Aku dan Shafie aka Taus bertolak dari rumah seawal 5:20 am dan menjadikan Mantabawan sebagai lokasi pilihan. Kira-kira 5:50 am, kami tiba dan merasa agak kecewa kerana air terlalu besar sehingga menenggelamkan port hangat di Bakau. Sememangnya aku dah meneliti keadaan air, tetapi tidak menyangka ia pasang hingga ke tahap ini.Tanpa membuang masa, plan B dilaksanakan dan lubuk Sampah dijadikan lokasi pilihan. Aku memang sedia maklum bahawa sungai Membakut sedang keruh tetapi, air laut yang pasang masuk sudah pasti akan menjernihkannya dengan harapan ada ikan besar menghulu sungai.
Kira-kira pukul 6:30 am, kami tiba di lubuk sampah dan seperti yang dijangkakan, keadaan air agak kehijauan menandakan kemasukan kapasiti air laut yang banyak. Tanpa membuang masa, kami mula cast. Hari ini adalah perasmian reel low profile abu Revo pro max dan joran Abu Garcia Vengeance baru oleh Shafie. Oleh itu, kawasan lubuk yang lapang ini dijadikannya padang latihan untuk meningkatkan kemahiran cast nya menggunakan BC. Tidak terlalu lama untuknya menguasai asas lontaran namun sarang burung tetap berlaku.
Aku menggunakan Rapala Shad Rap Gold Fish diver dan menumpukan kawasan berhampiran bakau tumbang untuk menduga kehadiran sebarang pemangsa. Kira-kira 10 minit selepas itu, gewang ku disambar berhampiran tebing. Nampak jelas kelibat selungsung anggaran di bawah 1 kg merampas gewang, namun hook up yang tidak kemas menyebabkannya bolos. Memang agak kecewa, tetapi karan sudah terasa di tangan..syukurlah.
Lebih kurang pukul 7:40 am, gewangku ditekan lagi berhampiran tebing. Kali ini, drag agak diketatkan untuk mengawal larian ikan agar ia tidak menyelinap ke bangkar kayu di tepi sungai. Joran Abu Garcia Vengeance membongkok cantik..memang cantik wooo..tak caya Tanya si Tay..hehehe..Aku dengan berhati-hati mengangkat Kerapu menggunakan joran tersebut. Dan tu diaa..seekor Kerapu anggaran berat 2 kg ++..ummm..puas hati oooo.Hari pun semakin panas, kira-kira pukul 8:22 am, kami bertolak pulang.
Ahad, 5 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan