Tuang dari perkhemahan, aku berada di pangkalan sejak 5:40 am.Mana la rakan komplot nih?Pukul 5:50am, Juan baru tiba dengan sengih kerang busuknya..hehehe..kurang disiplin.Tanpa berlengah,kami berdua memecut laju ke bagang berhampiran untuk mendapatkan umpan.Mujurlah ada anak-anak ikan.
Direbus, digoreng dan disalai adalah yang terbaik untuk Surui. Ada cara lain lagi?
arus yang agak deras dari Mandahan menjadi punca kepada gersangnya aktiviti dasar. Bermula pukul 8:30, sambutan penghuni dari dasar amat menyedihkan. Pergerakkan bot yang begitu agresif dari Membakut, Bongawan dan Mandahan tanpa sebarang hasil. sehinggalah pukul 11:00 am, kami berada di bagang kedua terakhir di sebelah Membakut. Disini, kehadiran kami diraikan oleh kumpulan Surui yang begitu jinak hingga ke bibir bot. Apalagi, acara memunggah Surui berlangsung dengan hilai tawa. Untuk mengekalkan Surui di sekitar bot, sedikit rasuah yang terdiri dari bubuk kering sentiasa ditabur.
Setelah jumlah yang diperolehi agak cukup untuk disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah,kami berpindah ke bagang terakhir. Disini, tiada sambutan diterima.Juan masih lagi memunggah Surui. Keadaan angin yang mula kencang dan permukaan laut yang semakin kucah mendorong kami menghentikan trip dan kembali ke Pangkalan. Aku dapati, sejak dahulu lagi, jika arus mengalir dari Mandahan, sememangnya ikan di dasar amat tidak aktif. Ini kerana, arus dari Mandahan tidak datang bersama plankton berbanding arus dari Sawangan Kuala Penyu.agaknye...hehehehehe..ini adalah pendapat Nelayan Tua yang aku pakai hingga ke hari ini.Sekian
TRIP PENGENALAN KE TAKAT CHAMPION
4 tahun yang lalu
siuk melayan cuti di laut bro,...insyaallah ..off day isuk kan mengail jua
BalasPadam