Impak visual yang berlaku apabila Selungsung, Ungah atau GT menghentam gewang anda, atau karauan gewang tiba-tiba berhenti disambar sesuatu, namun tiada pengalaman memancing yang setanding dengan aliran adrenalin yang terhasil akibat sambaran itu.Memang karan wooo!
Perubahan teknologi dalam era pancingan membuka jalan kepada perkembangan teknik baru untuk menewaskan ikan. Peningkatan kemampuan peralatan yang semakin canggih dan kelahiran pelbagai jenis tali yang berdaya tahan memberi impak kepada kejayaan teknik ini. Elemen-elemen ini memberikan satu dunia yang baru kepada para peminat teknik menggewang untuk mendalamkan pengetahuan masing-masing.
Menggewang memberikan dimensi cabaran ekstra untuk menambahkan perisa yang menjadikan kaedah pemburuan sebagai catu cara baru yang lebih seronok. Untuk memujuk ikan supaya menghentam gewang, prosesnya lebih aktif, banyak berfikir, dinamik dan mampu menyuntik keseronokkan berbanding pendekatan tradisional yang sekadar merendam umpan. Menggewang juga kadang-kadang lebih produktif dengan pelbagai jenis tangkapan.
Pengilat yang bagus adalah seorang artis sejati. Melakukan lontaran jauh dan meletakkan gewang betul-betul di pintu rumah ikan tanpa tersangkut memerlukan kemahiran yang sebenar. Pemilihan gewang dan cara menggunakannya dalam keadaan tertentu untuk spesis tertentu juga adalah satu cabang seni.
Berapa besar gewang sepatutnya, adakah renangannya dalam atau dipermukaan, berapa laju anda karau, adakah idea lain yang boleh meningkatkan kemampuan gewang. Kesemua persoalan ini mengajak kita bereksperimentasi dan menambah lagi keseronokkan aktiviti menggewang.
Gewang yang sama tidak semestinya serupa. Sewajarnya ada kelainan yang tidak dapat kita kesan sepenuhnya. Namun, ikan tidak memilih. Mahal atau murah, Ori atau tiruan, cantik atau tidak..serahkan kepada ikan untuk membuat keputusan.
Cara ikatan dan jenis tali yang anda pilih juga memberi kesan dramatik kepada cara persembahannya untuk semua jenis gewang. Contohnya, gewang terapung ditulis dikotak mampu menyelam sehingga 3 meter tetapi hanya menyelam sehingga 1 meter disebabkan tali kasar yang anda gunakan dan ikatan terus pada gewang tanpa menggunakan cili.
Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang anda perlu pelajari sebelum memahiri seni menggewang. Proses pembelajaran berterusan ini amat menyeronokkan tambahan lagi anda berjaya menewaskan pelbagai spesis ikan dengan hanya menggunakan kaedah menggewang.Apa tunggu lagi bro!..sung tah.oh ya, satu lagi. Ikan ni walaupun tidak bernilai komersil, namun ia mampu membantu melegakan anda dalam keadaan ketagihan terhadap renjatan listrik ikan buat sementara waktu. Oleh itu, jangan cederakannya. Hormati dan lepaskan ia kembali ke air dengan ucapan terimakasih.
Sabtu, 23 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan