Khamis, 28 Januari 2010
Persediaan Mengilat 2: Joran
Joran sepanjang 6 kaki hingga 7 kaki adalah ideal untuk mengilat. Panjang joran juga membantu meningkatkan jarak lontaran gewang anda. Namun, saya cadangkan anda memiliki 2 batang joran untuk kedua saiz tersebut. Joran 6 kaki atau lebih, seronok jika mengilat dari atas bot manakala joran 7 kaki amat ideal jika mengilat dari tebing. Kadang-kadang kekecualian berlaku juga bergantung kepada kemahiran anda. Juan dari teamlempayun berjaya mendaratkan Selungsung trofi seberat 10.5 kg dari tebing hanya menggunakan joran sepanjang 6 kaki.
Pilihan joran sebaik-baiknya adalah dari jenis binaan graphite bermodulus tinggi. Ia memang kuat,kukuh, ringan dan sensitif. Ia tidak mudah patah jika bertempur dengan ikan. Pantangnya jika ia terkepit pintu, terpijak, terduduk,terjolok kipas syiling dan pelbagai ‘ter’ lagi yang menyeru anda agar lebih berhati-hati ketika mengendalikannya. Elakkan juga menyimpan dalam but kereta dalam tempoh yang lama. Suhu panas dalam keadaan terkurung akan menjejaskan kekuatan joran tersebut. Untuk joran yang berharga patut, Lemax merupakan pilihan terbaik yang saya percayai sejak 10 tahun yang lepas.
Memilih joran juga perlu teliti dengan fizikalnya. Ketika membeli, ambil masa untuk meniliknya(jeling2 juga awek jurujual tu). Perhatikan features yang tertulis di badan joran. Panjang dan kekuatan joran biasanya disertakan. Aksi joran dinyatakan dalam bentuk heavy, medium dan light. Jika joran melentur dihujung, ia adalah jenis fast action. Ianya sesuai untuk mengilat dalam keadaan pantas dan cepat, berbanding dengan joran aksi medium yang perlukan aksi yang lebih perlahan. Pastikan kedudukkan guide sempurna dan teliti badan joran untuk mengesan sebarang kecacatan ataupun rekahan. Walaupun ia dari jenama mahal, namun ia juga tidak terlepas dari sebarang kecacatan pengilangan ataupun kerosakkan semasa penghantaran. Kejadian yang berlaku kepada saya dalam tahun lepas boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Saya membeli joran Expert Graphite two piece dengan harga rm 250 sepanjang 7 kaki.
Joran branded ini memang cantik dan ringan. Saya menelitinya dan mendapati terdapat rekahan halus pada sambungan joran. Saya maklumkan kepada pemilik kedai dan mengatakan ianya hanya luaran.So, saya katakan kepadanya, jika berlaku sebarang masalah pada tempat tersebut, tauke akan menggantikan dengan joran baru. Dia bersetuju dan saya beli joran tersebut. Malangnya, memang ia pecah di tempat sambungan dan seperti yang telah dijanjikan, Joran itu digantikan dengan joran baru. Sebelum saya meninggalkan kedai, saya teliti lagi joran tersebut sebaik-baiknya dan mendapati terdapat lekukkan pada hujung joran. Saya adukan kepada tauke dan ia berkeras mengatakan itu adalah lebihan epoxy. Saya tidak berpuas hati, dan berkeras yang saya tidak mahu joran tersebut. Akhirnya tauke tu sekali lagi mengatakan bahawa jika joran patah dibahagian itu, dia akan menggantikan dengan yang baru. Saya bersetuju dan sepertimana yang saya yakini, joran itu patah di tempat lekukkan hanya ketika bertarung dengan seekor bapak bedukang. Juan dan adik jadi saksi. Saya kembalikan joran tersebut di kedai dalam keadaan ketawa terbahak-bahak. Dengan wajah yang bersalah, tauke berjanji menggantikan joran tersebut. Akhirnya, tukaran kali ketiga, saya berpuas hati dengan keadaan joran. Kesimpulannya, ambil masa yang lama dan joran hanya dibawa balik setelah berpuas hati.Biar lama tapi berbaloi-baloi! Jadilah jauhari yang mengenali ma’anikam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
thanks bang lempayun... perkongsian yang berguna ni... pasal biasanya beli rod tengok2 kejap bayar dan terus pulang... hahahaha...
BalasPadamgitulah tu pen.yg penting, puas hati bah.
BalasPadaminfo yang bagus untuk seorang caster
BalasPadamUpdate terbaru dari Tepen Caster: Benarkah pemancing pengotor