduan membeli Rod: siri 4 ( oleh lempayun )

Power
Power is relative to the fight and rods are generally classed into Ultra-Light, Light, Medium-Heavy and Heavy, with smaller fish calling for the lesser power of an Ultra-Light or Light, and larger fish falling to the stiffer end of the spectrum, Medium-Heavy or Heavy.
Kuasa dikaitkan dengan perlawanan dan joran umumnya dikelaskan kepada lampau ringan, ringan,sedarhana berat dan berat, dengan ikan terkecil paling sesuai dengan penggunaan lampau ringan dan ringan, dan ikan besar mudah dikendalikan dengan hujung joran yang keras, sedarhana berat atau berat.

Rabu, 10 Mac 2010

Perkongsian ilmu siri 2:Treble atau Single hook ( pengenalan )

Kelebihan mata tunggal

Treble hook halus asahan kimia memang kaw-kaw untuk pemangsa kecil dengan set mengilat ringan, tetapi kalau terkena pemangsa bagak dan handal, ia akan musnah sama sekali. Untuk itu, penggunaan single hook lebih ideal. Selain ringan, bukaannya yang lebih luas memudahkan tancapan ke mulut ikan. Single hook yang ideal perlu mempunyai lubang telinga yang bercili dan dipasang split ring. Ini akan mengurangkan kesan kilasan dan pintalan yang biasa mengangkangkan matakail.

Kesukaran untuk mendapatkan telinga matakail yang selari dengan leher dan tekaknya menyebabkan Cili perlu dipasang sebegini agar matakail selari dengan badan gewang. Adapun saya dah terjumpa matakail seperti yang dikehendaki, tetapi ianya khas untuk jig dan matanya tiada barb atau 'ruit'. Inilah alternatifnya.
Di beberapa buah Negara, penggunaan treble hook diharamkan kononnya kerana ‘kebuasannya’. Oleh itu, penangkap ikan ‘trout’ di New Zealand terpaksa menggunakan single hook. Hasilnya, tangkapan ikan trout berlipat kali ganda dengan kadar lepas yang amat minimum.

Dalam majalah Freshwater fishing, kajian saintifik yang telah dijalankan oleh Bill Classon menyimpulkan, jumlah ikan trout yang bolos dengan penggunaan single hook amat minimum berbanding penggunaan treble hook. Oleh itu, mengharamkan penggunaan treble hook disesetengah perairan New Zealand ternyata silap besar dengan pembenaran penggunaan Single hook yang lebih berkesan dari segi tangkapan.

Perlu di ingat, bukaan mulut ikan Trout lebih luas berbanding bukaan mulut MJ dan Selungsung. Kecuali ikan kerapu yang sesuai dijadikan perbandingan dengan Trout. Itu di Negara luar, bagaimana pula dengan di negara kita khasnya di lokasi pancingan gewang yang berhampiran. Oleh itu, saya telah melakukan beberapa sessi ujian lapangan untuk mengetahui potensi penggunaan single hook.Ikuti dalam artikel selanjutnya.sekian dari Lempayun

Selasa, 9 Mac 2010

Perkongsian ilmu siri 1:Treble atau Single hook ( pengenalan )

Kelemahan Mata Tiga
Treble hook adalah aksesori pilihan kepada 99 % gewang replika ikan berbadan keras di pasaran. Kelebihannya ialah, ia menawarkan lebih titik matakail untuk melekat pada ikan. Ramai menyukai treble hook kerana merasakan gewangnya mantap dan berbahaya. Selain itu, kita juga sudah biasa menggunakannya.

Sebenarnya, mata tiga adalah jenis yang paling lemah dalam pengendalian ikan besar. Ia juga satu rekabentuk yang paling rendah kecekapannya untuk menembusi mulut ikan. Ini kerana, selain perlu menancap satu hujung mata kail, anda perlu membenamkan tiga matakail. Kalaulah salah satu matakail mengenai tulang, ia akan menghalang yang lain untuk menembusinya.

Treble hook juga mempunyai teras yang sangat pendek, jurang sempit dan tekak yang cetek. Ini menyebabkan ia sukar untuk ‘mengunci’ dan ‘memegang’ ikan dengan kuat dan lama. Ia juga dipasang pada badan gewang keras melalui split ring yang membentuk banyak kilasan dan pintalan pada matakail. Inilah punca mengapa matakail selalunya terkangkang. Disamping itu, ia juga lebih berat berbanding mata tunggal.Renangan gewang sedikit sebanyak pasti akan terganggu walaupun dalam skala kecil.

Isnin, 8 Mac 2010

Panduan membeli Rod: siri 3 ( oleh lempayun )

Action
A rod's action describes the way a rod will perform when both casting and reeling in a fish, and is categorized in general terms such as fast, moderate or medium and slow. A fast-action rod bends mostly in the top 1/3 of the rod's length. Moderate- or medium-action rods bend further down the rod's length; typically through its midsection. A slow-action rod bends throughout the entire length of the rod, down to the handle. A rod's action also relates to the size and weight of lures that are being fished. With smaller lures, a medium action will be more effective in achieving maximum casting distance, since the more limber rod will have a greater flex and develop more kinetic energy.
Fast-action rods provide a quick hookset for techniques such as jigging. A moderate action works well for casting middleweight crankbaits and slow-action rods work well for long gentle casts when fishing live bait. Naturally, there a many more applications and techniques that each of these actions would be suitable for, but a critical issue is always going to be personal preference.
Aksi joran menjelaskan tentang persembahan joran untuk keduanya iaitu mengilat dan mengarau ikan. Dan secara umumnya bolehlah dikategorikan sebagai pantas, sedarhana dan perlahan. Lengkungan di bahagian atas Joran aksi pantas kebiasaannya 1/3 daripada panjang rod. Lengkungan joran aksi sedarhana pula hampir separuh panjang joran, kebiasaannya di bahagian tengah joran. Lengkungan joran aksi perlahan pula adalah disepanjang joran hingga ke pemegangnya. Aksi joran juga berkaitan dengan saiz dan berat gewang yang sedang digunakan. Dengan gewang yang paling kecil, aksi sedarhana lebih berkesan dalam mencapai jarak lontaran yang maksimum oleh kerana lenturan joran memberikan daya lentur yang lebih besar dan meningkatkan lebih tenaga kinetic.
Joran aksi pantas menawarkan teknik sentapan yang lebih cepat seperti mengunjun. Aksi sedarhana berperanan amat baik untuk lontaran gewang berlidah yang mempunyai berat sedarhana. Dan aksi perlahan lebih bagus untuk lontaran jauh yang lebih lembut apabila menggunakan umpan hidup. Sebenarnya, ada banyak aplikasi dan teknik yang sesuai untuk penggunan setiap aksi-aksi tadi tetapi, isu yang kritikal adalah ia selalunya menjadi pilihan sendiri.

Ahad, 7 Mac 2010

Trip Bagang

Ahad,07.Trip bagang ini telah disertai oleh Lempayun, Juan dan Tamparan sebagai jemputan. Sudah sekian lama tidak ke bagang, peralatan pun kebanyakannya berhabuk dan berkarat.

Pagi yang sepatutnya indah dicemari dengan asap yang tebal akibat kebakaran hutan yang berlaku di sana sini. Ini bukan kabus bro!tapi asap.kalau ada asma, bahaya nih. Labuhan pertama di sebuah bagang mendapat sambutan hangat anak-anak rumahan yang tak berhenti mengejar appolo. Full house manjang!sampai naik bosan.

Asap yang tebal menyebabkan daratan tidak kelihatan.Jika keadaan ini berterusan, boleh sesat nih.tak tahu mana satu daratan.

Bemasa aka GT yang menyambar apollo Ag Jais bin Ag Akup merangkap pengerusi belia nelayan Bongawan. Tahniah geng!

Trofi Tamparan. Sambaran Berusak yang disangka Tenggiri.hehehe.kalut sekejap mamat ni melayan.baru seekor, teamlempayun tahun lepas pernah naikkan sampai 35 ekor dalam satu trip..steadddyyy saja..hehehe. apapun, tahniah kepada Tamparan.sedap di goreng dan di salai nih!
Trip awal diakhiri kerana sambutan yang terlalu dingin dari penghuni dasar. Kami berpindah ke sana ke mari. Ke membakut,Kimanis,Mandahan, kembali ke Membakut dan berakhir di bagang Bongawan.pun hampehh.Kesimpulannya, air terlalu jernih.So, kami masuk ke sungai untuk berehat.

Cantik aja pandangan dari dalam sungai Padas ni. Airnya hijau tak sesuai untuk casting. Paling cun, aktiviti menghabiskan bekalan makanan dan minuman.sambil tu, borak kosong.

Percubaan casting yang tak berhasil.lepas tu, pacak joran, baring dan lelap seketika.Trip kami berakhir pada pukul 12 tengahari. Hari yang semakin panas meruap memaksa kami pulang segera ke jeti.

Sabtu, 6 Mac 2010

Ungah Rekod?Amacam?


Aku dan rakan lama yang baru bergiat dengan dunia casting iaitu Adam, memulakan aktiviti memancing dengan kaedah casting. Seperti juga aku yang pernah aktif gila2 dengan dunia laut dalam, begitu juga Adam yang sudah lama tidak beraksi dengan joran. Memang agak kekok. Untungnya, dia kembalinya ke dunia kail dengan teknik casting sebagai keutamaan.
Pagi itu, gewang XXXku membuka cerita dengan sambaran rabut ketika air masih turun. Apabila air bertukar kepada naik pasang, gewang pula Adam disambar padu. Ikan masih mampu memerah tali keluar walaupun drag telah diketatkannya dengan maksima. Namun, hook up yang tidak kemas menyebabkan ia lepas dan meninggalkan parkinson kepada kepala lutut Adam.hehehehe.

Kami berpindah ke dalam sungai Padas, di sini aku mendapat satu lagi sambaran..tetapi rabut.apa kena ni?asyik rabut saja.hehehe

Jam menghampiri pukul 11 am apabila kami berpindah ke short cut. Lontaran pertama kuterus bersambut dengan larian tidak dapat control. Larian berakhir dengan sangkut, tali bot dilepaskan dan tiba-tiba ikan keluar dari bangkar. Perlawanan berakhir dalam siut. Kalau sudah rezeki..Bagak juga Ungah ini.abislaa kau Tay..hehehe.
Hari semakin panas.pukul 12 pm, kami sudah pun berteduh dan berkemas dibawah garaj.Tarak tahan woooo..panasss..

Jumaat, 5 Mac 2010

Panduan membeli Rod: siri 2 ( oleh lempayun )

The line guides on a baitcasting rod are aligned in a slightly descending size from butt to tip, on the top of the rod blank. The diameter of line guides for this type of rod is not as large as those used on spinning rods, because the line pays out more evenly. Generally, the number of guides is based on the length and flexibility of the rod blank, with more guides being used on rods that flex more dramatically.
The insert of line guides is made of various materials such as plastic, metal and ceramics, which vary in their hardness as well as cost. Plastic anchors the lower end of the quality scale, ceramic guides are top quality. Since the quality of a rod's guides affects both casting distance as well as being a critical part of any battle, choose a rod with quality guides. When fishing the new braided or super lines, ceramic guides are the best choice, since they are most resistant to wear.

Line guides
Pemandu tali
Pemandu tali atau biasa kita sebut cincin ( ring guide ) pada sesebuah joran baitcasting disusun saiznya secara menurun daripada pangkal ke hujung joran. Diameter untuk cincin joran jenis ini ini tidaklah sebesar yang digunakan untuk joran mendatar kerana pergerakkan tali yang keluar lebih tersusun. Umumnya, jumlah cincin ini berasaskan panjang dan dayalentur joran dengan penggunaan cincin yang lebih banyak akan memberi lenturan yang lebih dramatik..jelasnya..cantiiikkkk!
Bahagian dalam pemandu tali ini diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti plastik, besi dan seramik yang saling berbeza kekerasan dan sudah tentu harganya. Plastik merupakan bahan yang paling lemah dari segi kualiti berbanding seramik yang memang paling berkualiti. Oleh kerana kualiti pemandu tali memberi kesan terhadap jarak lontaran dan menjadi bahagian yang kritikal dalam sesebuah pertempuran, pilihlah rod yang mempunyai pemandu tali yang berkualiti. Jika menggunakan tali sulam, pemandu tali daripada seramik adalah yang terbaik kerana ketahanannya terhadap haba. (lapisan luar kapal angkasa adalah seramik yang tahan panas sehingga ribuan darjah .)

PAJAK!!!

Gewang XXX tidak menjadi XXX lagi.

Kerana keberkesanannya ia dipajak sebagai koleksi berharga. Ia amat berkesan di muara Bongawan,namun tidak dapat dipastikan lagi di lokasi lain.Memang best giler gewang nih.Setanding dengan gewang berharga mahal.Tapi, elemen yang lebih mahal tu...tuuuu naaaa...tangan amoi tu.aku saja ambil sekali gambar tangannya tu..hehehehe..ada tais liur?

Selasa, 2 Mac 2010

Gewang XXX mengganas

Selasa petang, March 2,2010: Aku dan adik mengadakan trip mengilat singkat di Muara Bongawan. Trip yang tidak dirancang ini tidak disertai oleh Juan dan Tay yang masing-masing ada hal. Keadaan air surut agak laju ketika kami tiba di jeti. Selepas memunggah peralatan ke dalam bot, kami menghulu sungai memandangkan air sungai agak jernih dan perkhabaran yang mengatakan GT dan Lingkuh berjaya didaratkan oleh kaki bottom minggu lepas.

Ungah pinjam ni bro!hehehehe
Oleh kerana tiada sambaran, kami pergi ke kawasan muara untuk cubaan casting. Air semakin turun dengan laju, namun kami tetap mencuba. Gewang XXX dipertaruhkan dengan penggunaan single hook. Kira-kira pukul 3:45 pm, gewangku disambar padu. Kekuatan drag yang memang sedia disetkan semasa menduga bangkar diuji betul-betul. Beban dipindahkan kepada tulang belakang joranku yang melengkung hebat. Beberapa minit kemudian, seekor Ungah bagak didaratkan. Memang karan!. Masih dilubuk yang sama, sambaran berlaku lagi pada pukul 4: 15 pm. Namun tancapan yang kurang kemas menyebabkan Ungah berjaya memboloskan diri.

4:30 pm, kami berpindah masuk ke dalam sungai Padas. Casting di sini menghampakan tanpa sebarang sambaran. Acara berikutnya diisi dengan kaedah trolling. Hanya sekali gewangku mendapat sambaran tetapi rabut. Jam menghampiri 5.30 pm apabila kami kembali ke lubuk kegemaran. Biarlah kami menghabiskan sisa-sisa perjuangan disini. Kira-kira pukul 6:05 pm, gewang ku dsambar lagi. Memang padu apabila sambaran berlaku hanya dalam jarak 5 kaki dari bot. Drag yang ketat menyebabkan joranku menyelam mengikut renangan Ungah. Perlawanan berakhir apabila Ungah berjaya disauk kedalam bot.

Mengilat dalam keadaan air surut petang ini memberikan cabaran ditambah pula dengan tiupan angin yang agak kencang. Gewang sering di tiup jauh dari lubuk dan bot berpusing-pusing kerana tiupan angin. Kembali ke jeti, air terlalu surut. Kami berdua terpaksa berkerja keras menolak bot ke dalam garaj. Alahai, kensel la main badminton malam ni. Kalau dah perut kenyang dengan lauk rabus Ungah, mana ada game lagi.hehehe