Selasa, 31 Mac 2015

AKSI NANGNAK KUALA PENYU Finale

Ketika Juan sedang menurunkan sauh, aku segera menghantar Nangnak yang baru keluar dari plastik kira-kira 15 meter dari bot. Hanya beberapa kali karauan, satu getuan agak kasar menyapa Nangnak yang berenang perlahan. Sekali lagi aku menghantar Nangnak ke lokasi yang sama dan sebelum sempat menghabiskan karau ke 5, Nangnak ku ditekan padu. Perghhh…fish on bro!
Selungsung juvenile yang terjebak dengan Nangnak di muara sungai Tanggulian. Sebelum itu, seekor lagi Selungsung bersaiz anggaran hampir 2 kg terlucut di hadapan mata akibat drag kekili yang terlalu ketat. Akibatnya, rontaan Selungsung berjaya menyebabkan matakail terkangkang.
Joran casting aksi superlight milikku membongkok dahsyat menahan asakan. Aku hanya bertahan dan cuba memaksanya keluar dari zon sangkut. Drag yang agak ketat berjaya menahan junaman pemangsa yang kelihatan amat degil. Setelah berhempas pulas menahan asakan, akhirnya seekor Ungah bersaiz bagak berjaya didaratkan. Hehehehe..mantap bro!
Spot padat dengan rimba bangkar hanya boleh ditembusi oleh Nangnak. Gewang?confirm sangkut bro.Jangan laa cari nahas.
Aksi yang bagus untuk memulakan hari apabila Juan juga berjaya strike seekor Kerapu di lubuk yang sama. Kami meneruskan aksi casting di lokasi ini untuk 20 minit seterusnya. Tidak lama kemudian, seekor Selungsung merampas Nangnak miliku seraya melakukan pecutan padu. Sayangnya, drag Conquestku agak ketat menyebabkan matakail Nangnak terbuka luas. Selungsung yang berada dihadapan mata dengan anggaran berat hampir 2 kilo lepas begitu sahaja. Tidak lama kemudian, aku merasa ceria apabila memperolehi strike lagi seekor Ungah bersaiz sedarhana.
Ikan bulan/Tarpon juga adalah
 antara spesis yang meminati persembahan Nangnah
.
Kami meninggalkan lubuk ini apabila hampir 20 minit bermain Nangnak tanpa sebarang strike.  Mungkin Selungsung yang terlucut tadi telah membawa kawanannya lari keluar dari jerumun. Apa tunggu lagi bro, jangan buang masa. Sung tah pindah lokasi. Air pun tengah naik dengan cantik. Tanggulian, tunggumu kami datang. Sauh segera diangkat dan Throttle enjin Yamaha 15hp dipulas sehabisnya.
Kapal perikanan yang tersadai dan tenggelam di jeti Perikanan Kuala Penyu. Apa sudah jadi ni? Jelasnya, satu lagi pembaziran wang pembayar cukai.
Kami tiba di muara sungai Tanggulian selepas hampir 15 minit memecut bot sepanjang 17 kaki. Tanpa membuang masa, kami mula menghantar Nangnak ke tebing-tebing sungai yang dipenuhi bangkar. Tidak menunggu lama, strike demi strike berlaku apabila ketenteraman samseng-samseng cilik ini terganggu sehingga ada samseng cilik yang mengejar Nangnak keluar dari jerumun. Memang agresif bro!. Kecil kecil cili padi.
Sejarah silam spot ini adalah tragis sehingga kami namakan lubuk ini sebagai perkuburan gewang, Rangka badan kapal yang tersadai di dasar sungai adalah rumah kepada pelbagai spesis ikan juga rumah kepada gewang-gewang yang telah menjadi arwah. Semenjak ada Nangnak ni, hehehe.. kami gelar lubuk kepala kapal sahaja.
Kami memang terhibur dengan suasana ini tapi agak kurang tercabar dengan tenaga-tenaga ciput mereka. Kami mula casting berhanyut ke bahagian hulu sungai namun belum juga ketemu dengan strike kasar. Agak menghairankan apabila strike dari pemangsa bagak tidak berlaku dalam keadaan kualiti air yang cantik dan sedang menyongsong pasang ini. Sehingga lah jam 12:40 pm, kami memutuskan untuk berehat seketika dan menjamu selera dengan bekal yang dibawa dari rumah.
Suasana casting di waktu petang yang sangat indah
Kami kembali casting berhanyut ke bahagian hulu sungai selepas selesai menjamu selera. Namun, casting berhanyut masih belum juga menemukan kami dengan strike kasar. Aksi petang diteruskan dengan casting mengikut arus pasang hingga ke hulu sungai. Dalam sessi berhanyut itu, hanya seekor Kerapu  dan Bulan yang menyahut cabaran. Spesis-spesis lain tetap menyepi diri. Kami beranggpan bahawa Ungah dan Selungsung mungkin lebih suka berada di sungai besar. 
air sungai Kuala Penyu memang amat masin dan apabila ia tersejat di bawah sinar matahari yang amat terik, mendapan garam akan terkumpul. Aku sudah rasa bro, memang masin!
Kami keluar dari sistem sungai Tanggulian sambil menunda gewang. Ketika memasuki sungai Bundu, gewang milikku disambar oleh seekor Selungsung Juvenile. Sayangnya, ia berjaya melepaskan diri dari gewang setelah melakukan lompatan akrobatik beberapa kali. Bukan rezeki lah bro. Setelah itu, Kami memutuskan untuk keluar dan memulakan aksi trolling di sungai besar Kuala Penyu hingga menghampiri muara. Keadaan muara agak berombak ketika itu dan menyebabkan kami berpatah balik sambil menunda gewang dengan harapan spesis pelagik yang memasuki sistem sungai akan melahap gewang. Sunyi saja ni bro tanpa strike.
Hasil casting dari pagi hingga ke petang. Boleh la untuk sajian fresh di rumah.

Kira-kira pukul 5:07 pm, kami mengakhiri sessi trolling tanpa sebarang sambaran dan mengambil keputusan untuk berhenti singgah di lubuk yang kami telah terjah di awal pagi tadi. Air agak pasang tinggi pada 1.5 m dan berwarna hijau jernih ketika itu. Kami bercadang menghabiskan sisa-sisa masa pancingan kami di lubuk ini. Setelah beberapa kali bertukar Nangnak dan gewang tanpa sebarang sapaan, kira-kira pukul 5:45 pm, kami mengakhiri trip ini dan berangkat pulang. Boleh tahan juga penatnya bro.Panas lagi tu.hehehehe..apapun..malam ni dinner ikan fresh. Salam ikhlas dari Lempayun