Badi kumpau masih menghantui Juan sejak 16 sept lagi. Nasib kumpaunya berlaku lagi pada 21 sept, di sungai Mandahan di mana hanya ciuman seekor Ungah sahaja yang diperolehi. Kira-kira pukul 4:30 pm, kami berpindah lokasi ke sungai Kimanis dan casting di bawah jambatan. Di sini, berlaku strike terhadap gewang ku yang tidak boleh control. Akibatnya, ke dua-dua treble hook ku terbuka atau langkang.22 sept, rakan Am Jaini aka Ada orang. telah sudi meminjamkan kami bot untuk hari itu. Selepas sessi persekolahan berakhir, kami bergegas ke pangkalan di Kimanis dan menuju ke kuala Kimanis dalam keadaan air sedang turun surut.
Gewang Bakau yang dirampas rakus oleh Ungah ini ketika menunda. Aksinya agak liar dan hebatnya, mampu melakukan lompatan dipermukaan air!
Acara tundaan selepas jambatan menjadi pilihan, dan seekor Selungkang berminat dengan gewang Bakau biru ku. Malangnya, gambar tidak dapat dirakamkan disebabkan memori kad yang tertinggal di rumah..alahai.Acara tundaan diteruskan di bahagian muara dan tidak lama selepas itu, gewang Bakau ku disambar rakus berhampiran tebing berbatu. Memang padu dan deras larian pemangsa yang telah merampas gewangku. Setelah beberapa minit mengawal lariannya, akhirnya ia berjaya disauk masuk oleh AM Jaini aka Ada orang.
Ungah pinjam yang diharap hanyirnya melekat di tangan untuk mengakhiri zaman kumpau yang kian berpanjangan.
Saiz MJ yang bagak dan sasa ini memberikan tentangan yang amat mengujakan. Acara casting berikutnya agak sia-sia kerana air yang turun surut dengan suhu yang agak sejuk. Di sungai ini, tidak banyak lokasi yang boleh dijadikan tumpuan casting, oleh itu kaedah tundaan adalah yang terbaik.Hanya 10 minit menunda, gewang Bakau Am Jaini di sambar oleh seekor Ungah juvenile.
'Ada Orang' dengan Ungah Juvenile yang rakus menyambar gewangnya ketika menunda. Yang penting, setahun sekali turun pun tetap tidak kumpau.
Lesen Ungahnya menambah lagi darjah kemerahan mata Juan. Adakah hari ini juga menjadi hari kumpaunya?hehehehe..Ya, begitulah yang terjadi. Trip berakhir dengan tundaan kembali ke jeti pada pukul 6:00 pm dengan keputusan Ungah 2 ekor, 3 gewang musnah dan seorang tetap kumpau..kumpau hat trick!!!hehehehe..
Khamis, 23 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan