Isnin, 17 Mei 2010

peralatan dan teknik pancingan bagang


Untuk menduga penghuni bagang, peralatan pancing yang digunakan adalah bergantung kepada jenis ikan yang diburu. Untuk melayan ikan-ikan kecil seperti Temanung, Kirung-Kirung, Kerisi, Rumahan, anak-anak ikan putih, Gerunggung dan lain-lain lagi, set pancing tidak perlu sasa. Penggunaan kekili tugas ringan yang dimuatkan dengan tali sulam bersaiz 20 lb dan joran berkekuatan 10lb hingga 25 lb sudah cukup memadai untuk menikmati perlawanan. Panjang joran sebaik-baiknya jangan melebihi 5 kaki. Joran yang panjang akan cepat melenguhkan tangan dan bahu ketika bertarung dengan ikan bagak. Penggunaan joran yang terlalu ‘karau’, menyebabkan perlawanan dengan ikan tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Kaedah pancingan menggunakan appolo lazimnya dipraktikkan oleh semua pemancing. Appolo buatan sendiri kepada yang rajin dan kreatif dan appolo dari kedai yang bersaiz 10, 12 dan 14 dari jenama Sabiki, Samurai, fire eagle dan Figo amat popular digunakan. Ianya amat sesuai untuk kebanyakan jenis ikan. Saya akan menggunakan appolo bersaiz 14 jika musim Gerunggung menyerang. Manakala saiz 12 amat sesuai untuk ikan Temanung, Rumahan dan lain-lain lagi. Jangan risau akan kekuatannya kerana jika kena semua matakail, ikan besar pun boleh naik. Cuma perlawanan akan lebih panjang dengan teknik meletihkannya terlebih dahulu. Seperkara lagi, semua jenis appolo tadi adalah dari jenis pakai dan buang. Sebabnya, ia mudah berkarat dan mudah patah.selamat membagang..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan