Rabu, 23 Julai 2014

JUAN BIG BARRA FLASHBACK


PENAMAT KEMARAU

23/07/14(RABU): setelah 4 kali turun casting tanpa sebarang hasil atau dalam laras bahasa slanga KUMPAU, akhirnya kemarau jaringan berjaya ditamatkan oleh seekor Ungah Bagak. 
Mengeletar seluruh badan setelah berhempas pulas bertarung dengan Ungah ini. Saiz bagak yang sasa dan berotot benar-benar memberi kepuasan karan disegenap saraf caster.Terubat sudah kerinduan..hehhe
Akibat terlalu lama kemarau strike sehingga menyebabkan lupa dengan feel strike Ungah..akibatnya adalah bencana..berlaku aksi kelam kabut…otai kunun!!
Hampir berputih mata! namun, memang dah rezeki.Ungah tidak berjaya melepaskan diri walaupun snap swivel sudah terbuka luas. 
Oh ya, lokasi adalah sungai Mandahan ketika air mulai turun surut. Hanya dalam 30 minit sahaja.
Nampaknya, aksi landbase casting juga menjanjikan sesuatu. Kalau tiada aral, petang ni mau lawat semula spot tersebut.hehehehe..bah mari..

Catch and release teamlempayun


End of Ramadhan boat-casting

22/07/14(Selasa):Rasanya, ini adalah aksi casting menggunakan bot yang terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Sebelum ini, trip casting menggunakan bot di Muara Bengawan telah mencatatkan banyak kejayaan.
Kerapu Lumpur/Sungai yang mendiami bangkar tenggelam di muara sungai Nyamuk. Saiz yang amat cantik untuk ditukarkan menjadi Kerapu Stim.
Kejayaan tersebut apabila berjaya nendaratkan spesis Ungah yang merajai sistem muara sungai Bengawan dan melepaskan kembali Ungah-ungah bersaiz kecil untuk keberlangsungan habitat spesis ini.
Menghulu jauh ke dalam sungai Nyamuk terdapat banyak bangkar tenggelam. Menduga sungai ini perlu arif dengan keadaan pasang surut air untuk mengelakkan bot terkandas. Jangan lupa sebarang bahan untuk menghalau nyamuk kerana sungai ini adalah sarang Nyamuk..sebab itu namanya pun sungai Nyamuk!!
Dalam kesemua trip ini, penggunaan udang Zerek untuk casting dan gewang-gewang minnow untuk trolling amat berjaya dari segi tangkapan dan meminimumkan kadar kehilangan gewang.
Ungah yang mendiami bangkar tenggelam di sungai yang hanya selebar 3 depa. Jarak casting yang agak pendek ini menyebabkan Ungah menggunakan tenaga yang maksimum ketika bertarung. Memang best gilerrr!!
Kepuasan casting berbeza untuk semua orang. Rata-rata mengatakan bahawa, puncak kepuasan tersebut adalah apabila berlakunya strike/hook up/fish on. Saya bersetuju, cuma puncak kepuasan tersebut wajar diakhiri dengan menlepaskan semula Ungah yang tidak dikehendaki.
Menyambar berhampiran garaj bot teamlempayun

Sehingga bertemu lagi 6 bulan akan datang

Bye bro!
Adalah tanggungjawab para pengilat agar melakukan preservation atau pemuliharaan untuk memastikan stok Ungah akan sentiasa ada di Sungai Bengawan. Pesanan kepada para pemancing, lepaskan lah ungah-ungah yang tidak melepasi berat 800 gram dan ambil sebahagian sahaja Ungah berat melebihi sekilogram.. Tahniah untuk anda!

