24.sept:Jumaat.Juan membatalkan penyertaan di saat-saat akhir untuk trip casting petang jumaat.Namun, itu tidak menghalang aku untuk meneruskan rancangan. Nampak gaya, berseorangan lah aku casting.
Air sungai turun surut ketika aku tiba dan keadaan pun berangin dengan agak kencang.Aku segera memasang Tohatsu 8 hp dan bertolak dengan mengutamakan teknik trolling.Teknik casting memang amat sukar dilaksanakan ketika berangin yang menyebabkan permukaan sungai berombak. Oleh itu, trolling adalah yang terbaik.
Bakau yang amat dipercayai untuk trolling di sungai cetek.
Kerapu hasil casting memang mengujakan.
2 ekor kerapu lumpur dengan gewang yang sama.
Hasil trolling dan casting yang mengujakan.6 ekor Ungah, seekor di lepaskan dan 2 ekor kerapu
Jumaat, 24 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan