16.09.10, ketika Negara sedang menyambut hari Malaysia dengan pelbagai acara, teamlempayun mempunyai acara sambutan sendiri iaitu casting di sungai Mandahan. Untuk itu, sebuah bot telah disewa dari encik Rosland dengan bayaran rm 10 sekepala. Bot disediakan tanpa enjin, sauh mahupun dayung. Beruntungnya, aku memiliki sebuah enjin tohatsu 8 hp. Malangnya, Juan dan Tay terpaksa membayar Rm 15 seorang…hehehe..kalau tidak..berkayuh lah korang ke hulu ke hilir..hehehe.
Kira-kira pukul 3.00 pm, setelah bersusah-payah menurunkan bot ke air..kami menghala ke sungai Tari. Namun keadaan air yang terlalu surut dan cetek menyebabkan enjin sering sangkut dan tidak boleh dimasuki. Kami kembali ke sungai besar untuk trolling. Bot dihalakan ke muara sungai dan ketika melintasi reba terdedah, gewang Bakau Tay disambar.
Selungkang yang berjaya memecahkan usus ketawa aku dan Juan..hehehehe..
Hatinya berbunga-bunga untuk mengakhiri pukulan kumpau semalam. Kali ini giliran Juan menjadi sami dengan kata-kata doanya agar Ungah bertukar kepada Selungkang. Ternyata doanya dimakbulkan dan seekor Selungkang penuh bergaya memamah gewangnya..hehehe..kedudukkan seri..
Kami menamatkan acara trolling yang kurang berjaya untuk mencuba nasib di spot pokok tenggelam.Hanya cast ke tiga, gewang Bakau merah putih ditekan ganas. Pecutannya telah menyebabkan tali keluar dari spool beberapa kali walaupun ia telah diketatkan. Taktik kotornya untuk lari ke kayu berjaya digagalkan dengan mengangkat joran setinggi yang boleh. Akhirnya seekor Ungah bagak menjadi trofi. Setelah bermesra dihadapan kamera, cast disambung kembali dan hanya berapa kali cast, gewangku disambar lagi. Seekor lagi Ungah berjaya didaratkan…what a day!!!!
Ungah pertama yang memaksa spool ku memuntahkan tali beberapa kali. Ia juga hampir menyelinap ke dalam bangkar.Mujurlah lariannya dapat di kawal.
Kesukaran untuk mengilat tanpa sauh menyebabkan Kami pindah ke bawah jambatan setelah tiada sambaran lagi dilubuk pokok. Tujuan kami adalah untuk mencari batu yang boleh dijadikan sauh. Ketika Juan sibuk memilih dan mengikat batu, gewang bakau ku yang dihantar ke bawah jambatan, disambar lagi oleh seekor Ungah. Tay benar-benar mengalami batin yang terseksa melihat aku yang telah menerima 3 strike..hehehe
Bakau merah putih memang evergreen...ke empat-empat Ungah diperdaya dengan Bakau evergreen.
Kami meneruskan acara dengan trolling dan casting disepanjang tebing. Kelihatan si Tamparan dengan Wan gendut casting di bawah jambatan highway. Menurutnya, 4 ekor Ungah telah berjaya ditewaskannya.
Hari semakin lewat apabila kami memutuskan bahawa lubuk pokok adalah spot terakhir. Tanpa menunggu lama, gewang Bakau ku disambar lagi. Ianya juga adalah Ungah ke empat dan sudah cukup memerahkan 4 biji mata yang berada di dalam bot.hehehe.
Ungah terakhir di lubuk pokok tenggelam.Murah betul rezeki gewang murah nih!
Kami kembali ke jeti dan berkerja keras lagi untuk menaikkan bot ke darat..alahai…cemerlangnya khidmat sewaan bot ni.
Kesimpulannya, keadaan air pasang kecil menyebabkan kami tidak dapat akses banyak lokasi. Hanya beberapa lokasi yang berjaya ditinjau dan menghasilkan keputusan positif. Seperkara lagi, teamlempayun telah bersua dengan Hardy Tuyan..hehehe..tak sangka pulak..orangnya agak berisi dari gambarnya..hehehe..bah..sampai bertemu lagi. salam
Keputusannya, 4 ungah oleh lempayun, 1 selungkang oleh Tay dan hampeh untuk Juan..hehehe
Selasa, 21 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fuh! Tengok gambar ungah tu pun aku dapat rasakan keseronokan dan kehebatan larian ungah tu! Pe hal pegi tak habaq hang! hahaha... kalau ada trip casting lagi jgn malu2 bawa aku ah!
BalasPadam