Close up Seahawk Shad Rap yang direntap ganas.Kejayaan gewang ini berjaya dirakamkan lagi di Sungai Mandahan. Sebanyak 8 kali strike, seekor lepas dan dua ekor berjaya didaratkan oleh aku dan Tay dengan menggunakan gewang murah ini.Berikut adalah mangsa seahawk Shadrap petang tadi di Sungai Mandahan. Trip hanya bermula pada pukul 4.55 pm dan berakhir pada pukul 6.15 pm.Ketika kami tiba, air belum surut dan agak jernih. Kami cast hingga ke bahagian hulu namun tiada sambaran. Ketika jarum jam mencecah angka 5.30,air mulai turun. Tay mula mendapat sambaran yang agak kasar namun Ungah terlepas hanya ketika mendaratkannya.
Casting disambung dengan sedikit perasaan hampa. Tidak lama kemudian, dia mendapat strike lagi dan berjaya mendaratkan Ungah juvenil.Aku yang tidak tahan, meminjam seahawk shad rap miliknya berwarna gold dan mula cast ke bawah jambatan.
Hanya beberapa kali lontaran dengan 2 kali karauan, gewangku direntap ganas.Tu dia, fight agak kasar dan ganas.Akhirnya seekor lagi MJ berjaya didaratkan.
Kejayaan mendaratkan Ungah sebenarnya bergantung kepada persembahan. Kejayaan tidak terletak kepada Jenama dan harga mahal sesebuah gewang. Berkat kerajinan anda casting, pasti akan meraih kejayaan.
Jumaat, 8 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan