Isnin, 21 Julai 2014

TRIP UNGAH SOLO 2014

Isnin 21/07/14:3:00 pm, aku bergerak secara solo setelah Juan menarik diri disaat akhir manakala Shafei juga akan pulang lambat dari Kota Kinabalu. Air agak kecil berbanding kelmarin. Aku terus menghulu sungai untuk menduga lubuk-lubuk sukses kelmarin. Malangnya, air kecil menyebabkan bangkar-bangkar terdedah di atas permukaan air dan tidak ada seekor pun penghuni memberi respon setelah Zerek dilontar tanpa henti.
Ungah Juvenile yang cantik dan sihat. Ia wajib dilepaskan kembali ke habitatnya.
Aku berpindah ke muara sungai sambil melakukan trolling. Tidak lama menanti, gewang Rapala Shad Rap yang ditunda berhampiran tebing disambar sesuatu. Hanya seekor Ungah Juvenile yang meminati gewang tundaan dan ia dilepaskan serta merta.
Tunggu engkau besar nanti ya.
Aku meneruskan kembali aksi petang itu dengan kaedah casting. Aku mengikat bot di hujung bangkar tenggelam untuk mengelakkan bot hanyut jauh dari lubuk akibat tiupan angin yang agak kencang petang itu. Zerek kecil menjadi pilihan dan ia dilontar bertalu-talu ke arah bangkar. Tiba-tiba Zerek seolah disambar sesuatu namun rabut. Aku segera memperlahankan karauan dan membiarkan Zerek tenggelam seketika. Apabila aku mula mengarau, Zerek serta merta diterkam ganas. Nasib baik drag kekili sedia awal diketatkan. Ketika itu, bermula lah aksi lawan tarik dimana aku menggunakan sepenuhnya kelenturan joran Okuma Nemesis 4 lb-10 lb.
Bye-bye
Aku bertekad, biarlah joran ini patah daripada membiarkan Ungah menyusup ke dalam rimba bangkar di dasar sungai. Setelah bertahan untuk sekektika, aku berjaya menghela Ungah keluar sedikit demi sedikit. Sesekali ia menjunam dan aku hanya menyelamkan joran hingga ke pangkal mengikut lariannya. Setelah ia kepenatan, amat mudah untuk mengangkatnya ke dalam bot tanpa menggunakan sauk.
Boleh tahan ganas Ungah ini. Tenaganya yang hebat menyebabkan aku terpaksa menukar keseluruhan perambut fluorocarbon yang calar balar apabila ia melarikan diri ke dalam bangkar berteritip!
Beberapa minit kemudian, sekali lagi Zerek ku disambar padu. Kali ini, walaupun drag CQ sudah diketatkan awal lagi, namun tali sulam sufix ini terus muntah tanpa henti. Aku terpaksa menggunakan bantuan ibujari. Joran melentur seolah-olah hendak patah. Penderitaan Rod dan Kekili berakhir apabila Ungah berjaya memutuskan perambut yang disyaki telah cedera akibat bergesel dengan struktur kayu berteritip. Selepas itu, keadaan sunyi sepi menyebabkan aku berpindah ke dalam sungai Nyamuk. 
Rezeki minit-minit kecederaan. Ia menyambar gewang yang ditunda dalam perjalanan pulang ke jeti. Memang hebat tentangan yang diberikannya
Aku memberhentikan penggunaan enjin bot sejurus bot memasuki muara sungai Nyamuk. Bot dibiarkan bergerak sendiri sambil aku melontar Zerek ke serata tempat. Muara sungai yang dipenuhi oleh bangkar berselirat di dasar sungai diyakini menjadi kubu Ungah. Memang benar tekaanku apabila Zerek ku diterkam selepas melepasi batang kayu tenggelam. Aku hanya bertahan dan membiarkan rod memainkan peranannya. Seperti tadi, tali sulamku tidak berhenti keluar dan akibatnya, Ungah berjaya memasuki jerumun dan mula berdiam diri. Tiada cara lain yang sesuai untuk melepaskannya. Akhirnya, aku terpaksa menarik keluar Zerek secara paksa dan kelihatan matakailnya yang terbuka luas..2:0..hehehe
Gambar bikin panas..hehehehe..mari bhaa kalau berani!
Aku memulakan perjalanan pulang kira-kira pukul 5:15 pm. Bot dipacu amat perlahan sambil menunda gewang berhampiran tebing. Memang sudah rezeki apabila gewang disambar lagi. Larian Ungah yang melilau dan sesekali membenamkan diri akhirnya berjaya menyelit ke dalam batu menyebabkan aku cemas seketika. Aku bernasib baik apabila Ungah berjaya dikeluarkan dari batu dan mudah mengikut karauan tali yang memasuki kekili..agaknya ia dah kehabisan tenaga.
Sessi bergambar di hadapan garaj bot ku. Kelihatan air sungai yang amat cantik di belakangku..ummm..kalau bukan pasal sungkai, belum gelap belum pulang ni.hehehehe
Aku meneruskan tundaan hingga ke dalam garaj bot. Mujurlah Shafei berada di jeti dan dia membantu aku memunggah peralatan ke dalam Pick up. Ketika itu, air agak pasang kecil dan menggoda aku hendak casting ke hulu sungai. Namun, masa yang hanya tinggal 30 minit untuk berbuka, godaan tersebut terpaksa ditepis.hehehe..esok-esok masih ada dan karan strike masih lagi terasa ditanganku.best ooo!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan