Rabu, 17 September 2014

KILLAR ANGLERS 2nd TRIP:Part 1

Amaran angin kencang yang dikeluarkan oleh jabatan metereologi Sabah agak menggusarkan namun sedikit lega apabila angin yang bertiup sehingga 40 knot dan boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5-4.5 meter hanya akan bermula pada 15 sept.hehehe..diharap ramalan itu tidak ‘buyuk’ laa..hehehe..so..trip on!
Good bye KK jetty!we'll be back on sunday.
Pukul 9.30 Pagi 12 sept,2014 kapal Nedjira yang dikemudi oleh Jiboy dan dibantu oleh 2 orang awak-awak bergerak meninggalkan jeti KK dan akan menjadi rumah kepada team Killar Anglers selama 3 hari 2 malam. Trip yang diketuai oleh Dr Juslee ini disertai oleh 9 orang pemancing. Salah seorangnya adalah pemancing paling novice dalam kalangan Olan’s Brothers.

Kapitan dan co-Kapitan
Keadaan permukaan laut agak bergelora akibat tiupan angin selatan sejurus Nedjira melepasi Pulau Manukan. Pergerakkan kapal yang agak perlahan, bertambah perlahan apabila mengharungi ombak dan arus yang deras. Namun, kapten Jiboy tetap tenang mengemudi Nedjira ke lokasi yang telah ditetapkan.

Para pemancing lain juga mengambil kesempatan untuk keluar ke laut lepas dalam keadaan cuaca sebaik ini.
Masa perjalanan yang terluang diisi dengan menyediakan joran, kekili dan perambut. Umpan Basung, Rumahan dan Sotong segar diatur semula kedudukkan agar tidak berhimpit di dalam tong khas untuk umpan. Selepas itu, masa diisi dengan sessi berbual kosong sesama pemancing berkenaan trip yang lepas. Sesekali hilai ketawa yang nyaring keluar dari Demian..memang gitu laa tu Langsuir jantan..jan marah ye Mian..hehehe


Novice  yang sempat berposing dengan tangkapan Olan's brothers ketika berpindah lubuk pada lewat petang
Apabila modal perbualan sudah kontang, tiba masanya untuk layan mata. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum bertempur nanti. Namun, lepas tu tidur, bangun, tidur semula, bangun lagi..makan…apahal tidak sampai-sampai lagi ni kapitan??kita pergi Lucornia kah ni?
Pemandangan senja yang amat indah memang sentiasa dinanti-nantikan. Elemen ini adalah sebahagian dari perencah nikmat memancing laut dalam. Kalau ada awek ni kan best..hehehe
Akibatnya, tidur lagi, bangun pun belum sampai lagi..alahai…rupa-rupanya, lokasi yang dituju adalah Sebarau, di hulu Karang-karangan…patutpun!!!kami akhirnya tiba di lokasi ngam jam 5.30 pm!!!jarih menunggu!
Umpan hiris disediakan lebih awal agar tidak kelam kabut ketika ikan sedang frenzy..satu teknik yang bijak. Disamping menjimatkan masa, aspek keselamatan juga tidak diabaikan. Tau laa kan, waktu kelam kabut, jika tidak berhati-hati, selain basung, jari juga mungkin dihiris sama!
Perjalanan 9 jam tersebut menyebabkan semua pemancing bergegas  menurunkan umpan masing-masing. Memang tidak sabar bro!. Beruntungnya, keadaan permukaan laut semakin teduh dan tiupan angin semakin lembut. Suasana pancingan amat menyeronokkan. Malangnya, arus agak lemah menyebabkan penghuni dasar agak culas menyentuh umpan. Ketika itu, Dino mula laa berpantun-pantun dan berjampi serapah!


Hehehehe..orang tidak hensem tidak apa. Yang penting ikan tu hensem!!Strike awal pagi sabtu dengan set Navy 400, braided 30lb dan joran Pe1-3 memang seronok. Tambahan lagi setelah mendapat moral support dari Olan's Brother.
Hanya beberapa ketika, aksi pancingan malam dimulakan dengan sambutan yang agak hambar dari penghuni dasar. Sepanjang malam itu, kami tetap bertahan di lubuk yang sama. Umpan tetap dihulur penuh harapan dan menanti dengan sabar sambil baring serta tidur-tidur ayam. Suasana agak sunyi tanpa jeritan-jeritan ‘fish on’ dari haluan hingga ke buritan kapal. Akhirnya, aku tewas dengan mata.

Foul hooked jigging oleh Dr Juslee. Jig seberat 100 gm hanya melekat di ekor. Apa tidaknya ikan ini menggila dibawah. Nasib baik la lawan ikan ini Ocea Jigger yang penuh kontraversi..hehehe..nyesal aku tak tau ni Ocea jigger kapitan!
Pukul 3 subuh sabtu, aku bangun dan kembali menyambung aksi yang juga masih hambar. Arus masih terlalu perlahan. Ikan di dasar masih lagi culas dengan umpan yang dihulur. Semalam, Bulan pun agak terang menidakkan kehadiran spesis pelagik seperti tenggiri. Sabar aja laa bro! Umpan tetap dihulur untuk memecahkan ruyung. Kita tidak akan pasti bila masanya ikan akan membuka mulut. 
Sunuh di lubuk yang sama. Ia hanya meronta sekejap sahaja. Lepas itu, ikut saja naik ke atas. Warna yang merah cantik menaikan semangat.
Tanpa disangka, joran ku disentap padu oleh spesis yang belum dikenalpasti. Aku lebih suka memegang joran ketika beraksi kerana tidak mahu terlepas henjutan pertama ikan. Pertarungan tanpa rod holder ini memang mengujakan apabila setiap saraf tubuh kita berhubung secara langsung dengan tenaga larian dan rontaan ikan di dasar.
Olan's brothers amat bersemangat dan sabar ketika menanti patukkan ikan. Aku memang terhibur berada di sebelah mereka yang suka mendendangkan lagu-lagu melayu dari filem-filem melayu lama. Jangan tak percaya bro..penampilan gothic tapi jiwa tetap asli..hehehe..paling best lagu Mbah Surip bangun tidur lagi secara berduet!.
Nasib kami mula berubah apabila matahari mula menampakkan sinarnya. Ketika itu, kehadiran ikan mula menceriakan para pemancing. Suasana meriah dan galak berlaku seketika. Berbagai spesis mula didaratkan di atas kapal. Bunyi kekili elektrik dari sebelah badan kapal tidak berhenti walau seketika. Aku yang masih setia dengan kekili ABC juga turut galak melayan ikan.

Lagi spesis kerapu table size menceriakan Demian.
Mereka yang memiliki kekili elektrik(bangla) memang mempunyai kelebihan kerana tidak perlu bersusah payah melawan kudrat ikan. Serah sahaja pada rod, kekili dan bateri..selesai laa tu.. Cuma, ada korban yang perlu dilakukan..pemancing tidak lagi merasa keseronokan dan nikmat bertarung dengan ikan. Senaman otot yang sepatutnya diperolehi dengan kekili ABC juga tidak ada pada kekili elektrik. Sebab itu aku sedaya upaya tidak akan menggunakan kekili elektrik..kalau boleh sampai pencen laut dalam.hehehe
Tangkapan yang menceriakan di awal pagi. Jika mau lebih seronok bro, cabut itu rod dari rod holder. Kepit pangkal rod di ketiak..pergghhh…seronok bro. Tak percaya?cuba saja..tak rugi.hehehehe
Apa pun, penggunaan peralatan memancing adalah pilihan masing-masing. Cuma, aku tidak akan ikut trip memancing yang didominasi oleh pengguna kekili elektrik kerana, sasaran mereka adalah takat yang jauh lebih dalam melebih 100 meter ke atas. Apa yang aku mahu sebenarnya adalah keseronokan memancing di laut lepas dan bukannya ikan semata-mata.hehehe..alamak..bersambung lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan