Ahad, 9 Mei 2010

Trip Tanggulian yang sepi

Seawal 6:00 am, aku dah menanti Tay di Pekan Membakut. Kami ke lokasi dengan menaiki sebuah kereta. Sebelum itu, bekalan makanan dibeli secukupnya di Tamu Membakut.Di Kg Purun, survivorcaster menanti kehadiran kami.
Ungah yang berminat dengan gewang selaman dalam Tay

Acara casting dimulakan dengan penuh semangat. Lubuk-lubuk yang kelihatan berpotensi diserang bertalu-talu. Akhirnya, Tay mendapat lesen Tangguliannya.Atas keputusan bersama, Ianya dilepaskan kembali ke habitat asal. Semoga ia membentuk koloni yang lebih besar di masa hadapan.

Tak percaya?tengok lah ia berlalu pergi.Tahniah kepada Tay dan teamlempayun.

Kesimpulan, keadaan air yang agak keruh menjejaskan selera Ungah dan ikan lain. Ianya berpunca dari hujan lebat dari sebelah Nukahan.Dah lah keruh, sejuk pulak tu. Sementelah, air yang tidak bergerak selama beberapa jam, mendorong kami untuk berehat di pondok kerana tidak tahan cuaca yang terlalu panas. Agaknya hari ni mau hujan.Oleh itu, kami menjamah makanan tengah hari sambil santai. Dalam masa yang sama, Tay yang mula bergiat dengan baitcaster, gigih berlatih untuk memperbaiki lontarannya. Memang berbakat mamat nih, hanya beberapa jam, dia mula menguasai teknik-teknik asas penggunaan baitcaster.

Akibatnya, spinning reel mula diletak ke tepi..hehehe...pasni mau cari rod la nih.Kami mengakhiri trip kira-kira pukul 3.30 pm. Awan yang mula gelap pekat menyebabkan kami bergegas kembali ke jeti Kg Purun. Walaupun hasil tak seberapa, namun kerinduan melihat renangan gewang terubat sudah. Thank u survivorcaster.Lain kali atur lagi.hehehe

4 ulasan:

  1. boleh atur.tapi apa pun biarkan tangulian menyepi dulu.nanti kita akan datang lagi.lepas ni saya akan cuba atur masa untuk kita gegar penghuni batu karang pula dengan si mulut becok.hahahaha.

    BalasPadam
  2. ok bro.dinantikan tu.boleh jadi satu artikel tu lagi.

    BalasPadam
  3. kalau dah comfirm bot yg sedang dibaiki dah siap,kita cari masa,cuaca baik,air pasang pagi n bulan terang malam, baru kita atur trip.apa pun sy sentiasa info utk bro.

    BalasPadam
  4. cantiiiiikk bro!kau lah penyelamat trip!

    BalasPadam