Isnin, 21 Julai 2014

TRIP UNGAH SOLO 2014

Isnin 21/07/14:3:00 pm, aku bergerak secara solo setelah Juan menarik diri disaat akhir manakala Shafei juga akan pulang lambat dari Kota Kinabalu. Air agak kecil berbanding kelmarin. Aku terus menghulu sungai untuk menduga lubuk-lubuk sukses kelmarin. Malangnya, air kecil menyebabkan bangkar-bangkar terdedah di atas permukaan air dan tidak ada seekor pun penghuni memberi respon setelah Zerek dilontar tanpa henti.
Ungah Juvenile yang cantik dan sihat. Ia wajib dilepaskan kembali ke habitatnya.
Aku berpindah ke muara sungai sambil melakukan trolling. Tidak lama menanti, gewang Rapala Shad Rap yang ditunda berhampiran tebing disambar sesuatu. Hanya seekor Ungah Juvenile yang meminati gewang tundaan dan ia dilepaskan serta merta.
Tunggu engkau besar nanti ya.
Aku meneruskan kembali aksi petang itu dengan kaedah casting. Aku mengikat bot di hujung bangkar tenggelam untuk mengelakkan bot hanyut jauh dari lubuk akibat tiupan angin yang agak kencang petang itu. Zerek kecil menjadi pilihan dan ia dilontar bertalu-talu ke arah bangkar. Tiba-tiba Zerek seolah disambar sesuatu namun rabut. Aku segera memperlahankan karauan dan membiarkan Zerek tenggelam seketika. Apabila aku mula mengarau, Zerek serta merta diterkam ganas. Nasib baik drag kekili sedia awal diketatkan. Ketika itu, bermula lah aksi lawan tarik dimana aku menggunakan sepenuhnya kelenturan joran Okuma Nemesis 4 lb-10 lb.
Bye-bye
Aku bertekad, biarlah joran ini patah daripada membiarkan Ungah menyusup ke dalam rimba bangkar di dasar sungai. Setelah bertahan untuk sekektika, aku berjaya menghela Ungah keluar sedikit demi sedikit. Sesekali ia menjunam dan aku hanya menyelamkan joran hingga ke pangkal mengikut lariannya. Setelah ia kepenatan, amat mudah untuk mengangkatnya ke dalam bot tanpa menggunakan sauk.
Boleh tahan ganas Ungah ini. Tenaganya yang hebat menyebabkan aku terpaksa menukar keseluruhan perambut fluorocarbon yang calar balar apabila ia melarikan diri ke dalam bangkar berteritip!
Beberapa minit kemudian, sekali lagi Zerek ku disambar padu. Kali ini, walaupun drag CQ sudah diketatkan awal lagi, namun tali sulam sufix ini terus muntah tanpa henti. Aku terpaksa menggunakan bantuan ibujari. Joran melentur seolah-olah hendak patah. Penderitaan Rod dan Kekili berakhir apabila Ungah berjaya memutuskan perambut yang disyaki telah cedera akibat bergesel dengan struktur kayu berteritip. Selepas itu, keadaan sunyi sepi menyebabkan aku berpindah ke dalam sungai Nyamuk. 
Rezeki minit-minit kecederaan. Ia menyambar gewang yang ditunda dalam perjalanan pulang ke jeti. Memang hebat tentangan yang diberikannya
Aku memberhentikan penggunaan enjin bot sejurus bot memasuki muara sungai Nyamuk. Bot dibiarkan bergerak sendiri sambil aku melontar Zerek ke serata tempat. Muara sungai yang dipenuhi oleh bangkar berselirat di dasar sungai diyakini menjadi kubu Ungah. Memang benar tekaanku apabila Zerek ku diterkam selepas melepasi batang kayu tenggelam. Aku hanya bertahan dan membiarkan rod memainkan peranannya. Seperti tadi, tali sulamku tidak berhenti keluar dan akibatnya, Ungah berjaya memasuki jerumun dan mula berdiam diri. Tiada cara lain yang sesuai untuk melepaskannya. Akhirnya, aku terpaksa menarik keluar Zerek secara paksa dan kelihatan matakailnya yang terbuka luas..2:0..hehehe
Gambar bikin panas..hehehehe..mari bhaa kalau berani!
Aku memulakan perjalanan pulang kira-kira pukul 5:15 pm. Bot dipacu amat perlahan sambil menunda gewang berhampiran tebing. Memang sudah rezeki apabila gewang disambar lagi. Larian Ungah yang melilau dan sesekali membenamkan diri akhirnya berjaya menyelit ke dalam batu menyebabkan aku cemas seketika. Aku bernasib baik apabila Ungah berjaya dikeluarkan dari batu dan mudah mengikut karauan tali yang memasuki kekili..agaknya ia dah kehabisan tenaga.
Sessi bergambar di hadapan garaj bot ku. Kelihatan air sungai yang amat cantik di belakangku..ummm..kalau bukan pasal sungkai, belum gelap belum pulang ni.hehehehe
Aku meneruskan tundaan hingga ke dalam garaj bot. Mujurlah Shafei berada di jeti dan dia membantu aku memunggah peralatan ke dalam Pick up. Ketika itu, air agak pasang kecil dan menggoda aku hendak casting ke hulu sungai. Namun, masa yang hanya tinggal 30 minit untuk berbuka, godaan tersebut terpaksa ditepis.hehehe..esok-esok masih ada dan karan strike masih lagi terasa ditanganku.best ooo!!

Ahad, 20 Julai 2014

KASILI PULANG KE LUMPUR

KASILI/BELUT
Ahad 20/07/14 (2:50 pm): Aku dan Shafei sudah pun selesai memunggah peralatan ke dalam bot. Kali ini trip akan disertai oleh Otai yang sudah bertahun merehatkan rod dan kekili. Kehadirannya kali ini diibaratkan sebagai "KASILI" pulang ke lumpur!hehehe.Ni kali lah bro!!
Aksi memanaskan badan betul-betul panas apabila berlaku double hooked up di bangkar yang sama.
Cuaca sangat cantik, agak redup dan sedikit berangin memang sporting kepada kami yang sedang berpuasa. Air sungai pada aras 1.1 m memang menggoda dan akibatnya, mari 'warm up' dulu sementara menunggu Tay yang sedang dalam perjalanan.hehehehe
Kedalaman lubuk hanya 5 hingga 8 kaki benar-benar memberikan stok tenaga yang banyak kepada Ungah untuk memberikan tentangan padu..syoookkkk oooo!!
Kami menghulu sungai ketika air bergerak turun dengan kadar yang perlahan. Hati berbunga-bunga apabila menyentuh air yang tidak terlalu sejuk. Aku mematikan enjin bot seraya menghampiri spot bangkar dan mengawal pergerakan bot menggunakan pengayuh. Kaedah menghampiri spot dalam keadaan senyap ini memang amat penting untuk menggelakkan Ungah mengesan kehadiran kami.

Seekor lagi Ungah yang menyambar berhampiran struktur batang pokok kelapa separuh tenggelam ketika sessi memanaskan badan. Hebat apabila Ungah ini yang mulanya hanya mengekori kemudiannya tidak teragak-agak merembat zerek dalam jarak 15 kaki  ketika menghampiri bot.
Selepas lontaran pertama, Shafei mengadu berlaku sambaran rabut. Aku segera menghantar Zerek ke lokasi sama dan serta merta disentap ganas. Ketika sedang melayan Ungah tersebut, Shafei menjerit apabila zereknya juga disambar ganas. Situasi double hook up ini memang mengujakan dan kedua-dua Ungah berjaya didaratkan.
Tu dia! Otai yang telah lama berhibernasi atau bertapa meluruskan joran two-piece nya. persiapan agak kelam kabut untuk trip ini bro.

Aku meneruskan kayuhan sambil melontar Zerek ke tebing sungai. Lontaran Zerek ke arah batang kelapa yang separuh tenggelam tiba-tiba disambar lagi..Hehehe..benar-benar menyebabkan pesaingku kelam kabut membetulkan 'sarang burung' dikekilinya..hehehe..capatttt!!!! Ketika berkira-kira hendak meneruskan kayuhan ke hulu, Hphone ku menjerit menandakan Tay sudah bersedia di Jeti..alahaii..potong stim! 
Yesss!!!fish on bro!!Aksi berkarat yang semakin lama semakin pulih apabila digilap tanpa henti. Ungah ini bernasib malang apabila bertemu dengan Otai . Aksi berkarat ini akhirnya berjaya menewaskan seekor Ungah dewasa.."Joran Ghrapite ini tidak berkarat kah ni bro?"

Kami meneruskan perjalanan hingga ke selekoh sungai dan menumpukan lontaran Zerek disepanjang tebingan sungai yang dipenuhi oleh struktur kayu tenggelam. Air yang bergerak turun memudahkan bot berhanyut selari dengan tebing sungai. Tiba-tiba Tay 'hook up' dan beliau kelihatan agak kekok melayan joran yang terbongkok-bongkok menahan asakan. Aksi berkarat bro..hehehe..Mujurlah 'solid hook up' di mulut Ungah menyebabkannya sukar melepaskan diri.
Lama dah tidak beraksi, sekali beraksi terus hooked up..memang bikin panas ooo..besar lagi tu..tak ngam ni..hehehe

Kami berpindah lokasi ke muara sungai apabila tiada lagi tanda-tanda ikan menyerang. Lokasi biasa casting menjadi tumpuan seperti bangkar di muara dan bangkar berselirat di dalam sungai Nyamuk. Hanya sekali misshooked dan kami melakukan tundaan tanpa sebarang strike. Setelah singgah sekejap casting di bangkar, kami menuju kembali ke hulu sungai. 
Kerapu diminit-minit kecederaan tewas apabila menyambar zerek yang dihantar tepat ke bawah dahan pokok yang menjulur ke tengah sungai.

Jam menunjukkan angka 5:25 pm bermaksud kami hanya mempunyai 30 minit untuk casting. Air mulai bergerak turun apabila kami memulakan sessi casting dari bahagian hulu. Bot dibiarkan berhanyut sambil itu pengayuh digunakan untuk mengawal pergerakkan bot agar tidak terlalu merapati tebing sungai. Tanpa diduga Shafei strike lagi oleh seekor Kerapu table size..memang bikin panas..hehehehe..
Hasil casting sepetang. Zerek memang umpan tiruan yang hebat namun keburukkannya adalah single hook yang mudah ditelan oleh ikan dan mengakibatkan kecederaan dalaman yang mendatangkan kematian.
Kami menghentikan sessi ini kira-kira pukul 6:05 pm disebabkan sungkai pada pukul 6:34 pm. Ringkasnya, trip ini memang berjaya dan kehadiran Otai lama ini adalah satu penghargaan. Persembahan beliau yang mantap seolah-olah membenarkan pepatah lama iaitu 'ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya'..hehehe..anytime bro..this door is always open for you since you are part of teamlempayun!sekian