26 sept,2010: Ahad, Lempayun melayani GKPA untuk bermain di sungai Mandahan dengan menggunakan bot. Kira-kira pukul 6:30 am, Tamparan mengambil aku di rumah dan tanpa membuang masa, kami menuju ke Mandahan di mana Nyapentos telah pun menunggu.Air sungai yang sedang surut menanti kehadiran kami namun berdasarkan carta pasang surut, ia akan membalas naik kira-kira pukul 9:00 am. Tanpa membuang masa, kami menuju ke lokasi sasaran. Tidak menunggu terlalu lama, gewang Nyapentos di tekan ganas namun ikan berjaya menyelinap ke bangkar tenggelam. Hampir 30 minit casting tanpa sambutan, kami mula berpindah ke hulu untuk meninjau keadaan lubuk. Dasar sungai yang cetek ini mendorong aku mengendalikan bot dengan penuh berhati-hati kerana terdapat besi cerucuk dan batuan yang tersembunyi di bawah permukaan air. Di samping itu, kaedah tundaan gewang selaman cetek dipraktikkan.
Ungah pertama yang menyambar gewang Bakau di bawah jambatan highway.Memang ganas melarikan gewang.
Ketika bot melepasi jambatan highway, gewang Bakau ku di sambar rakus. Perlawanan tidak terlalu lama dan ia berjaya diangkat ke dalam bot.Apa yang aku perhatikan, tidak banyak kawasan lubuk di sepanjang sungai Mandahan ini ketika air cetek. Tidak hairanlah ia juga menjadi sasaran para penyelam yang menembak ikan.
Kami kembali ke muara sungai untuk melakukan aktiviti tundaan. Pada mulanya, aku merasa satu sambaran rabut terhadap gewangku, dan serentak dengan itu, gewang BakauTTamparan ditekan hebat. Keadaan cemas seketika apabila Tamparan tidak dapat mengawal imbangan badannya yang montel hingga terdorong ke arah tekong..hehehe…Walaupun begitu, Ungah bersaiz tegap menjadi trofi Tamparan dalam trip ini.
Sambaran dan larian ikan menyebabkan Tamparan agak kalut seketika. Beruntungnya, sambaran berlaku di kawasan lapang yang tidak menyediakan sebarang struktur untuk Ungah menyelamatkan diri.
Kami kembali ke lokasi lubuk Terminal apabila air mula bergerak pasang. Tidak lama kemudian, Tamparan bergelut hebat apabila gewangnya di sambar berhampiran kayu tenggelam. Namun, kecuaiannya yang tidak mengetatkan drag reel selepas trolling tadi menyebabkan ikan berjaya meluru masuk ke dalam bangkar. Pergerakkan ikan masih lagi dirasai dihujung joran walaupun sangkutnya agak kejap. Setelah berhempas pulas, alat pelepas gewang terpaksa digunakan untuk menyelamatkan gewang kesayangannya walaupun risiko kehilangan ikan memang tinggi.Kami kembali trolling dan mendapat beberapa lagi sambaran dari Ungah Juvenile yang dilepaskan semula. Sejurus gewang Bakau yang ditunda oleh Tamparan melepasi jambatan keretapi, ia disambar oleh seekor Ungah Juvenile.Memang galak ketika air sedang naik pasang.
Kecil-kecil cili padi. Kecil lagi dah samseng. Memang kita patut respect dengan spesis ini.
Baru saja gewang dilepaskan, ia dah disambar oleh si cilik ini.
Setelah keadaan agak tenang, kami kembali ke lubuk Terminal setelah Nyapentos dan Tamparan mengalami kekalahan. Setelah sauh dilepaskan, aku terus melontar gewang ke sudut sukar.Ibarat latihan melontar gewang ke dalam cawan...tepat dan jitu..hehehehe
Ungah penutup yang menghuni lokasi kayu tenggelam juga digelar Terminal Ungah Mandahan.
Setelah lontaran gewang dilakukan berulang kali, akhirnya seekor Ungah yang geram dengan gelekkan gewangku, menerkam tanpa belas kasihan. Drag kekili yang dikunci terlebih dahulu membenarkan Abu Garcia Vengeance ( Rod ini terlalu diberi publisiti oleh Lempayun dan rakan-rakan lain.Oleh itu, harga amat special perlu diberikan oleh pihak penjual..hehehe..apa kata rakan-rakan? )beraksi sendiri yang akhirnya seekor Ungah berjaya di daratkan. Keadaan yang semakin panas terik dan kekurangan bekalan minuman menyebabkan kami mengakhiri trip. Tanpa sebarang rungutan, lokasi-lokasi berpotensi di sungai Mandahan pasti akan di ulangi lagi.Kepada Tamparan dan Nyapentos...mana sudah Zappel yang kamu janjikan tu?tiada air minum, amacam mau telan kuih raya tu?hehehehe..Salam ikhlas dari Lempayun
Ahad, 26 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan