23.09.14(selasa): Kira-kira pukul 3:30 pm, Nano tiba di pekan Bengawan. Kami menanti di hadapan klinik Bengawan memandangkan ini adalah kali pertama kehadiran beliau ke Muara Bengawan. 15 minit kemudian, bot mula bergerak keluar dari garaj. Air cantik berwarna seperti bulu monyet bakau tidak menjanjikan sebarang strike ketika air sungai turun agak laju.
|
Lubuk 'Short Cut' mempunyai reputasi hebat dihuni oleh Ungah dan Selungsung Bagak. Namun, kelibat spesis-spesis ini tidak pula muncul…dimana agaknya mereka ye? |
Kami terus ke lubuk 'short cut' sebagai aksi perkenalan Nano dengan penghuni sungai Bengawan. Nangnak masih menjadi pilihan kami dalam trip ini. Hampir 15 minit menghantar Nangnak ke setiap sudut sungai, sambaran yang diidamkan belum kunjung tiba. Oleh itu, kami mula bergerak jauh memasuki zon muara.
|
Kalau la ada mesin masa Doraemon, ingin kami kembali ke lubuk ini dalam tahun 60an, pasti bangkar ini menjadi banglo Ungah-Ungah bagak |
Apabila kami tiba di lubuk simpang, air sungai yang sedang bergerak surut mulai perlahan. Keadaan arus perlahan ini membenarkan penggunaan Nangnak seberat 7 gram di spot bangkar. Sauh segera dilabuh, Nangnak mula dihantar ke bangkar separuh tenggelam. Tidak lama menanti, strike rabut berlaku beberapa kali. Kami bersasar ke lubuk sebelah apabila berlaku hamburan pemangsa ditebing sungai. Cepat!siapa cepat dia strike…hehehe
|
Tuah orang baru. Nangnaknya pula menjadi pilihan Ungah samseng ini sekaligus menjadi lesen Ungah di muara Bengawan. Tahniah bro! |
Berebut-rebut Nangnak menuju sasaran zon hamburan pemangsa yang telah dikenal pasti. Tanpa disangka, Nangnak Nano yang dihantar selamba diterkam sesuatu. Beliau agak panik dan seolah-olah kehilangan idea apabila pemangsa mula melarikan Nangnak miliknya.hehehe..mujurlah ada para penasihat di buritan dan ceruk bot. Akhirnya, seekor Ungah juvenile menjadi lesen muara Bengawan. Memang bikin panas oo..hehehe..kalau dah rezeki, selamba pun boleh strike.
|
Kerapu penyelamat kumpau..fuuhhhh..nasib baik bro. |
Tanpa menunggu lama, kami mula menghantar Nangnak dengan lebih giat ke setiap ceruk lubuk. Seolah-olah mendengar keluhanku, strike kuat berlaku betul-betul berhampiran bangkar. Ooopppsss!!aku bertahan dan membiarkan round Cq dan rod nemesis melakukan kerja selebihnya. Akhirnya, seekor Kerapu berjaya menyelamatkan aku dari status kumpau!.hehehe..fuhhh...
|
Penyelamat yang dinanti akhirnya tiba. Jika tidak, boleh calar reputasi ni.hehehe..thank u Kerapu! |
Tidak sampai seminit, Shafie pula strike. Strike dari Kerapu sungai ini juga telah menjadi penyelamat kepada maruahnya.hehehe. Setelah agak sunyi tanpa sebarang strike, kami berpindah masuk ke dalam sungai Nyamuk. Air sungai ketika itu mulai bergerak pasang. Jelas kedengaran aktiviti pemangsa menghambur anak-anak Kembura dan udang di permukaan air. Letupan-letupan di permukaan air menyuntik sedikit semangat agar Nangnak terus dihantar dengan lebih giat.
|
Racun bagak menyebabkan tangan mengeletar.hehehe..amacam bro?best atau tidak apabila dilayan dengan set mengilat ringan?..lupa pula mau ditimbang Ungah ni bro..sori yaa..hehehe |
Hanya beberapa kali Nangnak dihantar ke bangkar tenggelam, tiba-tiba Nangnak Shafie diterkam ganas. Memang jelas kelibat seekor samseng berwarna merah anggaran lebih sekilo menyergah Nangnaknya. Namun, sergahan yang tidak solid menyebabkan Ungah mudah melepaskan diri..hehehe..pahit muka brooo!!Kami keluar dari sungai Nyamuk dan memulakan aksi trolling untuk menamatkan sisa-sisa trip ini. Ketika bot dipacu amat perlahan melintasi lubuk Kayu V, kekili Nano menjerit nyaring menandakan gewang Rapala shad rap yang aku pinjamkan dilarikan sesuatu.
|
Pemandangan yang indah tidak mudah dilepaskan begitu saja. Nikmati dengan penuh kesyukuran. |
Beliau hanya mampu bertahan sambil kekili terus menjerit dan jorannya membongkok ke tahap maksimum. Kami hanya mampu berdoa ketika itu. Kalau dah rezeki, memang tidak ke mana bro. Aku segera mengundurkan bot mengikut arah larian pemangsa sambil Nano mengarau tali masuk. Ketika itu, pemangsa membuat beberapa kali junaman maut. Mujurlah kekili dan rod berada dalam keadaan baik. Tidak lama kemudian, seekor Ungah bagak berjaya didaratkan. Tahniah bro..satu pengenalan yang bagus di sungai Bengawan. Ungah bagak pertama kah ni bro?hehehe..ok bro..mari pulang. hari pun mulai gelap. Kami sampai di garaj bot kira-kira pukul 6:33 pm. Gelap ooo..tapi dalam gelap masih jelas nampak tangan Nano yang belum hilang karan ungah bagak. Mengeletar bro..hehehehe. Salam ikhlas dari Lempayun
rindu saat ini...
BalasPadambawa ku ka tampat ani lagi bro :) untuk edisi 2019 .. huhuhuhu
BalasPadam