Khamis, 17 Julai 2014

9 STRIKES ON!

Khamis 17/07/2014: Juan mendesak untuk mengulang trip trolling yang succes kelmarin…hehehe…panas lepas baca post trolling muara Ramadan di blog ooo..hehehe.Tak apa..dilayan. Nasib baik free..jika tidak putih mata!cuaca pun mengizinkan.
Selungsung+Bedukang=Selungkang. Yang ini bersaiz bagak!boleh tahan juga fight mamat ni apabila kena dengan joran casting ultra light..mantap!!
Pukul 3:17 pm, aku dan Shafei memunggah peralatan pancing ke dalam bot. Seperti biasa, khidmat Tohatsu 8hp ditagih. Sementara menunggu Juan yang belum sampai, kami berdua melakukan tundaan gewang ke bahagian hulu sungai untuk sessi pemanasan badan.hehehe. Lagipun, air tengah besar dan baru mula surut. Selepas menjawab panggilan telefon Juan yang sedang memanas di jeti..hehehe..gewang Rapala Shad Rap Gold milikku ditekan hebat..pergahhhh...
Ungah Juvenile yang dikembalikan ke habitatnya
Joran Okuma Nemesis 4lb-10lb melendut hebat menahan asakan…sesekali menyelam minum air. Drag tidak diketatkan cuma penggunaan ibu jari dipertingkatkan. Tidak lama kemudian, pemangsa yang mendebarkan itu, muncul dipermukaan air..Selungkang bagak!..mbari ngalehhh!
Rindu dengan Karan akhirnya terubat..terimakasih Selungkang!!Topeng tak berani dibuka..jaga maruah ooo brooo..hehehe
Selepas 'mengutip' Juan di Jeti, kami meneruskan tundaan gewang di sepanjang tebing berbatu. Tidak berapa lama kemudian, Juan mendapat strike yang agak keras. Perlawanan berlangsung tidak terlalu lama dan..seekor lagi Selungkang menyerah diri.
Gewang Surecatch Tiger yang telah lama diperam  di dalam kotak pancing benar-benar menjadi dalam trip ini
Selepas itu, sessi trolling meriah dengan strike Selungkang..aiii..apa hal hari ni?mungkin suhu air terlampau sejuk. Angin yang bertiup kencang di muara sungai mungkin telah menurunkan suhu air sungai. Tak apa…layan saja. Yang penting, ada strike!!
Besar perut ooo..agak-agak apa laa isi perutnya yang membengkak tu?hehehe
Trolling melepasi tinggalan tiang jeti menyaksikan satu lagi strike yang agak keras. Kali ini larian ikan agak meliar dan berlainan dengan sambaran Selungkang sebelumnya. Gewang surecatch legend yang diaksikan kelmarin, menjadi pertaruhan berbaloi kali ini. Seekor Ungah table size akhirnya berjaya didaratkan ke dalam perut bot.
Boleh tahan juga larian Ungah ini. Panas ibu jari dibuatnya. Hati pun jadi  panas ni!
Tundaan diteruskan lagi hingga ke muara sungai. Angin bertiup agak kencang hingga menyukarkan saya mengendalikan bot. Trottle enjin terpaksa dipulas lebih untuk meningkatkan kuasa enjin melawan angin yang agak kencang. Dalam keadaan begini, berlaku lagi strike..pergghhh..memang meriah strike kali ini..cuma asyik-asyik Selungkang!
Apa laa nasib ni..asyik-asyik Selungkang. Rajin betul catch and release ni..hehehe
Ketika menunda gewang menghampiri radius muara sungai, Gewang Juan tersangkut di bangkar yang berada di dasar sungai. Aku memberhentikan bot dan bergerak ke arah spot gewang yang sangkut tadi sambil mengarau gewang. Ketika itu, gewang Shafei yang sedang dikarau masuk disambar lagi oleh seekor Ungah Juvenile. Kejap saja fight..cam mancing ikan Tilapia saja nih..hehehe..Ungah Juvenile ini dilepaskan kembali ke dalam sungai untuk membina masa depan sungai ini
Memang laku gilerr gewang nih..Ungah, Selungkang dan terkini Buntal amat meminati gewang Surecatch ini!mau cari lagi brand ni di kedai pancing.
Spesis Selungkang ini bukanlah susah sangat untuk ditemui jika kena pada masanya. Suhu air yang sejuk dan agak dalam mendorong spesis ini berkeliaran mencari makan. Gewang perlu ditunda dengan perlahan dan gewang dibiar menyondol dasar sungai. Tak lama menunggu, pasti ada strike..hehehe
Angin yang bertiup agak kencang mengakibatkan permukaan sungai juga berombak, malahan kadang-kadang memecah dipermukaan air. 
Apa yang penting, spesis ini perlu dilepaskan kembali ke habitatnya. Tanpa Selungkang, pasti akan terjejas sebarang rantaian makanan yang ada dalam ekosistem. Lagipun, layan strike Selungkang pun best juga. Janji ada strike!
malas sudah mau ulas!
Kami mengakhiri trip ini kira-kira pukul 5:45 pm. Air yang agak laju memang menidakkan sessi trolling. Ketika menghampiri garaj bot, Shafei strike lagi seekor Ungah Juvenile..Mana laa bapak mereka ni ye?
Kembalikan ke sungai!this is an order!
Trip menunda ini walaupun 6 daripadanya adalah strike Selungkang, bolehlah dianggap berjaya. Selungkang juga adalah spesis ikan dan meminati gewang. Sebaik-baiknya, lepaskan lah mereka kembali ke dalam sungai untuk ia membantu membangun dan menjaga keberlangsungan ekosistem muara sungai. Happy trolling bro!


1 ulasan: