13/07/2014: Kami bertolak ke jeti ketika Brazil ketinggalan 2 gol kepada Belanda dalam perlawanan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 piala dunia 2014. Keadaan air pasang pada 1.3 m ketika itu. Tidak ramai pemancing yang keluar ke laut memandangkan keadaan bulan terang yang tidak mengizinkan bagang beroperasi. Bekalan umpan juga tidak akan diperolehi.
|
Keadaan laut Yang teduh ketika bulan besar. |
Mujurlah, hanya sebuah bagang yang beroperasi memberikan kami bekalan umpan Pusu yang bercampur dengan anak-anak ikan Tamban dan Rumahan. Nampaknya, memang ada harapan untuk mendapat ikan.
|
Ikan Bebaji yang menyebabkan aku berdiri melayannya. |
Kami terus melabuhkan bot di bagang yang sama. Tanpa menunggu lama, anak-anak ikan Gerunggung berebut-rebut menjamah umpan pusu. Keadaan Frenzy ikan-ikan ini menyebabkan tong ikan hampir penuh. Setelah jenuh dengan spesis ini, kami mencari bagang yang lain untuk mencari sentapan dari spesis yang berbeza.
|
Dicukai oleh Lingkoh/Tenok. Apabila jig diturunkan, langsung tidak disentuh. Highly educated betul laa spesisi ini. |
|
Matahari semakin terik, suhu semakin panas dan tekak semakin kering. Bah, sung tah muleh!Tarik sauhhhhh!!! |
Kami berpindah lagi apabila suasana di dasar laut semakin sunyi. Kami mula menghala ke bagang Aluh yang terletak paling hampir dengan pantai untuk mencari Kerisi. Ternyata, perpindahan ini tidak sia-sia apabila ikan Kerisi bersilih ganti mencium lantai bot.
|
Lambatnya sampai jeti..hehehe..panas oooo |
Jam menunjukkan angka 10.45 am apabila kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip. Keadaan yang panas ini benar-benar mendera fizikal sehingga lantai bot pun terasa terlalu panas. Bot dipecut laju ketika air pasang besar pada 2.2 m.
|
Pasang besar sehingga jambatan pun dtenggelami air |
Tiba di jeti, keadaan air pasang besar memberi peluang untuk bot merapati tebing dan memudahkan kami memunggah barangan dan peralatan ke atas tebing. Tenaga semakin berkurang namun digagahi juga. Petang ni boleh rehat puas-puas.
|
Seminggu tidak ke pasar ni..hehehe..memang penuh dengan pelbagai spesis. Apa saja spesis, janji boleh digoreng! |
Biasanya kaki pancing berpendapat, keadaan pasang besar dan bulan terang agak kurang sesuai untuk memancing kerana ikan tidak galak mematuk umpan. Tapi, kami tetap yakin Allah juga lah yang memberi rezeki….tong kami berdua masing-masing penuh dengan hasil tangkapan.. tu pun memancing hanya sampai setakat pukul 10:45 am. Kalau sampai pukul 1.00 pm, boleh jual di pasar ni.hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan