Sabtu, 19 Julai 2014

Catch and Release teamlempayun

Dalam setiap trip casting kami di muara Bengawan dan lain-lain sungai, kami mengamalkan kaedah tangkap dan lepas setiap Ungah yang berjaya didaratkan. Amalan ini yang telah bermula sejak tahun 2007 lagi termaktub dalam peraturan lisan bahawa setiap Ungah di bawah 600 gram, wajib dilepaskan semula ke habitatnya. Namun, sejak tahun 2010, kami meningkatkan jumlah gram tersebut kepada kurang 700 gram. Untuk tahun ini dan seterusnya, setiap Ungah dibawah 900 gram, adalah wajib dilepaskan semula. Mungkin akan datang, catch and release akan dilaksanakan sepenuhnya.

Video yang berjaya diupload gagal dimainkan. Sehingga kini saya tidak memahami kenapa video yang berjaya diupload tidak dapat dimainkan di dalam blog.
Selain itu, kami juga telah mengamalkan kaedah Bag Limit yang bermakna, hanya sebahagian tangkapan Ungah sahaja yang akan dibawa pulang ke rumah. Tujuan semua langkah ini diambil adalah untuk menjamin keberlangsungan spesis Ungah di Muara Bengawan. Namun, usaha yang kami ambil ini berkemungkinan besar menghadapi kegagalan jika rakan-rakan caster yang lain tidak mengamalkan perkara yang serupa. Oleh itu, besar lah hati kami agar usaha ini diikuti oleh para caster dan pemancing dasar Bengawan tidak kira tua dan muda. Marilah kita bersama-sama memelihara spesis ini di sungai Bengawan agar aktiviti casting akan sentiasa berterusan sampai bila-bila. Sekian terimakasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan