Ahad,29.2010: Sehari selepas kejayaan teamlempayun, Tamparan dan Nyapentos telah sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke arena casting teamlempayun. Agenda trip ini adalah memasuki muara Sungai Membakut melalui laut dan keluar sebelum angin bertiup tengahari. Sekitar pukul 6 lebih, Kedua-dua jagoan ini tiba ke pangkalan bot lempayun. Tanpa membuang masa, peralatan segera dipunggah ke dalam bot. Aktiviti casting dalam bulan Ramadhan ini memang agak mencabar kerana cuaca yang agak terik akan meyebabkan dehidrasi.
Lubuk sampah yang masih dalam pembikinan oleh alam semulajadi. Jika anda masih ingat, pokok bakau ini dahulu berada di tebingnya. Kini ia sudah berada di dalam air akibat runtuhan tebing dek arus yang kuat.Oleh itu, curi-curi masa untuk megintai potensinya yang dipenuhi kejayaan di masa lepas.
Kami terus menuju ke arah destinasi tanpa singgah di lubuk Kerapu memandangkan keadaan air sungai Bongawan yang sedikit keruh. Kelihatan kelodak Lumpur di permukaan air apabila digodak dasarnya oleh arus surut. Perjalanan mengambil masa hampir 20 minit, dengan dipacu oleh Tohatsu 18 hp. Kami bersyukur kerana permukaan laut yang lenang memudahkan perjalanan kami dan yang paling penting, memudahkan kami memasuki muara sungai Membakut yang tersembunyi aluhnya.Muara Membakut memang sudah terkenal dengan bahayanya. Jika tidak arif dengan selok belok aluhnya, anda mudah terlanggar beting pasir dan akan diserkup oleh ombak. Memang muara ini pernah memakan korban kerana arus yang deras serta dasarnya yang terdapat banyak pasir jerlus.
Casting di lubuk panjang juga tidak mendapat sebarang sambaran.
Air agak surut ketika kami tiba dan ianya sedikit keruh. Namun kami tetap optimis. Pada labuhan pertama iaitu di lubuk simpang anak sungai kecil, Baitcaster ku mengalami masalah jammed selepas beberapa kali lontaran. Memang tidak disangka perkara ini boleh berlaku, kerana ia kerap kali diservis. Mujurlah aku ada membawa set spinning sebagai spare. Kalau tidak, menganggur lah jawabnya.
Kami berpindah ke lubuk ke dua, namun tiada sambaran diterima. Fenomena tiada sambaran ini berterusan di lubuk Sampah yang ceritanya pernah diterbitkan dalam majalah Kembara Kail. Pelbagai jenis gewang dan selaman dihantar ke arah bangkar, namun penghuninya tetap sunyi. Kami berpindah ke lubuk pasir panjang di hulu sungai, dan acara menunda gewang dijadikan selingan. Namun, menunda juga tidak mendatangkan sebarang hasil, selain itu, casting dilubuk Pasir Panjang juga tidak mendapat sebarang respon.Sehingga pukul 9:30 am tanpa sebarang strike dan air masih lagi turun, kami mengambil keputusan untuk keluar dari sungai Membakut untuk bermain di Muara Bongawan.
Kerapu yang menjadi penghuni tetap lubuk ini bakal di sweet and sour kan petang ni.
Kami mula mengilat di lubuk Kerapu dan Lubuk ini tidak pernah menghampakan apabila seekor Kerapu table size menyambar gewang Storm ThunderCrank. Ianya disauk oleh Tamparan yang sekaligus mengabadikan wajahnya yang tampan bersama Kerapu itu.
Ungah juvenile di muara sungai Padas menjadi penyeri trip ini. Sifatnya yang tipikal dengan gaya sambaran ganas menjadi idaman setiap pengilat.
Kami berpindah ke dalam muara sungai Padas untuk mencuba nasib.Setelah beberapa kali casting, gewangku disambar lagi. Seekor Ungah Juvenile menjadi penghibur dan ia dilepaskan kembali dalam keadaan sihat. Acara casting monyet juga kerap berlaku di lokasi ini..hehehehe.
Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan. Namun, aku harap tubuh mu menjadi tegap dan sasa agar dapat memberi perlawanan hebat.
Hari yang semakin panas menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menjadikan lubuk Kerapu sebagai destinasi terakhir. Di sini, gewang Rapala Tail Dancer Hot Tiger Nyapentos berjaya dicuri oleh seekor pemangsa yang disyaki Ungah tanpa sempat mengarau tali. Hanya itulah satu-satunya gewang killer yang berada dalam simpanan.Sesal tidak habis-habis tuan gewang tersebut.hehehe..tu laa kau din!.tidak habis-habis dengan Zappel campur ais kiub mu!hehehe..kan dah kempunan!!.Sehingga pukul 10:50 am, tiada sambaran berlaku. Akhirnya kami kembali ke pangkalan sambil melakukan aktiviti menunda. Ketika kami melepasi Kapal besar, gewang Gold storm thundercrank ku disambar lagi, juga oleh seekor ungah juvenile. Ia segera dikembalikan ke habitatnya. Sejak kelmarin lagi, gewang ini sudah menunjukkan taringnya. Diharap, ia akan bertambah killer dalam trip yang akan datang.
Kesimpulannya, keadaan air yang sedikit keruh kemerahan menyebabkan ikan kurang aktif mencari makan. Namun, kami tetap gembira dengan trip ini yang penuh gurau senda. Akan datang, boleh lagi berkunjung, dengan syarat, bawaklah spare sebotol zappel yaaa gitu..hehehe.
Rabu, 1 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan