Ketaksuban terhadap teknik mengilat membuka satu lembaran baru dalam dunia hanyir ini iaitu penulisan artikel. Sebelum ini tidak pernah timbul sedikitpun minat untuk menghasilkan artikel berkaitan dunia pancingan. Namun, keinginan untuk berkongsi ilmu dari segi teknik, kaedah dan pemiliham masa serta keadaan yang sesuai mengundang penghasilan mendorong ke arah itu.. Kejayaan dalam sesebuah trip mengilat juga menjadi faktor ke arah penghasilan artikel.
Artikel pertama saya bertajuk Ungah Muara Bongawan diterbitkan pada bulan ogos 2009 menjadi landasan untuk penghasilan artikel seterusnya. Kejayaan mengilat MJ dan Selungsung di muara bongawan berpunca dari teknik dan pemilihan tarikh yang sesuai. Kebetulan spesis muara begini tengah galak merembat anak-anak ikan.
Kejayaan mendaratkan Selungsung dan berpuluh ekor Ungah di Muara Bongawan telah menjadi turning point terhadap minat memancing saya. Disini, saya mula mendalami ilmu tersebut dengan praktikal sekali. Joran dan kekili mula upgraded. Jumlah gewang dari pelbagai jenama juga semakin bertambah dari hari ke hari semata-mata untuk mencari ramuan terbaik memperdayakan Ungah dan Selungsung.
Artikel kedua saya bertajuk Kakau Kota Klias juga diabadikan dalam majalah Kembara Kail September 2009 setelah trip yang amat berjaya oleh Team Lempayun. Ianya adalah satu tribute terhadap sejarah awal hobi memancing saya. Saya telah bergelumang dalam pancingan udang galah semenjak sekolah rendah dengan berjorankan sum-sum dan matakail buatan sendiri daripada jarum,pin rambut dan dawai steel jambatan gantung.
Kemuncak pancingan udang galah saya bermula dalam tahun 2003 apabila saya bertugas di SMK Beaufort 1. Pertemuan dengan beberapa orang kaki pancing udang membawa kepada siri pancingan udang galah Kota Klias yang hebat dengan rekod 135 ekor sebagai tangkapan tertinggi. Dalam artikel ini, saya telah mendedahkan tentang umpan, teknik pancingan, teknik labuhan bot, kawalan joran semasa strike,pemilihan air sesuai dan lain-lain lagi.
Majalah Kembara Kail juga telah menerbitkan artikel ketiga saya bertajuk Penguasa Muara Benoni dalam isu Januari 2010. Dalam artikel ini, saya telah mendedahkan aspek pemilihan keadaan air, gewang sesuai, teknik mengewang kerapu dan lubuk yang sesuai. Beruntungnya trip ini juga telah dijayakan oleh ahli Team Ombak Biru dan Geng Keruakpatinafrika.
Pembelajaran untuk penghasilan sesebuah artikel yang baik dan bermaklumat akan berterusan selagi hayat dikandung badan. Ianya bukanlah kerana nama atau kebanggaan tetapi satu wadah yang perlu dipergunakan sebaik-baiknya untuk perkongsian ilmu dikalangan pengilat.Bersesuaian dengan motto Teamlempayun, perkongsian ilmu menjadi teras kepada mengeratkan tali silaturrahim dan bekalan berguna kepada pengilat untuk bersenam ditepian lubuk.Nantikan artikel saya yang seterusnya dalam majalah yang akan datang.sekian
Rabu, 13 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tahniah buat bang lempayun...
BalasPadamcukup sukah motto Team Lempayun...
makasih pen.itulah yang sebenarnya dalam dunia casting nih.
BalasPadam