Isnin, 7 Julai 2014

Kerapu Ramadan Mandahan 2014

Ahad 06/07/2014: kira-kira pukul 1.30 pm, aku mendapat panggilan telefon dari Juan yang mengajak casting di sungai Mandahan pada pukul 3.00 pm. Aku mengiyakan..cuma pukul 4.30 pm laaa..matahari pun mulai redup ketika itu..puasa bah brooo..
Kerapu ni saja lah yang berminat dengan udang Zerek..aku yang lewat tiba dapat strike lah pula…hehehe..padan muka..tu laa tambirang sangat!!
Pukul 3.30 pm aku bergerak ke sungai Mandahan. Ketika aku tiba, awal lagi Juan dah merendam gewang Inul nya..hehehe..tengok siapa yang kena dulu! Air agak jernih dan sedang menghilir sungai pada kedudukkan 1.2 m. Sememangnya keadaan ini agak sesuai untuk melakukan acara casting. Tanpa membuang masa, gewang dan udang tiruan berterbangan ke segenap penjuru. Sesekali di ekor mata saya, kelihatan mulut Juan sedang kumat kamit membaca jampi serapah..hehehehe..cukup-cukup la Khurafat tu!!
Ni la masalahnya apabila sungai tidak lebar sangat. Asal Bot melintas, terpaksa lah angkat gewang. sabar saja laaa.
Ketika sedang ligat casting, pemancing bottom di seberang sungai mendapat strike Ungah…alahai..besar lagi tu. Hasil bottom pemancing itu menjadi suntikan semangat untuk menggiatkan lagi acara casting kami. Akhirnya, seekor Kerapu terperangkap dengan renangan Zerek 5 inci..hehehe..boleh tahan juga benamannya apabila dilayan dengan joran 4 lb-8 lb.

Boleh laa untuk dijadikan juadah berbuka puasa petang karang.hehehe..yang penting, rakan casting sebelah ni kumpau..hehehehe..merah mata oooo!!
Kami hanya berhenti pada pukul 5:30 am apabila keadaan air sungai yang turun semakin deras. Akibatnya, Gewang mini dan zerek yang agak ringan tidak berupaya menyelam. Lagipun, kena pulang awal untuk persiapan juadah berbuka puasa nanti.hehehe. Next time boleh apil!.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan