Rabu, 29 September 2010

Otai Purun knock out


29.09.10 Selasa: Otaipurun aka Jackcaster berjaya mendaratkan trofi selungsungnya seberat hampir 4 kg di muara Mantabawan, Binsulok. Keadaan air yang pasang memang sesuai untuk mengilat di lokasi terbabit. Sehari sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa dia terlepas seekor Selungsung bagak bersaiz Selungsung Juan di lokasi yang sama. Menurutnya, Selungsung tersebut berjaya membelitkan tali utamanya ke pokok bakau tumbang. Beliau membahayakan diri dengan turun ke air untuk melepaskan tali, namun Selungsung sempat melakukan rontaan yang berjaya memutuskan talinya.

Apabila mengulangi lubuk yang sama kelmarin, trofi tersebut berjaya didaratkan bersama seekor lagi Selungsung seberat 900 gm. Apapun, tahniah kepada Otaipurun..tinggal-tinggalkan la Selungsung tu sikit untuk kami..hehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan