22/07/14(Selasa):Rasanya, ini adalah aksi casting menggunakan bot yang terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Sebelum ini, trip casting menggunakan bot di Muara Bengawan telah mencatatkan banyak kejayaan.
|
Kerapu Lumpur/Sungai yang mendiami bangkar tenggelam di muara sungai Nyamuk. Saiz yang amat cantik untuk ditukarkan menjadi Kerapu Stim. |
Kejayaan tersebut apabila berjaya nendaratkan spesis Ungah yang merajai sistem muara sungai Bengawan dan melepaskan kembali Ungah-ungah bersaiz kecil untuk keberlangsungan habitat spesis ini.
|
Menghulu jauh ke dalam sungai Nyamuk terdapat banyak bangkar tenggelam. Menduga sungai ini perlu arif dengan keadaan pasang surut air untuk mengelakkan bot terkandas. Jangan lupa sebarang bahan untuk menghalau nyamuk kerana sungai ini adalah sarang Nyamuk..sebab itu namanya pun sungai Nyamuk!! |
Dalam kesemua trip ini, penggunaan udang Zerek untuk casting dan gewang-gewang minnow untuk trolling amat berjaya dari segi tangkapan dan meminimumkan kadar kehilangan gewang.
|
Ungah yang mendiami bangkar tenggelam di sungai yang hanya selebar 3 depa. Jarak casting yang agak pendek ini menyebabkan Ungah menggunakan tenaga yang maksimum ketika bertarung. Memang best gilerrr!! |
Kepuasan casting berbeza untuk semua orang. Rata-rata mengatakan bahawa, puncak kepuasan tersebut adalah apabila berlakunya strike/hook up/fish on. Saya bersetuju, cuma puncak kepuasan tersebut wajar diakhiri dengan menlepaskan semula Ungah yang tidak dikehendaki.
|
Menyambar berhampiran garaj bot teamlempayun |
|
Sehingga bertemu lagi 6 bulan akan datang |
|
Bye bro! |
Adalah tanggungjawab para pengilat agar melakukan preservation atau pemuliharaan untuk memastikan stok Ungah akan sentiasa ada di Sungai Bengawan. Pesanan kepada para pemancing, lepaskan lah ungah-ungah yang tidak melepasi berat 800 gram dan ambil sebahagian sahaja Ungah berat melebihi sekilogram.. Tahniah untuk anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan