Jumaat, 15 Januari 2010
Sembilang berluk 4
Sembilang yang diangggap cacat ini segera dilepaskan ke habitat asal memandangkan keadaannya yang unik dan tidak menyelerakan.Berumpankan cacing, sasaran sebenar adalah udang galah, namun strike yang kuat dan junaman-junamannya membuatkan ia diterima sebagai penghibur dengan joran lidi dan kekili ciput bertangsikan 10 lb dan perambut 8 lb. Sembilang yang ber luk 4 ini masih cukup sifatnya sebagai ikan. Agaknya jika pengamal perubatan tradisional melihatnya, ia akan dijadikan sebagai koleksi perubatan ataupun jika ia ditemui oleh kaki nombor, tentu ia dijadikan ibu nombor.Bagi saya, dunia akuatik lebih memerlukannya berbanding kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan