Bagang adalah struktur binaan di tengah laut , bertiang empat dan berbentuk empat segi. Keluasannya yang lazim adalah 20x20 kaki.
Bagang berfungsi sebagai alat yang dibina untuk menangkap ikan bilis semasa bulan gelap. Terdapat banyak bagang dibina di beberapa lokasi di Sabah. Contohnya, Teluk Kimanis, Kota marudu, Pitas, Tawau, Sandakan dan banyak tempat lagi. Sehingga selepas hujung tahun 1990 an, bagang mula wujud di Teluk Kimanis. Dianggarkan terdapat lebih 200 buah bagang pada ketika itu. Semenjak itu, tangkapan utama iaitu ikan bilis telah menjadi bahan komoditi utama diperdagangkan di sekitar Membakut, Bongawan, Mandahan, Kimanis dan Andus.
Di antara bahan yang diperlukan untuk membuat bagang adalah pokok nibung, bakau, buluh, tali dan guni plastik. Nibung dipilih kerana batangnya yang lurus dan panjang hingga melebihi 15 kaki. Jika dasar terlalu dalam, nibung akan disambung 2 menggunakan nat besi. Kebiasaannya, bakau dan buluh digunakan sebagai lantai. Untuk memacakkan tiang bagang, karung diisi dengan pasir dan diikat dengan tiang nibung untuk menenggelamkannya. Semakin banyak tiang, semakin kukuh ia.Nantikan teknik dan kaedah pancingan bagang dalam artikel akan datang.
"di daratkan dengan gewang XXX"...kedekut ilmu nak mampus..blah la
BalasPadamNak tahu, jangan malu bertanya.sila hubungi saya 0198996641.terimakasih banyak2.Semoga Allah S.W.T yang mengadilimu. amin.
BalasPadamuiii...siapa lagi makhluk yg x ada mata nak tgo gewang xxx 2 jenis apa..pndai2la nak tgo warna.bezakan,cari,kenali,buat perbandingan..xplore la mana2 kedai pancing seluruh dunia n padankan dgn warna yg sama.kalau hendak sejuta daya,kalau xnak jgn jd pemancing.
BalasPadamsaya nak maklumat....mana saya bole dapat kayu nibung????mana tau lempayun tahu orang2 yg mjual nibung.
BalasPadam