31.08.10 selasa: Sejak kelmarin lagi, rancangan untuk mengilat telah diaturkan oleh teamlempayun di muara Bongawan. Pengilat seperti Shafie memang sudah tidak sabar untuk beraksi setelah terlepas dalam beberapa trip. Namun, Allah maha berkuasa, walaupun hujan turun tidak terlalu lebat, namun saya percaya hujan yang lebih lebat di hulu sungai petang kelmarin menyebabkan empangan dibuka untuk mengelakkan banjir. Akibatnya…air sungai bertukar kepada teh tarik pekat..alahai.Tamparan yang bercadang untuk mengilat di Mandahan juga memaklumkan keadaan air sungai yang keruh pekat dan dia berpindah lokasi ke muara Benoni.Kami kembali semula kerumah dan memindahkan enjin bot ke dalam stor. Rancangan segera di ubah agar pagi tersebut tidak berlalu begitu sahaja. Aku dan Juan segera menuju ke sungai UNP untuk mencuba nasib namun kami di halang di pintu pagar utama oleh sekuriti. Tanpa membuang masa, kami segera ke muara Benoni dan akses melalu pantai yang landai ketika air surut.Di lokasi, kelihatan KOB, Din caster707, Sahur dan Tamparan sedang beraksi. Aku dan Juan memilih di bahagian muara yang berbatu. Tidak lama untuk juan kehilangan surecatch rainbow yang sangkut di dasar berbatu. Kecewa betul mamat nih!..hehehe.Menjelang pukul 8:30 am, matahari semakin meninggi dan terasa haba yang panas diwajah, kami berhenti dan berpindah ke jambatan Benoni. Air masih turun dan kelodak Lumpur kelihatan di permukaan air.
Single hook yang cantik dirahang Bulan. Memang berkesan!!
Di lokasi ini, seekor bulan berjaya didaratkan oleh Juan dan ia juga menjadi penutup trip mengilat yang tidak dirancang ini. Kesimpulannya, kita tidak mampu merancang pun..segala-galanya adalah rancangan dan penentuan oleh Allah. Memang ada hikmah disebalik kekeruhan air tersebut. Ianya adalah bukti kerakusan manusia tamak yang jadah sedang menghancurkan alam semulajadi di bahagian hulu. Namun, kerajaan tidak ambil peduli apabila pemimpinnya lebih sibuk untuk mengumpul harta haram. Sekian
Jumaat, 3 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan