KASILI/BELUT
Ahad 20/07/14 (2:50 pm): Aku dan Shafei sudah
pun selesai memunggah peralatan ke dalam bot. Kali ini trip akan disertai oleh
Otai yang sudah bertahun merehatkan rod dan kekili. Kehadirannya kali ini
diibaratkan sebagai "KASILI" pulang ke lumpur!hehehe.Ni kali lah bro!!
Aksi memanaskan badan betul-betul panas apabila berlaku double hooked up di bangkar yang sama. |
Cuaca sangat cantik, agak redup dan sedikit berangin memang
sporting kepada kami yang sedang berpuasa. Air sungai pada aras 1.1 m memang menggoda
dan akibatnya, mari 'warm up' dulu sementara menunggu Tay yang sedang dalam
perjalanan.hehehehe
Kedalaman lubuk hanya 5 hingga 8 kaki benar-benar memberikan stok tenaga yang banyak kepada Ungah untuk memberikan tentangan padu..syoookkkk oooo!! |
Kami menghulu sungai ketika air bergerak turun
dengan kadar yang perlahan. Hati berbunga-bunga apabila menyentuh air yang
tidak terlalu sejuk. Aku mematikan enjin bot seraya menghampiri spot bangkar
dan mengawal pergerakan bot menggunakan pengayuh. Kaedah menghampiri spot dalam
keadaan senyap ini memang amat penting untuk menggelakkan Ungah mengesan
kehadiran kami.
Seekor lagi Ungah yang menyambar berhampiran struktur batang pokok kelapa separuh tenggelam ketika sessi memanaskan badan. Hebat apabila Ungah ini yang mulanya hanya mengekori kemudiannya tidak teragak-agak merembat zerek dalam jarak 15 kaki ketika menghampiri bot. |
Selepas lontaran pertama, Shafei mengadu berlaku sambaran
rabut. Aku segera menghantar Zerek ke lokasi sama dan serta merta disentap ganas.
Ketika sedang melayan Ungah tersebut, Shafei menjerit apabila zereknya juga
disambar ganas. Situasi double hook up ini memang mengujakan dan kedua-dua Ungah berjaya didaratkan.
Tu dia! Otai yang telah lama berhibernasi atau bertapa meluruskan joran two-piece nya. persiapan agak kelam kabut untuk trip ini bro. |
Aku meneruskan kayuhan sambil melontar Zerek ke
tebing sungai. Lontaran Zerek ke arah batang kelapa yang separuh tenggelam
tiba-tiba disambar lagi..Hehehe..benar-benar menyebabkan pesaingku kelam kabut
membetulkan 'sarang burung' dikekilinya..hehehe..capatttt!!!! Ketika berkira-kira hendak
meneruskan kayuhan ke hulu, Hphone ku menjerit menandakan Tay sudah bersedia di
Jeti..alahaii..potong stim!
Yesss!!!fish on bro!!Aksi berkarat yang semakin lama semakin pulih apabila digilap tanpa henti. Ungah ini bernasib malang apabila bertemu dengan Otai . Aksi berkarat ini akhirnya berjaya menewaskan seekor Ungah dewasa.."Joran Ghrapite ini tidak berkarat kah ni bro?" |
Kami meneruskan perjalanan hingga ke selekoh
sungai dan menumpukan lontaran Zerek disepanjang tebingan sungai yang dipenuhi
oleh struktur kayu tenggelam. Air yang bergerak turun memudahkan bot berhanyut selari dengan tebing sungai. Tiba-tiba Tay 'hook up' dan beliau
kelihatan agak kekok melayan joran yang terbongkok-bongkok menahan asakan. Aksi
berkarat bro..hehehe..Mujurlah 'solid hook up' di mulut Ungah menyebabkannya sukar melepaskan diri.
Lama dah tidak beraksi, sekali beraksi terus hooked up..memang bikin panas ooo..besar lagi tu..tak ngam ni..hehehe |
Kami berpindah lokasi ke muara sungai apabila
tiada lagi tanda-tanda ikan menyerang. Lokasi biasa casting menjadi tumpuan
seperti bangkar di muara dan bangkar berselirat di dalam sungai Nyamuk. Hanya
sekali misshooked dan kami melakukan tundaan tanpa sebarang strike. Setelah
singgah sekejap casting di bangkar, kami menuju kembali ke hulu sungai.
Kerapu diminit-minit kecederaan tewas apabila menyambar zerek yang dihantar tepat ke bawah dahan pokok yang menjulur ke tengah sungai. |
Jam menunjukkan angka 5:25 pm bermaksud kami hanya mempunyai
30 minit untuk casting. Air mulai bergerak turun apabila kami memulakan sessi
casting dari bahagian hulu. Bot dibiarkan berhanyut sambil itu pengayuh
digunakan untuk mengawal pergerakkan bot agar tidak terlalu merapati tebing
sungai. Tanpa diduga Shafei strike lagi oleh seekor Kerapu table size..memang bikin
panas..hehehehe..
Hasil casting sepetang. Zerek memang umpan tiruan yang hebat namun keburukkannya adalah single hook yang mudah ditelan oleh ikan dan mengakibatkan kecederaan dalaman yang mendatangkan kematian. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan