15.09.10, kira-kira pukul 12:30 pm,Tay dan Jackcaster aka Otaipurun sempat meluangkan masa untuk beraya di rumah lempayun. Kehadirannya dengan Tay sebagai pemegang rekod Selungsung disambut mesra oleh pelbagai jenis kuih raya.Seketika, hujan lebat diluar disertai oleh angin kencang. Sebenarnya, perancangan telahpun dilakukan sebelum raya lagi, iaitu raya dan casting..hehehe..1.30 pm, kami telah berada di jeti.
Tay dan Jackaster aka Otaipurun sedang rancak meng'casting' kuih raya
Sementara menunggu ketibaan Juan, kami bertiga memulakan aktiviti cast di lubuk pilihan. Aku menggunakan gewang Storm thundercrank tiger yang ditapaukan oleh Tay di Labuan(entah apa la tujuannya bercuti di labuan….bebas cukai maaa).
Storm Thundercrank Tiger yang bergaya dan anggun. Ianya terus diaksikan sejurus keluar dari kotak.
Hasilnya, seekor Ungah table size menjadi mangsa pertamanya. Namun, riwayatnya berakhir juga setelah ia pecah menghentam pokok bakau.Alahai, kena cari lagi laaa nii.
Tidak sampai 5 minit bermain gewang di lokasi yang pernah popular sebagai sarang Ungah, Tiger ku di tekan tiba-tiba dan lariannya meliar menandakan ia adalah ikan idaman. Akhirnya, ia dirakamkan oleh otaipurun yang duduk di tengah bot.
Kira-kira pukul 2:30 pm, Juan datang dan kami kembali ke jeti untuk mengambilnya yang kelihatan hampir bertukar menjadi beruang marah.hehehe..
Kembali ke lubuk Kerapu, gewang pelbagai jenis besilih ganti menerjah lubuk dari 4 orang pengilat tanpa jemu.Hampir sejam mengilat tanpa sambutan, kami berpindah ke dalam muara sungai Padas. Di lokasi ini juga tiada sambaran menyebabkan kami berpindah ke luar untuk aktiviti menunda.
Gewang pecah dara oleh seekor Ungah
Hampir sejam menunda tanpa sebarang strike, kami memutuskan untuk mengakhiri trip di lubuk Kerapu. Khidmat gewang Storm Thundercrank blackspot yang telah menaikkan belasan ekor ikan, digunakan lagi. Jam menghampiri pukul 6:00 pm, apabila gewang ini disambar ganas. Perlawanan sengit di hadapan ketiga-tiga casters ini menerbitkan sindiran-sindiran tajam dari mereka.hehehe. Seekor Kerapu table size menambah sakit mata mereka ke tahap kaw-kaw.hehehe
Kerapu sungai atau lumpur sebagai pelanggan tetap lubuk ini
wajah-wajah kumpau yang mengidamkan strike tak kunjung tiba..hehehehe
Kami kembali trolling dalam perjalanan pulang ke jeti. Ketika melintasi tebing berbatu, gewang Tay telah sangkut di dasar sungai. Aku serta merta memberhentikan bot untuk melepaskan gewang yang sangkut, sementara Juan terus casting ke tebing. Tiba-tiba gewangnya ditekan sesuatu dan perlawanan hebat bermula. Sorakan dari rakan-rakan membakar semangat Juan namun jeritan bedukang besar benar-benar menganggu fikirannya. Junaman ikan menyebabkan Juan mengawalnya penuh berhati-hati..akhirnya mimpi buruk menjadi kenyataan..seekor selungkang besar menjadi trofinya…hehehehe..bot dipenuhi oleh hilai tawa…terutamanya dari otaipurun yang jarang ketawa.
Jangan hina ikan ini bro!!sekurang-kurangnya, karan terasa di tangan dan pastinya diterima sebagai lesen.
Meneruskan aktiviti trolling, tanpa menunggu lama, Juan mengunci mulut seterunya dengan sambaran Ungah Juvenile..hehehe..kali ni tengok siapa yamg kumpau.
hahahaha...puas hati aku..tengok siapa yang kumpau raya!!hahahaha
Kesimpulannya, aktiviti casting raya ini benar-benar berjaya mengeratkan silaturrahim dikalangan kami..walau puas dikutuk, disindir dan dicerca..hehehe..namun ia dianggap sebagai ramuan untuk memeriahkan aktiviti casting raya teamlempayun.salam hariraya maaf zahir dan batin.
Jumaat, 17 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan