Khamis, 28 Januari 2010
Persediaan Mengilat 3: Tali utama
Penggunaan tali sulam atau braided merupakan satu pilihan bijak untuk mengilat. Ianya berdiameter halus, kukuh dan ringan. Penggunaan tali sulam boleh membantu meningkatkan jarak lontaran gewang anda kerana ia boleh mengatasi rintangan angin. Berbanding tali tangsi, ia akan melayang jika berhadapan dengan rintangan angin, akibatnya gewang tidak dapat dihantar dengan tepat. Disamping itu juga, ia boleh membantu gewang anda menyelam dengan lebih baik kerana ia boleh memotong air dengan cekap. Untuk mengilat di estuary, braided bersaiz 30 lb sudah cukup menyakinkan. Saya menggunakan braided bersaiz 15 lb, 20 lb dan 30 lb dari jenama Spiderwire, Powerpro dan Stren. Memang ada pengilat yang menggunakan braided bersaiz 8 lb, dan 12 lb. Cuma risiko untuk kehilangan gewang tersayang amat tinggi.Tali sulam tidak mempunyai memori oleh itu, ia lebih sensitif terhadap sebarang sambaran ikan. Ia juga keluar dengan lancar dari gelendung dan joran. Kelemahannya, ia mahal, tidak tahan geseran, warna mudah luntur dan jika berbelit, alahai…sengsara juga untuk meleraikannya. Apapun, ia tetap pilihan tali terbaik untuk mengilat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan