16/07/2014 (RABU): Ramadan ke 18, Kira-kira pukul 3:30 pm, air pasang pada 1.7 meter, aku dan shafiee turun beraksi menduga muara sungai Bengawan. Kami tidak meletakkan harapan tinggi untuk strike memandangkan keadaan air yang agak besar ketika itu. Penurunan air serendah 3 kaki adalah terlalu deras untuk aktiviti casting.
|
Trolling di muara sungai tanpa sebarang struktur ditebing nampak tidak menjanjikan sebarang strike..Namun, saya sudah berbelas tahun di sungai ini dan kenal dimana aluh sungai. saya boleh agak tentu ada pemangsa bersembunyi di sebalik beting pasir berhampiran aluh sungai.. |
Oleh itu, trolling menjadi agenda utama disebabkan keadaan air yang turun laju tidak mengizinkan kaedah casting dilaksanakan. Hujan lebat beberapa hari yang lepas menyebabkan air sungai bercampur dengan air paya yang kehitaman. Akibatnya, suhu air sedikit sejuk dan mengurangkan lagi peratus strike Ungah. Apapun, belum cuba belum tau bro..hehehe..
|
Ungah Juvenile yang mengalami kecederaan dalaman dan akhirnya mati sebelum sempat dilepaskan kembali..tu laa..posing lama sangat. |
Kami mula trolling sejurus bot keluar dari garaj. Kali ini, gewang minnow selaman cetek menjadi pilihan. Gewang Tutut dan Surecatch legend diaksikan kira-kira 25m-30m di haluan bot. Kelajuan bot pula akan diperlahankan semaksima mungkin.
|
Mana-mana ikan yang bergerak keluar ke laut, pastinya akan melalui aluh sungai dimana gewang tundaan kami beraksi..hasilnya..WALLAAAAHH!!!Ungah Bagak Bro!!hehehe |
Kami mula memasuki muara tanpa sebarang strike..alahai..tak apa. Tundaan tetap diteruskan hingga betul-betul sampai di muara sungai. Tiba di muara, kami kembali mengharung arus sungai menuju ke hulu. Ketika bot bergerak santai, tiba-tiba joran Shafei membongkok keras menandakan berlaku strike. Perlawanan agak singkat kerana pemangsa adalah Ungah Juvenile.
|
Tumpang gambar saja ni bro..hehehehe…tak adil! |
Selepas sessi bergambar, kami meneruskan sessi tundaan ke hulu dan ke hilir. Sungai semakin menyurut dan saya percaya, menunda di aluh sungai kawasan muara pasti akan memberikan keputusan bagus kerana ketika itu, ikan-ikan pemangsa akan keluar ke laut mengikut arus sungai yang sedang turun. Sekali lagi gewang Shafei direntap ganas. Kali ini, saiz pemangsa dijangka amat bagak berdasarkan keadaan joran yang membongkok seperti mau patah dan kelajuan braided yang muntah dari kekili. Malangnya, Ikan berjaya memutuskan braided cantik seperti digunting..misteri?mungkin Selungsung ataupun Baracuda yang sering kedapatan memasuki sistem muara sungai.
|
alalala..pinjam lagi..hehehe..memang gewang gold ini amat berkesan |
Dugaan saya memang tepat, joran saya tiba-tiba disentap ganas. Tali braided Sufix 15lb keluar mencurah-curah dari Shimano Conquest 51e. Gewang Shimano Shad Rap Gold mula memberi pulangan! Saya memang sengaja melonggarkan drag untuk memberi peluang kepada pemangsa melarikan gewang. Ketika ini, ibu jari saya memainkan peranan penting dalam mengawal larian pemangsa.
|
Kerapu table size yang amat sesuai untuk hidangan sungkai..hehehe,,fresh bro. |
Tidak lama kemudian, Ungah yang cantik kemerah-merahan berjaya didaratkan. Saiz yang tegap dan bagak benar-benar memberikan perlawanan hebat. Kami meneruskan sessi trolling ke pertengahan sungai apabila sekali gewang Rapala Shad Rap gold ini menjadi pilihan pemangsa. Perlawanan yang statik bersifat benaman ke dasar sungai menunjukkan pemangsa adalah seekor Kerapu.
|
Hasil trolling sehingga pukul 5 petang. Ungah kecil tersebut mengalami kecederaan teruk dan tidak sempat dilepaskan..sayang sungguh! |
Kira-kira pukul 5:00 pm, air sungai semakin surut besar pada 0.3 m. Keadaan air cetek dan laju ini tidak mengizinkan kami meneruskan sessi trolling. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip. Nampak gaya, keadaan air pasang besar bukan lagi menjadi penghalang untuk beraksi di masa hadapan. Jika kena timingnya..pasti strike!!hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan