Mengilat merupakan satu sukan yang menyeronokkan dan mencabar keupayaan serta kesabaran anda. Saya pernah mengatakan bahawa mengilat adalah satu senaman yang baik untuk organ dan minda kita.Jantung kita berkerja dengan baik apabila kita mengilat berjalan kaki di sepanjang tebing. Untuk memaksimakan lagi keseronokkan tersebut, peralatan yang digunakan perlu bersesuaian. Amat naïf jika kita menggunakan peralatan laut dalam untuk mengilat Ungah ataupun spesis lain. Disini saya mencadangkan persediaan yang perlu diambilkira untuk memaksimumkan keseronokkan dan meminimumkan kelenguhan tangan dan bahu ketika mengilat.
Kekili mendatar/spinning
Kekili sekecil-kecilnya bersaiz 1000, namun saya suka mencadangkan kekili bersaiz 2500 hingga 4000 dari apa jenama pun. Cuma saya lebih gemar menggunakan kekili dari jenama Shimano dan Daiwa kerana rasa percaya yang telah tertanam sekian lama terhadap jenama ini. Saiz begini amat ringan dan bersesuaian untuk menentang sebarang jenis pemangsa garang di muara…kecuali Tembaring. Jika anda berminat dengan kekili bersaiz kecil, pastikan ianya dari kekili yang berjenama seperti yang saya sebutkan tadi. Sebelum membeli, pastikan setiap bahagian kekili berfungsi dengan baik. Banyak bearing tidak bermaksud bagus, malahan kadang-kadang menyusahkan. Ia hanya meningkatkan tahap kesenyapan dan kelancaran kekili berfungsi. 3 bearing sudah cukup sebenarnya untuk menewaskan ikan. Selain itu, pastikan kekili tersebut mudah ditanggalkan untuk servis kerana perkhidmatan selepas jualan akan menelan belanja yang mahal. Ada baiknya, anda servis sendiri.
Kekili menegak/baitcaster
Kini saya banyak menggunakan kekili menegak jenis low profile kerana lebih seronok jika betempur dengan pemangsa.Walaupun kecil,tapi ia masih mampu bertahan dari asakan Keratang seberat 4.5 kg. Kekili jenis ini Cuma perlukan jagaan rapi dan ianya perlu dibersihkan setiap kali selepas trip mengilat. Servis keseluruhannya perlu dilakukan untuk memastikan fungsi gear dan bearing berjalan dengan lancar. Penggunaan minyak gris hanya untuk gear manakala minyak pelincir yang lebih ringan untuk bearing.
Selasa, 26 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan