Selasa, 8 Julai 2014

4 vs 1:SITAKKKKKK

07/07/2014 (ISNIN): Petang kira-kira pukul 3.40 pm, aku dan shafie telah menduga muara sungai Bengawan yang sudah agak lama tidak dijenguk. Walaupun hujan agak kerap turun, namun ia tidak lah selebat mana dan juga tidak bertahan lama. Oleh itu, kejernihan air sungai tidak terganggu. Keadaan suhu air agak membimbangkan selagi kaki belum dicelup ke dalam air.hehehe.
lubuk yang agak lama ditinggalkan.Tidak sangka, kami tewas 3 strike ganas di sini. Mungkin Ungah ataupun Kerapu., belum naik belum tau!!

Kira-kira pukul 3.55 pm, kami mula menghilir sungai sambil trolling dengan menggunakan khidmat gewang selaman cetek. Seperti biasa, gewang Bakau minnow yang legend dan Rapala Shad Rap ditunda kira-kira 30 kaki di belakang bot. Bot dipacu seperlahan mungkin untuk memberi peluang kepada gewang berenang selesa. Lagipun, banyak spesis ikan yang suka dengan gewang renangan perlahan.
casting santai dengan menghalakan gewang bertubi-tubi ke lubuk sasaran pasti akan membuahkan hasil. Sekali dia tak peduli, kedua dan ketiga pasti ada sambaran padu.hehehe..pendek kata, mesti rajin broo!!..
15 minit kemudian kami tiba ke lubuk. Muara sungai Bengawan tidak mempunyai banyak lubuk memandangkan ia tidak lah sepanjang dahulu dalam tahun 70 an. Kelebihannya, agak senang untuk menduga di mana Ungah dan Selungsung berada memandangkan tempat persembunyainnya agak terhad. Kekurangannya, asyik scene yang sama saja. Tiada di sana, kembali ke sini. Tiada disini, kembali ke sana.hehehe
Casting di reba banat memerlukan keadaan drag yang ketat. Kalau boleh, kunci mati agar ikan tidak sempat menyelinap ke bawah bangkar. Masalahnya, matakail tidak mampu bertahan apabila tiba-tiba mendapat strike kasar. Bikin panas oooo!!

Seperti biasa, slow retrieve casting menjadi pilihan dengan menggunakan udang-udang keluaran Zerek, Kimkass dan Hinomiya. Kelebihan udang-udang ini, mereka agak sukar untuk sangkut di reba dengan keadaan matakailnya yang agak tersembunyi di dalam badan serta menghala ke atas. Oleh itu,  ia agak menyakinkan apabila dimain di kawasan bangkar.
Ungah yang menyambar hanya 5 kaki dari bot.  Perlawanan memang agak ganas dan penuh dengan adegan suspen. Akhirnya ia tumbang juga!cittt!!Tambah bikin panas ooo..
Kami tidak perlu menunggu lama, strike berlaku 3 kali berturut-turut dan ketiga-tiganya berjaya meloloskan diri..alahai..Selepas itu, penghuni lubuk menyepi diri. Mungkin mereka mengalami kecederaan ataupun lari meninggalkan lubuk. Tak apa, kita pindah ke sana.hehehe. Hanya beberapa kali cast, tiba-tiba zerek Shafei direntap ganas hanya 5 kaki dari bot. Perlawanan jarak dekat benar-benar mendera joran dan kekilinya yang telah dikunci mati. Joran terpaksa menyelam ke dalam air beberapa kali mengikut arah larian Ungah. Tidak lama kemudian, trofi pertama berjaya didaratkan ke dalam perut bot.
Puad Boi(caster meningkat naik) yang beraksi solo menyampaikan laporan Ungahnya terlepas ketika bertarung berhampiran bot. 
Kami meneruskan aksi di lokasi yang sama dan hanya dalam beberapa minit, Shafei strike sekali lagi. Kali ini, dia agak terlewat untuk mengeluarkan Ungah dari jerumun. Akibatnya, ia berjaya menyelinap kukuh ke dalam bangkar. Getaran pada tali utama menunjukkan Ungah masih berada di hujung joran. Saya mendekati dan cuba untuk memujuk Ungah agar keluar dari bangkar. Ketika tali diangkat perlahan, Ungah tiba-tiba memecut lari dan berjaya memutuskan perambut. Perambut fluorocarbon 30lb yang diharapkan memang telah mengalami kecederaan dan mengurangkan hampir 40 peratus kekuatannya.
Akhirnya, ada juga lauk untuk sungkai nanti. Tahniah Puad Boi!
Kami hanya menghentikan aksi casting kira-kira pukul 5:45 pm dan pulang untuk sempat sungkai bersama keluarga. Lagipun air sungai mulai turun dan hujan lebat semakin menghampiri. Dari jauh, kelihatan suasana laut yang berombak kuat akibat angin kencang sedang melanda. Walaupun aku kumpau, namun aku rasa gembira kerana sungai Bengawan masih dihuni oleh pemangsa bagak…jika kena timing, memang agak mudah untuk bersua mereka.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan