Isnin, 7 Julai 2014

Trip 1 ramadan 2014

1 Ramadan bersamaan hari ahad 29/06/2014, aku dan Juan beraksi Trolling dan light Jigging di sekitar bagang-bagang Laut Bengawan. Awal pagi lagi keadaan laut agak berombak kasar. Kami yang hanya menggunakan khidmat Tohatsu 8 hp, dihentam oleh ombak ketika keluar dari muara Sungai Bengawan. Akibatnya, awal pagi lagi, Juan basah kuyup!..hahahahaha..
Trolling di sekitar  bagang-bagang dengan harapan ada pengendap lepak berhampiran struktur bagang. Beberapa jam trolling..hasil tetap kumpau.
Kami memulakan acara pancingan ini dengan kaedah trolling/melundai/menunda. 3 batang joran diturunkan bermaksud 3 biji gewang juga akan berenang di belakang bot. Gewang-gewang seperti Rapala dan Storm deep-dive menjadi pilihan kali ini. Namun, setelah beberapa jam melundai, tiada sambaran yang diharapkan berlaku. Justeru itu, kami berhenti untuk light jigging.

Sadis!!ini saja hasil light jigging. Itu pun menyebabkan jigger ini bertambah ria' dan angkuh!!..TAMBIRANG betul laa!
Laut yang agak bergelora di awal pagi, mula teduh ketika jam menginjak ke angka 9.00 am. Keadaan teduh ini berpunca apabila air laut mula mencapai kemuncak pasang. Sayangnya, arus laut juga menjadi terlalu lemah. Akibatnya, acara jigging bertukar menjadi senaman tangan dan bahu..meter tenaga pun semakin susut..puasa bah brooo..hehehehe

So amacam?..pulang laaaa..apa lagi..punya laaa panas!!
Sinaran matahari yang semakin terik benar-benar mendera kami berdua. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri trip pada pukul 10.05 am. Leher terasa gersang dan merekah..tak rasa lapar..cuma dahaga..pergghhh..mantap!!nanti mau apil lagi..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan