Khamis, 14 Januari 2010

Gewang: Apa yang boleh kita kongsi

Sebenarnya, ada banyak perkara perlu dipertimbangkan dalam aspek pemilihan gewang. Adakah kita membeli gewang semata-mata untuk memenuhkan kotak gewang, ataupun sebagai koleksi mahupun bergantung harap kepada sesuatu jenama sebagai killer. Perkara penting untuk memilih gewang adalah, CUBA MELIHAT GEWANG DARI SUDUT PANDANGAN IKAN. Agaknya apakah perkara yang merangsang nafsu ikan untuk menerkam.

Faktor-faktor lain yang juga perlu dititikberatkan adalah warna, bentuk,saiz,kelajuan,persembahan,kedalaman,kebolehan lontaran dan harganya.Hampir semua gewang berupaya menipu ikan, tetapi setakat mana gewang itu boleh memperdayakan mangsanya?Ketelitian dan pemerhatian ketika memilih gewang boleh meningkatkan peratus kejayaan kita.

Warna juga memainkan peranan penting dalam aspek pemilihan gewang. Persoalan popular yang sering dilontarkan, warna apakah yang paling killer?Sebagai pengilat,kita tidak akan dapat jawapan tepat untuk persoalan ini melainkan ikan boleh berbisik ke telinga kita (bos..pakai warna merah dan kuning ye..)Lagipun pandangan tentang warna dari kita tidak semestinya sama dengan tempat lain. Contohnya, pengilat Australia lebih taksub terhadap warna terang dan menyerlah berbanding Negara lain seperti Jepun. Cuba anda perhatikan gewang yang dikeluarkan oleh Australia seperti Halco, Killerlure dan Bomber. Hampir kesemuanya berwarna gaudy.

Setiapkali kita berkunjung ke kedai pancing, Mata kita yang buntang tidak akan jemu menatap paras wajah gewang yang bergantungan berbanding amoi yang menjualnya. Sebahagian besar gewang sebenarnya berupaya mengcasting pemancing berbanding ikan.

Contohnya, gewang berwarna terang dan berwarna-warni lebih cepat laku di pasaran berbanding warna hitam, kelabu dan ungu. Sebabnya mata kita lebih tertarik terhadap make up luaran gewang yang anggun. Hakikatnya, Gewang berwarna GELAP memberikan cahaya yang paling SEMPURNA ketika mendung. Oleh itu, ia lebih mudah dilihat berbanding gewang berwarna atau gewang yang bergantung kepada pantulan cahaya.

Gewang berwarna jernih dan transparent juga kadangkala berkesan. Apabila ikan berada dalam keadaan cemas, mereka lebih respon dengan pendekatan gewang yang tidak ketara warnanya dengan persekitaran.Ikan tidak memandang gewang seperti mata kita memandang gewang. Gewang berwarna perak berkilat yang memantulkan cahaya terang seperti yang kita lihat, sebenarnya hampir halimunan di dalam air. Disamping memantulkan cahaya matahari, ia seperti cermin dalam persekitarannya dan mudah ‘lenyap’ didalam air.
Kesimpulannya, Berdasarkan pengalaman saya, gewang dengan apa warna pun mampu memerangkap ikan. Keberkesanannya bukan terletak kepada warna sahaja, tetapi Ianya bergantung kepada persembahan, kerajinan, kegigihan ,potensi lubuk, cuaca, keadaan air dan yang paling penting REZEKI dari Allah. Sekian dan selamat mengilat.

4 ulasan:

  1. saya sangat2 setuju dengan awak Bro.. >ramdan<

    BalasPadam
  2. sebelum gewang menjerat ikan ianya akan menjerat pembeli dulu... hahahaha...

    perkara yg sya ambil kira masa beli gewang:
    1. murah...
    2. kaler dan jenama serta model biasanya melalui pembacaan report pemancing lain...
    3. gewang rare tapi masih murah mcm dlm simpanan sekarang nils master, sesudu serta spinner mepps, slavko bugs, beberapa ketul rapala finland dan terbaru abu pulau II... hahaha...

    BalasPadam
  3. Ya begitulah sepatutnya. gewang nostalgia tu.Dulu aku ada beberapa biji nils master dengan harga rm 21 sebiji, tapi hangus terbakar dalam tragedi tahun 2007.Ia antara gewang terawalku selain Halco dan Rapala.Memang berkesan betul gewang nills master tu.mantap.kalau ada lagi, memang pasti aku sambar tu.

    BalasPadam
  4. apakah lure yg dapat tuan recommend bagi saya ( pemula ) target anak gt & barra .

    BalasPadam