Ahad, 3 Oktober 2010
Teknik Tundaan Muara: Bahagian 1
Tundaan merapati tebing selalunya menghasilkan keputusan terbaik
Selain dari mengilat, Menunda gewang juga merupakan satu cara yang efektif untuk mengesan kedudukkan ikan terutamanya dilokasi yang baru diteroka. Melalui kaedah mengilat, lubuk-lubuk berpotensi perlu dikenalpasti terlebih dahulu seperti pokok tumbang atau separuh tenggelam, aluh yang dalam, selekoh sungai, sebarang struktur kayu yang separuh tenggelam, tiang konkrit, culvert, tiang kayu, perdu pokok nipah dan pelbagai lagi.Namun yang demikian, kita akan sukar mendapat petunjuk terhadap lokasi sebarang struktur kayu yang berada di dasar sungai.
Peminat gewang melalui kaedah tundaan.Daya juangnya tidak boleh diperkecilkan apalagi jika dilayan dengan set ringan
Selalunya, pokok yang tumbang dan tenggelam ke dalam air, pastinya akan meninggalkan pangkalnya ditebing sungai. Untuk mengetahui berapa lama kayu tersebut tenggelam di dalam air, anda hanya perlu memerhatikan keadaan pangkalnya yang masih berada di tebing sungai. Namun perlu di ingat, bahagian yang terletak di dalam air lebih cepat mereput berbanding pangkalnya yang berada di darat. Oleh itu, pelepas gewang adalah alat yang wajib dibawa sebagai insuran.
Gewang Bakau minnow shad adalah kegemaran Tay ketika menunda.Ianya telah banyak berjasa dalam kebanyakan sessi tundaan gewang.
Menunda adalah kaedah yang mudah dalam percubaan mengenalpasti reba dan sebarang struktur tenggelam di dasar sungai. Namun lebih mudah jika anda memiliki alat pengimbas atau sonar. Mencari sesuatu lokasi yang sesuai untuk mengilat perlukan masa dan minda yang kreatif.
Gewang selaman dalam yang mujarab digunakan untuk casting, juga boleh ditunda di kawasan yang dalam.
Dalam hal ini, kadang-kadang anda perlu berfikir seperti ikan yang peka dengan kondisi air seperti suhu, kejernihan dan pasang surut. Anda perlu pelajari dimana ikan berada ketika itu. Dalam usaha mengenalpasti lubuk yang berpotensi, anda boleh mempraktikkan kaedah tundaan gewang. Kepada pengilat baru, kaedah ini adalah sesuatu yang janggal dilihat kerana tundaan gewang biasanya dilakukan di laut untuk menjerat spesis ikan seperti Tenggiri, alu-alu dan pelbagai lagi. Bolehkah teknik ini dilakukan di sungai yang dipenuhi dengan reba?
Tundaan juga menghasilkan keputusan yang baik di bahagian sungai yang cetek ketika air menyongsong pasang.Ini kerana, anak-anak ikan seperti Kembura, memang suka bermain-main di kawasan cetek ketika pasang.
Sebelum melakukan tundaan di sungai khasnya kawasan muara, antara perkara yang harus diambil perhatian adalah,
a. kedalaman sesebuah sungai
Sebelum memilih gewang apa yang hendak dipertaruhkan, purata kedalaman sungai perlu diketahui terlebih dahulu. Jika purata kedalaman sungai adalah cetek, gunakan gewang yang menyelam sedarhana dan selaman cetek seperti gewang-gewang minnow dari jenama Bakau, Yo zuri, Rapala, Storm dan lain-lain.
Gewang Bakau yang dianggap killer telah mengorbankan puluhan Ungah aka MJ melalui kaedah casting dan trolling. Kedua-duanya telahpun disarakan dari perkhidmatan kerana jasanya yang besar.
Malahan, gewang minnow juga boleh digunakan di sungai yang agak dalam. Selain dari itu, ia juga amat efektif jika digunakan untuk menunda ketika air surut. Manakala, gewang selaman dalam lebih efektif di sungai yang lebih dalam.Selamannya yang dalam boleh mencapai radius tempat persembunyian ikan.Saya biasa menggunakan gewang dari Jenama Halco, Rapala Tail Dancer, Storm Thundercrank dan Rapala untuk menunda.
Nasib baik masih tinggal satu lagi gewang ini.Di mana lagi mau cari ye?
Penangan Bakau, 6 ekor MJ, seekor dilepaskan dalam sessi menunda yang hanya dilakukan dalam beberapa jam.
Bersambung di bahagian 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
best oooooooo........ikutttttt
BalasPadam