Kelebihan dan kekurangan
Oleh kerana Nangnak kalis sangkut, penggunaannya di kawasan
reba banat, bangkar, jerumun, batu, struktur tenggelam adalah lebih menyakinkan
dan memberi kebebasan kepada anda untuk bereksperimen. Jika anda menggunakan gewang(treble
hook), pasti ia tidak akan dapat memasuki kawasan reba begini. Jika mahu juga,
bersedialah dengan penyelamat gewang. Dalam usaha anda menyelamatkan gewang
menggunakan penyelamat gewang, pasti anda telah mengganggu ketenteraman lubuk.
Ketika anda menurunkan timah pemberat yang cuba menangkap gewang, penghuni
lubuk telah pun bertempiaran lari. Siapa yang rugi?
Nangnak juga mewakili Udang hidup yang dianggap sebagai raja
umpan untuk pancingan muara sungai. Hampir semua spesis ikan menggemari umpan
udang hidup. Oleh itu, persembahan yang betul oleh Nangnak, boleh memberi
keputusan hampir sama dengan penggunaan udang Hidup. Walaupun harganya mahal
untuk seekor udang (udang pasar sekilo harga rm 15- rm30 sekilo, Sekilo tu ada
banyak bilangan udang), namun ia mampu memberi pulangan lebih dari harga yang
telah dibayar. Saya pernah memperolehi 4 ekor Ungah dan 1 ekor Selungsung dalam
satu sessi pancingan selama 2 jam dengan hanya menggunakan SEEKOR SAHAJA
Nangnak…agak-agak jika semua tangkapan ini dijual, berapa laa jumlah wang yang
saya akan perolehi??
Koyak teruk dibahagian mulut Nangnak. Namun masih boleh dibaiki dengan menggunakan gam gajah |
Ada juga yang cair bro.hehehe..ni bukan Nangnak lagi ni, zombie ada ni. Akibat terjemur matahari secara berterusan, ianya cair. Oh ya, ni Nangnak murahan dari jenama ehem..ehem.. |
Selain itu, jika Nangnak dibiarkan terdedah terus kepada
cahaya matahari dalam sessi pancingan seharian, ia akan memudarkan warna
malahan struktur fizikalnya juga akan berubah dari bentuk asal. Jika ini
berlaku, kecacatan Nangnak akan menjejaskan renangannya. Selamat ber'Nangnak'..ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan