Trip ini disertai oleh Faizal aka panjang dari Membakut.Rakan seperjuangan yang telah lama aku kenali ini agak bersemangat dan banyak bernostalgia. Kami telah memancing bersama sejak tahun 1997.Banyak pengalaman pahit dan manis telah kami tempuhi.Kisah-kisah lama menjadi bualan sepanjang sessi memancing ini.
seawal pagi,angin mula bertiup agak kencang. Kelihatan awan hitam disebelah Kuala Penyu dengan tirai anginnya yang sedang menuju ke lokasi pancingan kami. Tidak lama kemudian, laut mula kucah dan bot beroleng semahu-mahunya. Memang agak cemas, namun aku yakin dapat bertahan.Lagipun, kelihatan beberapa buah bot lain juga sedang bertahan.Malangnya,rakan karibku ini menyerah dengan kerancakkan liukkan Bot. Akhirnya, beliau tumbang, mabuk peringkat pertama. Pancing diletakkan ke sisi bot dan dia mula baring sambil bercerita.Ketika itu,sambutan ikan di dasar amat menggalakkan. Pelbagai spesis berjaya ku daratkan termasuklah Jarang Gigi bersaiz boleh tahan.Keadaan berombak itu seiring dengan kerancakkan ikan menjamah umpan.Adakalanya, kedua-dua joranku tunduk menyelam ke dalam air.
Acara makan-makan di bawah pokok bakau yang redup, memang nyaman dan selesa.Bekal yang dibawa dari rumah menjadi hidangan tengahari yang bertambah lazat dalam keadaan perut lapar.
Jarang Gigi atau di semenanjung digelar Selewak (kalau silap sila betulkan)digelar kerana tiga taringnya di mulut hadapan.Daya juangnya memang boleh tahan.mengejutkan dengan junamannya.Namun tenaganya tidak lama dan hanya mengikut karauan jika telah letih.
Isinya tawar dan tidak sedap dimasak rebus atau ampap. Ianya hanya sesuai dikeringkan sehari dan digoreng.
Angin selatan yang agak kencang dan permukaan laut yang bertambah kucah tidak mengizinkan kami untuk berada lama di laut.Akhirnya,kami menongkah ombak menuju muara untuk berlindung dan menamatkan trip.Apa-apapun,keselamatan diutamakan.Jangan jara panjang!
TRIP PENGENALAN KE TAKAT CHAMPION
4 tahun yang lalu
kalau dipais - bungkus pakai daun pisang ,disalai di kuali ngn minyak sedikit,sedap tu ngah jarang gigi atu,cuba tah dulu
BalasPadam