Petang tadi aku dan brader casting di Mandahan. Kami bertolak kira-kira pukul 4.20 pm. Air naik pasang dengan agak laju dan jernih ketika kami tiba. Kami mula cast di bawah jambatan.Ketika sedang cast, KOB sampai dengan baitcaster bluemax nya.Mana lah si Boi tidak datang2 ni...hehehehe.Ketika aku sedang cast, pandangan ku terarah ke satu objek berhampiran tebing. Ianya adalah bangkai seekor Buntal yang tidak bersalah.Berdasarkan sedikit post mortem, mulutnya luka kesan matakail.mungkin ia adalah perbuatan mat bottom kerana di sebelah ada dua orang mat bottom yang sedang beraksi.
Kepada semua rakan pancing tidak kira apa jenis teknik pun, aku merayu agar lepaskan lah kembali ikan yang tidak diperlukan ke habitat asalnya.Tidak kira apa jenispun.Jangan cederakannya. Mereka juga adalah sebahagian dari rantai makanan akuatik.Jika ia tiada, akan putuslah rantai itu.Akibatnya...tanggung sendiri.Renung-renungkan.Ikhlas dari Lempayun
Ahad, 10 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan